Thursday, September 15, 2011

Haram ke tak haram ni?


Semalam waktu tengah lunch, saya dengar ada kawan membacakan sms dia kuat-kuat.
Katanya beskut munchy's tu haram.

Teringat saya interview yang saya tengok kat tv masa bulan Ramadhan.
Cerita produk haram jugak.

Tuan punya tu cakap, sebelum start bisness dia dah samak kilang, siap panggil JAKIM lagi dan dia pun takkan nak beli barang kalau barang tu haram.

Ye lah. Sapa yang nak.
Tapi lepas siasatan, tak haram pun.

Last sekali dia cakap, "kenapalah penulis tu terus sebarkan berita tanpa menyiasat dulu. Fikirkanlah bisness orang, periuk nasi orang juga". "Saya pun takkan nak kalau barang tu haram." dia cakap, sebelum berlepas ke Tanah suci bersama suaminya, Datuk K.

Seb baik dia tak saman penulis tu.
Jadi, lepas ni kalau ada apa2 berita pun pasal halal haram, yang kita semua sangat sensitif, SIASAT la dulu sebelum forward pada kengkawan.

Ada sesiapa yang dah siasat kebenaran cerita Munchy's ni?
Haram ke tak haram?

2 comments:

zetty said...

prnh dgr jgk Munchy's ni haram, as well as KFC 2.. but donno wether it's true or not

Kengkawan said...

maklumat terkini, jais nafikan.
ok zets, makanlah tanpa was-was heheh