Monday, September 12, 2011

Cerita Isnin

Semenjak dua menjak ni, saya hilang mood nak amik gambo. Last-last nenengok pompuan gumuk tu jugak. Padahal dah beria-ia saya tukar angle dan bergaya senget2 ikut tips macam America's Next Top Model, gumuk jugak.. Agak tertekan perasaan saya.

Amik gambo makanan pun saya tak mo. Fobia!

Citer pasal makanan.
Pagi tadi saya bangun tidur rasa sangat lesu. Selsema teruk, tidur pun tak berkualiti. Once at the workplace, I saw Mr Azhar with two beautiful medium size containers.

Me: Waaa bawak bekal ye tuan?
MrA: Rendang kerang je, nanti makanlah kat kantin tau
Me: Hahahha kita macam puasa la ari ni.

Ye, saya sedang bertungkus lumus nak menghabiskan puasa yang sunat dan wajib. Which is supposed memberi kesan kepada berat badan. Tapi tak. Frust je...

2 hours later Uda called asking my whereabouts. I was invigilated trial exam, and the person who is supposed to replace me refused to come. Actually I asked a friend to notify the particular person. Pas tu saya turun dan cari dia sendiri dan mintak dia ambil turn dia dengan penuh sopan santun. That person don't even say sorry *sigh*

Taklah, saya tak marah.
Tu bukan salah dia, salah mak bapak dia tak ajar suruh say sorry bila buat silap.

Tetiba Mr Azhar kasi tiga bungkus lauk, dia kata untuk berbuka puasa, ada rendang, serunding dan rendang kerang tu. Baiknyer eh.. Dia kata dia kasi pada orang yang puasa, termasuklah Mr Zairul pun dapat jugak. Cess!! sangat berbesar hati rasanya.

By noon, my head spinning semacam. Hidung yang tersumbat memang sangat menjengkelkan. Kak Sal and I went home quite early because she too had severe headache.

Sampai kat rumah Acho suruh balik ke 12A.

Me: Tapi hari ni Andak tak nak balik.
Acho: Balikla, ambik tangga.
Me: Hujung minggu ni boleh? Malas la nak balik.
Acho: nak guna esok. takperla nanti petang lepas orang abis keje kita g ambik sama2.

Saya pun macam setujula. Tapi bila masuk rumah dan tengok ruang tamu, bilik Uda dan bilik Acho dah kosong, kepala saya tambah pening. Pijo sedang susun barang dalam kotak. Bilik tidur saya pun penuh dengan 3,4 tilam dan bantal-bantal dan baju-baju diorang jugak.

Terus saya setuju nak balik 12A. Mak suruh bawak nasi dan lauk, supaya tak perlu masak. Acho suruh bawak beg-beg besar balik, simpan kat 12A.

Hmm.. pagi tadi Acho panggil a few boys angkat barang. Besok dia plan nak runtuhkan ruang depan rumah dan minggu depan tukang rumah akan datang buat yang lain.

Saya tak suka betul benda-benda cenggini. Tapi apa nak buat, rumah tu memang penuh dengan anai-anai.
Saya pun tak suka nak berlama-lama di 12A kecuali di bulan Ramadhan. Sebenarnya saya susah nak tidur malam sebab asyik terjaga saja, takutla tu..

Malam ni, saya rasa betul-betul sunyi. Yatie suruh datang ke rumah dia. Kami berbual-bual sambil tengok pokok2 dan bila dah ngantuk barulah saya balik.

Bila dah balik rumah... tak boleh tidur jugak..
Aiseyy

No comments: