Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia ke-54

Tahun ni spesel sket.
For the first time, we celebrated National Day on Sept 16, instead of August 31, sekali harung ngan Malaysia. Sebab musabab sambutan ini dah ditulis dengan banyaknya di akhbar. Bacalah, ini pun satu daripada peristiwa bersejarah negara. Kalau ditulis macam redundant pulak..

Izati, Izlan dan saya subuh-subuh sepiee naik tren dari Shah Alam. Ok pukul 7, je dan tren pulak sampai dalam kol 7.30pagi, sangat lama menunggu. Berhenti kat stesen Kuala Lumpur, tambangnya cuma RM2.60 dewasa dan Izlan pula cuma RM1.30 saja.

Tren tak penuh pun, tapi ada beberapa remaja dan ibu-bapa yang beramai-ramai menuju kie Dataran Merdeka jugak. Watu kami sampai parade belum start lagi. Orang pun tak la ramai sangat compared dengan beberapa tahun dulu.

Citer pasal parade ni pun buang karan je kalau citer sebab ada live kat tv pagi tadi. So, this is my story about the event. Sudi-sudikanler... heheh
Citer 1.
Izzati sejak malam semalam cakap dia nak sangat bergambar dengan Tuanku Permaisuri Zahirah. Tolooonglah... saya rasa macam nak hempuk kepala dia... Dengan segala macam protocol dan security measures, saya rasa kalau dia dapat berdiri 100m dari Permaisuri tu pun dah hebat sangat dah. Tapi saya layankan je... dan ambik gambar bunga hortensia which decorated the VVVIP stage. Hahahahah at least saya cuba jugak. Mana ada pentas lain ada bunga ni kan...

Citer 2.
Ni Boiboiboy rupanya. Izlan sangat suka tapi dia takut-takut, so terpaksala Boiboiboy tu panggil dia dan dia tarik tangan Izzati sekali bergambar. Baguskan budak boiboiboy tu...
Citer 3.
Saya sangat suka VVIP ni. Saya rasa dia hebat. Sumbangan dia sangat besar, tapi macam malas saya nak tulis sebab nanti orang kata saya racist pulak. Seriously, saya bangga ada rakyat Malaysia yang dahla Harvard educated macam dia, pas tu kuat bekerja pulak tu (macam tak kena tajuk je), jadi hasilnya, golongan marhaen macam saya pun boleh la hidup selesa sikit.

Kan saya cakap saya tak racist. Saya baca tulisan encik (err... tan sri) topi merah sejak saya sekolah lagi. Rasanya saya pun macam sedih bila ada gambar dia bersedih bila berundur dari Parti Roket. Takla... saya tak sokong parti tu, tapi kalau dia bertanding di kawasan saya, misti saya pangkah dia, tak kisahla dia calon parti mana pun. Semua orang pun kata dia bekerja ikhlas lillahitaala. Ye sangatlah tu... Syukurlah ada orang yang macam tan sri topi merah ni. Sekurang-kurang generasi muda (seperti perempuan bertudung hijau itu ehemm) merasa yakin niat yang ikhlas dan colour blind masih mendapat tempat di Malaysia.

Tu sajalah cerita saya.



2 comments:

zino said...

ada kat dataran tadi ya...

Kengkawan said...

ada la pakngah.. pakngah kat mana?