Sunday, September 18, 2011

Longkang punya cerita

How many people were nostalgic about longkang (drain)?
Ce angkat tangan.. Ada ke?

Hujan lebat petang tadi dan saya pun mengambil kesempatan mencuci longkang.
Dah bertahun saya nak beli getah paip tu so that I could clean the drain more often tapi tiap kali lalu depan kedai hardware lidah saya kelu. Cess!!

Sambil saya berhempas pulas mencuci longkang ketika hujan lebat tu, I was thinking, what would Makcik say if she saw the state of 12A drains?

Makcik was our house owner in my uni year and her own house is within walking distance from ours, so sangat rajinla dia datang. Baik hati Makcik ni, kalau kita komplen apa-apa cepat je dia datang.

Satu hari longkang tersumbat. Makcik datang, entah.. bawak plumber kot, saya jarang ada kat rumah, jadi tak tau la cerita sangat. Elok kejap kot, pas tu tersumbat lagi, dan lagi dan lagi...

Last2 Makcik tu je la yang datang dan cuci longkang. Masa Makcik tu buat housemates saya tolongla. Saya? Tolong tengok je.

Then, pas tu saya pulak take over keje Makcik tu. Saya tension kalau longkang tersumbat. Lagipun saya tension sebab lepas Subuh takder citer best-best kat tv. Housemates saya lak kebanyakannya pesen sembahyang Subuh awal-awal dan pas tu tidur. Jadi saya takder kawan nak berbual, saya pun cuci la longkang.

Saya pilih awal pagi cuci longkang sebab boleh keluar pakai singlet ngan seluar pendek (sangat tak beriman). Saya bukan ada banyak baju, karang kotor, bukan ada baju ganti pun. Besides, waktu pagi bukan ada orang nampak.

Kecuali Makcik.
Satu pagi dia datang. Tak ingatlah apa halnya. Then dia balik, Saya memang tak peramah, tak pelawa pun Makcik minum kopi ke apa.

Makcik tu tak cakap apa-apa pun ngan saya, dia cuma bercakap dengan kawan-kawan saya je. Diorang kata (kalau diorang tipu, maka yang baca blog ni pun kena tipu la jugak), dia puji melambung la kat saya, sikit-sikit sebut nama saya, sikit2 nama saya lagi, diorang la kata.

Tapi takat itu je la. bila dia pilih menantu, dia pilih kawan saya.
Hahahahha... eh xder kena mengena.

Tu la, dalam hujan lebat tu, teringat plak ngan Makcik, sihat ke dia. Kalau dia tengok longkang 12A sebelum dicuci tadi, mesti dia nyesal sebab puji saya beria-ia 12 tahun dulu.




No comments: