Monday, September 12, 2011

Wehh aku mimpi ko malam tadi!

taken from here

Pernah tak orang tiba-tiba cakap macam tu, pagi pagi lagi.
Honestly, saya tak percaya mimpi-mimpi ni.

Jadi bila Madiah, my colleague cakap dia mimpi dia tumpang saya naik motor saya ketawa saja. Sejak lepas pembedahan minor-tak-minor-tapi-6-hari-jugakla-kena-admitted, saya memang tak pernah bawak motosikal dah. Mainly, sebab tak larat nak sorong, partly, sebab ari tu saya tergolek-dog dengan motor tu sekali.

Saya ketawa je bila Madiah describe motosikal dalam mimpi tu. Sebenarnya seminggu sebelum tu, saya menemani dia dalam hujan lebat sebab ayahnya tak sampai lagi. Sepatutnya acara habis lewat tapi cepat pula habis, jadi ayahnya tak sampai la lagi. Saya memang nak balik awal bila nampak dia berseorangan. Padahal saya mengantuk sebab malam sebelumnya kami balik sangat lewat untuk menyaksikan Pembukaan MSSM 2011 di Stadium Ipoh.

Madiah berkali suruh saya balik, sebab saya asyik menguap je. Hari hujan lebat, siap dengan tempias, sangat kurang cerdikla kalau saya tinggalkan kawan yang berkerusi roda sorang-sorang.

"Akak bukan tak nak hantar awak balik, tapi akak tak reti nak lipat kerusi roda ni, nak angkat awak pun akak tak reti" saya cakap berkali-kali.

Lama lepas tu, dalam hujan lebat juga, barulah ayahnya sampai. Saya perati cara ayah dia lipat kerusi roda tapi saya tak konfiden saya larat angkat nak masukkan dalam kereta.

Jadi bila dia cakap dia mimpi naik motor dengan saya, maunya saya tak ketawa gila-gila.

Few weeks later, another friend, pulak guna ayat yang sama.
Saya tak nak ambik pot sangat. Afterall, mimpi kan permainan tidur?

"Aku tumpang kereta kau. Kau bawak aku jalan-jalan, pergi mana ntah, ada mak kau sekali", Tikah cakap. Saya terus buat kerja sambil ketawa kecil.

"Tapi kereta kau bukan kereta yang ni tau. Kereta lain" Tikah sambung lagi.

"Eh?" saya ketawa-ketawa lagi.

"Tempat duduk dia kulit yang cantik sangat, pas tu kereta kau tak taula aku brand apa, tapi besar sangat", Tikah cakap sungguh-sungguh.

"Eh?" saya letak pen.

"Tu aku heran, apsal aku boleh mimpi kau pulak. Then, baru aku ingat, sebelum tidur tu aku memang teringat kau. Yelah aku kena ajar subjek Bahasa Arab (bukan subjek sebenar) aku risau, tu aku terfikir nak mintak tolong ngan kau", dia cakap lagi.

Saya ketawa macam nak jatuh kerusi.
Harap-harap mimpi Tikah akan jadi kenyataan.
hehhehe

"

No comments: