Wednesday, September 28, 2011

Mood berangin-angin

Bosan betul kalau tak dipedulikan. hmmpshhh.
Jadi pagi tadi saya tanya kat the kids who skipped my class on Monday.

Me: Napa tak datang? Kecik hati saya tau..
A: Lerrr kata hari Khamis...
Me: Buat intensifla, Isnin dan Khamis, dah pesan kan..
B: Mana nak tau. Takde sapa cakap pun.
Linda: Wehhhhhhhhhhhhh jangan nak tipu, saya dah cakap dah Ce*
Me: Tu, Linda cakap dah cakap... sampai hati awak..
A: Dia tipu Ce*, mana ada cakap.

The mana-ada-ehakudahcakapye-ehmanaada-ehada-koberlakondepanCe*kan- kind of things went on for few minutes. Budak-budak macam tu la.

Jadi hari ini, kebanyakan mereka tak keluar waktu rehat, sebab kerja tak siap. Kami makan beberapa biji muffin yang saya buat semalam sebab Arif datang ke 12A.

Diorang cakap sedap. Biasalah budak-budak ambik hati.
"Oh ye ke? Besok I masak lagi tau, untuk budak2 extra class tu. Harap-harap diorang pun suka nanti" saya cakap sambil berharap diorang akan sampaikan pada bebudak tu. Sangat-sangat berharap.
Sekejap tadi saya masak blueberry muffin. Bebudak suka yang colourful, jadi saya campakkan bertih gula berwarna-warni tu,
Sempat saya menghabiskan satu. Macam ok kot. Makan ngan ayo nescafe, memang cekodok pun jadi sedap.

Sengaja saya taruk dalam cawan kertas bintang-bintang.
Harapan saya pun setinggi bintang-bintang tu jugak..

No comments: