Sunday, September 11, 2011

Saya dah agak dah dia cakap pasal orang lain, bukan saya.

Gila panjang dan tak catchynyer tajuk entry.

Saya tak ingat tu raya ke berapa. Yang saya ingat masa tu sanya tengah tidur, bila anak-anak sedara tarik tangan dan cakap, "kawan mak andak datang".

It took me quite sometime nak bangun tidur coz the night (?) before, I slept at 5.00a.m sebab gila main games. Saya pun manusia biasa, ada nafsu nak main games dan nak menang pulak tu, selagi tak menang saya mainla sampai subuh. (nampak tak ada nada tak bersalah di situ)

Oh bekas teman serumah saya di Uni dulu rupanya. Dia cantik dan comel macam dulu. Tak berubah. Walaupun anaknya dah 2 orang, saya terus kenal dia, Nor namanya.

Banyaklah yang kami bualkan especially pasal ex-housemates. Then pasal kenangan dulu-dulu.

Rupanya Nor berkahwin dengan orang kampung saya. I wasn't invited. hahahaha. No hard feelings. Zaman dulu bukan ada facebook, bil talipon pun mahal, lepas start keje kami betul-betul lost contact. Both Nor and I sharing the same pe'el, kot orang tak contact kami pun buat tak reti saja.

Tapi mana saya boleh lupa Nor. Sebab satu malam saya rasa kepala nak pecah sebab saya dah bosan tahap gaban nak teruskan Dip Ed, dan saya turun ke bilik Nor dan cakap saya nak berenti bla bla. Sepatah dia tak cakap, dia dengar je. Lepas tu dia tidur. Hahaaha..

Dua, tiga hari lepas tu dia tanya, "yang hari tu engko dah ok ke?". Sebenarnya lepas cakap ngan Nor saya rasa ok plak. Especially bila dia diam je, jadi kepala saya lapang, idakla serabut, kot dia bercakap lagila serabut kot. hehehhe.

Nor memang jarang tunjukkan perasaan dia, marah ke, sedih ke, simpati ke. That's what I like about her. Somehow saya rasa dia jujur dan dia betul-betul practical. Satu pagi bila dapat call kata mak dia meninggal dunia, kitaorang pula yang tersiput-siput sedih. Dia buat muka selamba je. Dalam hati dia mana kita tau ye tak.

Beberapa bulan kemudian, ayah saya meninggal dunia, ntah apa dia tanya, saya terus menangis. Saya memang tak bolehh sebut pasal ayah saya. tengok cerita drama yang ayah dia meninggal pun saya masuk bilik dan menangis. Masa tu dia pun menangis sekali. Kalau tak silap, dia cakap, sejak mak dia tak ada, itulah kali pertama dia menangis.


Sangat berbeza kitaorang berdua. Saya sangat percayakan dia. Sampai hari ni saya tak lupa dua perkara tu tentang Nor, dan nasi goreng dia. Hahahha


"Aku cakap ngan kakak ipar aku ko baik" tak tau macam mana mula cerita ni, tapi saya dah start angkat kening sket. Saya jaaaaaaraaaaaaaaang sangat join g makan-makan dengan housemates. Jarang tengok tv sama-sama sebab diorang suka tengok drama Melayu hahahaha. jarang join diorang sembang sebab jarang ada kat rumah. Saya selalu spend masa dengan coursemates. Saya tau saya tak baik sangat.

"Pas tu aku cakap ko suka masak". Ok fine.. yang tu saya memang buat. Hari-hari saya masak sendiri sebab nak save budget.

"Ko masak sedap" dia cakap lagi. yang ni saya dah cuak. Selalunya saya masak untuk diri sendiri je, ikan goreng, telur goreng, nasi goreng, sayur goreng dan sup.

"Kalau ko masak laksa, ko asingkan satu periuk untuk aku sebab aku tak makan belacan. Ko memang baik" Hehehehe.. dia ketawa.

Hehehehheh saya pun ketawa pucat-pucat jugak. Bila suaminya dah jauh sikit pergi tengok anak dia yang main kat verandah, barulah saya cakap dia.

"Weiii... Andak mana pernah masak laksa la. Tu Mid yang masak. ANdak tak tau pun masak laksa" barulah saya ketawa serius punya.

"Bukan ko ke?" dia tanya kekonpiusan tapi masih ketawa.

"Kiamatla kot kalau Andak masak laksa" saya cakap. Hahahah kesian my ex-roomate, nampak sangat saya dah berlakon lebih2.

Sebenarnya yang rajin memasak tu Mid, bekas teman sebilik saya. hahahah. Saya cuma lap pinggan dan tolong hidangkan je.







4 comments:

Citarasa Rinduan said...

bila baca entry ini..
kak ayu makin rindu dengan house mate yang lama..
kalau bersua, agak2 apapula pandangan mereka..
hehehehhe


selamat hari raya buat kamu.
esok dah sekolah.. tidur awal ya

Kengkawan said...

tu la kak..
harap2 diorang tak tersilap pandang hahahah...

jumpa lagi kak

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Housemate saya selalu mengunjungi saya di blog tapi nak berjumpa di alam nyata, memasing busy plak dah byk komitmen ni. Tapi mmg seronok bila mengenang kisah lama... rasa ingin kembali mengulangi kenangan itu.

Kengkawan said...

memasing dah jauh gitu la ye MM..
dah tua rupanya kita ni