Thursday, October 27, 2011

Yang saya nak, sekarang..

I really love blogwalking to cooking blogs.
Yummilicious!

Since saya dan memasak memang not in the speaking term sejak dulu lagi,
tapi ada hati juga nak tayang gambar masakan. so here it is.



taraaaaaaaaaaaaa.
saya pinjam gambar ni dari sini - nak resepi sila salin.

Arghhh lapar perut saya.
Ada sesiapa yang masak cenggini, calling2 ye.

Saya suka artikel ni

In view of the recent world issues that have clouded life with a number of miseries, what with war, the rising crimes, and the natural disasters, the world has become a tougher place to live in. Thus, we are more in need to find comfort and a safe place surrounded by people we trust and love. These people have become an important entity in our lives.
They have been called angels, they have been called saviours, but more than anything, they have definitely been remembered as the ones we love till the day we pass on. They are our friends, the true and loyal ones, who will stand by us no matter what.
Friends are those who are there for us come rain and shine. They do not judge, they do not rule. They listen and they reach to us. The best thing about them is that they accept us, tolerate us and respect us for who we are, no matter what we are or where we come from.
I can never imagine life without friends. How dark it would be, how insipid it could be. The saddest thing about life without friends is that loneliness sneaks in and takes upon itself as our soul companion. it brings with it heinous feelings of dejection, self-deprecation and desolation.
In due time, the bogus pal shuns our hearts from being discerning of people and in the end, we attract bad and manipulative company to step in and take over our lives. They control us, hurt us and they break our hearts. While some of us manage to struggle through, many of us may drown in its sorrows. However, for the lucky ones, real friend emerge and they embrace and protect us from the evil ones who inflict pain upon us. Can you imagine life without friends? Or our whole life only to be surrounded with superficiality?
Some of them leave us and live their own lives as we grow apart, but as friends, we will never ever fall apart. Those who live among us will be with us and look after us, some become families and others bloom to be our soul mates. For those who are not with us, they will remain in our hearts and keep us in their thoughts. For when the time calls and when we are in need, rest assured that they will be there for us to stand by us as best as they can.

Let us count our blessings and remember the friends that we have by loving them unconditionally and gratifying their companionship through kindness and compassion. Although we may lose them through acts of nature and unforeseen circumstances, we keep them in our hearts and never lose them from our thoughts.

We are defined by the people we love and for the reasons for loving them. So let us thank our friends for being there in our darkest moments and above all, for making our lives worth living for.


Source: Azmi Samjadga, A Tribute to Friends

Pasir Salak




Entah..
Tiba-tiba semalam saya dan Adik pergi ke Pasir Salak.

Cantik Resort dia.
"Waaaa ada swimming pool dik" saya excited.
Arif pun. Dia pergi minta pamphlet.

Berbaloi juga.
Bilik cuma RM104 termasuk sarapan pagi untuk 2 orang.
Juga tiket ke Kompleks bersejarah Pasir Salak.

Pemandangan sangat cantik, menghadap sungai.
Ada banyak rumah kayu dengan ukiran yang menarik.
Dari Pasir Salak cuma 1.5 jam nak ke Pangkor. Dekat je.
45minit nak tengok Menara Condong Teluk Intan.
Boleh selusuri jalan-jalan kecil dan tengok rumah Melayu tradisional.
Ada banyak gerai makanan saya nampak sepanjang jalan semalam.
Penting tu.


Kitaorang berjanji nak datang semula, dengan mak.
Mesti mak suka.

Cuak


Pagi ni berkabus.
My late dad cakap, kalau kabus, maksudnya hari akan panas.

Tapi pagi-pagi saya dah panas sejuk.
Sebab, tiba-tiba kereta tak boleh masuk gear.
Luckily, Sudin, jiran depan baru nak hantar Aza, g kerja.


"Sudin, boleh tak awak tengokkan kenapa kereta akak tak boleh gerak?" saya tanya muka cemas.
"Saya tak pandai kak, nanti saya panggil dia tu" jawab Sudin.

Kebetulan yang sangat menyenangkan Encik Kain Pelekat (yang walaupun dah berjiran 3 tahun saya masih tak tau namanya, sedang keluar dari Unsernya.

"Encik, boleh ke encik tengokkan?" saya tanya bila dia dah sampai ke 12A. Sudin yang tolong panggilkan.
Dia try, boleh pulak, jadi dia pusing satu round kat Taman dan bila semuanya ok, barulah saya berani pergi kerja.

Oh tempat kerja saya lebih kurang 30km dari rumah.
Syukurlah saya ada jiran yang baik.

Saya harap hari akan panas hingga ke petang, janganlah hujan di tengah hari.

Tuesday, October 25, 2011

Tukang Kebun Separuh Masa


On Sunday afternoon, Yatie came to 12A. She was down with fever.
Normally, kalau saya demam, dia la tukang hantar g klinik, ada sekali je pun yang saya memang flat giler dan dapat 2 hari cuti sakit.

"Laa.. apsal tak call?" saya tanya.
"Dah.. tak jawab" dia cakap.

Yelah.. bila sihat, entah kemana talipon saya letak.
We had toast and a mug of nescafe each.
In insisted that she stayed for dinner. She had my homemade-tomyam while I washed the laundry.

Then we talked about everything under the sun.
Especially her recent trip to Thailand.
Oh! she gave me a cute magnet fridge as well. I like!

"Eh.. nanti boleh siram pokok dan kasi ikan makan tak" she asked.
Mestilah boleh kan... Besides, I really love spend times at her garden.
It just that, I was a bit annoyed sebab dia cuti dan saya tidak.

Patut cuti la semua sekolah, heheheh..
Sekian.

p/s I might snap some pics at her garden this afternoon.
p p/s the above mulberries was taken from her garden too


Monday, October 24, 2011

Agenda Hujung Tahun - merancang percutian


Aishah, 8 has been saving diligently since January for year end holiday.
Last year she missed her family trip to Malacca because at that time she was at12A.

"tahun ni boleh tak kita pergi Melaka? Ecah tak pernah pergi Melaka..." one thing about Aisyah, she's so sweet tak sampai hati nak hampakan.

Tapi Melaka sangat jauh.
Saya lagi suka pergi tempat yang dekat-dekat dan tak perlu packing kain baju.
Macam dari 12A ke #18.

Boleh gitu?

Friday, October 21, 2011

Blood and water

Adik had been complaining about his lost of ntahapakebendalahnya for couple of months. We've been searching high n low for that thing, to no avail. With #18 is in total mess, due to the recent renovation, there's no way we could find it.

On Monday I told Acho, while he was eating. On Tuesday Acho told mommy. That afternoon, once he came home after work, Mom asked Adik, whether the thing been found or not.

Jawapannya tidak la kan.

On Wednesday, Acho met, Polis Nasir (dunno, but this is how we called him), and later he told Adik that Polis Nasir wanted a talk. It went well.

Yesterday, I was thinking of taking mom doing grocery, when Acho insisted that we pay a visit to Balai Polis Trolak, as advised by Polis Nasir. Once, the report had been made, we waited for Arif at Sungkai Petronas Station. He was on morning shift this week.

Then we rushed to Tapah Road Traffic Department.
Lerrrrrrrrr kena bayar duaploh hengget je pun nak buat geran baru. Kalau tau x payah la susah2 nak mencari.

Then Acho gave Adik RM200 to renew the roadtax at Tapah Post Office.
"wehh takkan mahal sangat nak renew rodtek motor" I asked in disbelief.

Acho malas nak jawab. Dahla satu kerja dia kena layan Adik dia yang berumur 27 tahun. Ni kakak dia pulak banyak tanya.

"Dah ok Dik?" I asked Arif once he entered the car with cheshire smile.
"Hehehehhe.. orang tak nak ikut beli barang dapur tau, orang nak balik, ada hal" said him.

Acho dropped him at the bus station and proceed to Teluk Intan.
First stop, kedai ikan masin. Not much, mom only spent RM39 on achovies, gelama and spices.

Then to TF Teluk Intan.
Not much also. But then, harga barang sangat naik so had to fork out RM240 for the items which mom said "a'a kalau dulu tak kan sampai pun 200ratus".

"Ye lah kerajaan baru umum bonus, memang gini la" complaint Acho.
Muka Acho biru kelabu sebab dia lama tunggu dalam kereta.

We braved the pouring rain.
Dan satu kerja pula nak memunggah barang, because we parked at #17 lawn, because ours is full of debris.

Kind of hard to sleep when Acho and Pijo quarrel over the lamp.
Sorang nak pasang lampu sebab nak baca paper, sorang suruh tutup sebab nak tidur.
Padahal masa kecikkecik dulu, rumah satu bilik je, muat je pun.
Ni rumah dah tinggal 2 bilik pun nak bising-bising.

But I believe, blood is thicker than water.
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
Air kalau dicincang takkan putus.

Sekian saja.
Saya rasa saya nak masak spaghetti sok pagi.
jemputla.

Wednesday, October 19, 2011

saya tak pernah jumpa sultan

Semalam saya curi baca sebuah buku.
Tajuk pun tak ingat.
Ada kata-kata yang menarik yang saya suka.
Saya ingat tapi tak reti nak tulis semula dengan sebaik yang asal.

Petang semalam, saya sangat susah hati.
Saya telefon seorang kawan.
"I'll call u back" dia kata.

Saya tunggu sampai malam.
He don't seems to remember at all.
"saya berasa sangat berkecil hati" saya tulis di sms, sebaris itu saja ayat.
Kalau tulis panjang-panjang nanti saya merepek.

"Sorry, I was with Sultan of _____" he replied.
Wah... saya tak pernah jumpa mana-mana sultan pun di depan mata. Paling dekat, saya berdiri di tepi Jaguar seorang Sultan, dan minta kawan saya ambikkan gambar, tapi dia tak nak layan.

Tetiba saya excited bertanya itu ini.
Dia pun menjawab dengan excited juga, saya rasa.
Saya lupa sepatutnya saya susah hati.
Saya lupa sepatutnya saya sedang berkecil hati.

Teringat saya lama dahulu, saya sedang berjalan tepi padang sambil menunggu Jie habis kerja. Saya berselisih dengan seorang model iklan. Kacak betul dia.

"Jie... tadikan kita nampak pelakon iklan gula2 cap-ayam tu (bukan iklan sebenar)" saya cakap dengan eksaited.
"Oh siapa?" Jie pura-pura eksaited sebab nak jaga hati kengkawan kot.
"Tak tau nama, tapi dia ni bla bla...." bagai nak rak saya mendescribe pelakon tu.
"Tak kenal kot, sori la" jie cakap lepas panjang lebar saya kasi penerangan.

Tak lama kemudian, sebuah buggy berhenti betul-betul di depan kami.
Mulut saya ternganga. Jie berbual dengan pemandu buggy tersebut. Bersungguh-sungguh saya nak tutup mulut, tapi ternganga juga.

"Itulah pelakon yang I cakap tadi" saya cakap dengan Jie bila buggy tu dah jauh.
"Lerrrrrrrr itu Daniel la (bukan nama sebenar)" Jie cakap macam tak ada apa-apa.
"Oh.. u know him?" saya tanya.

Apa ye rasanya rub shoulders with VViP and celebrities?

Monday, October 17, 2011

Cinta Elisa

Hikhik..
Despite Fasha Sandha look extremely "matured" in this drama, I still watch it.
No. I am not the fan of Johan Asari either.
Saya minat Aaron Aziz je.

The story is amazingly interesting and out of this world.
Nope, if you want superpower, superhero thingy, please switch to Supermak played by the ever beautiful (tapi muka dia dah lain sikit sekarang), Nasha Aziz.

In my humble opinion, after watching all those cerita-korporat-yang-merepek-repek-dan-tak-berapa-nak-masuk-akal this story is basically revolves around today's reality.
I watched it since the first episode and I was hooked.

Camerawork, biasa-biasa je, pelakon pun biasa-biasa je, if not for the storyline, Cinta Elisa is only a biasa-biasa je.
But still, do watch.. sangat best.

p/s kenapa diorang kasi Fasha Sandha? She's beautiful but a bit "older" to be a college girl.

Musim exam

Nothing much happening to share lately.

The kids are sitting for their Final Year Examination.
Jadinya, most of my free time, preparing for them.
"jangan nanti buat-buat muka terkejut bila tengok soklan eh.." I used to remind them, always.

Because, their fav phrases are

1. "eh.. mana ada kita belajar yang ni kan?"

2. "mak aihhh... apsal soalan dia cenggini, mana nak tau jawab"

3. " haaaa? ari tu tice cakap lain".

4. "Laaaaaaaaaaaa... macam ini ke soalannya, tak tau pun".

Lastly,
"ada ke tice ajar yang ini? saya tak ingat pun".


Sekian saja.
Saya tak marah sebenarnya.

Friday, October 14, 2011

Ini pulak versi terjemahan.

Ini pula terjemahannya kalau pening nak baca Bahasa Omputeh.

Hanya selepas beberapa bulan menasihatkan ahli-ahlinya supaya melayan para suami seperti pelacur, dan mengundang banyak kecaman, Kelab Isteri Taat Malaysia menimbulkan kontroversi lagi apabila menerbitkan Panduan Berjimak Cara Islam.

Buku kecil setebal 115 halaman ini bakal menerima kecaman daripada orang Islam dan bukan Islam, mendedahkan lelaki Islam boleh berjimak bersama ke-empat-empat isterinya serentak. Mengikut syariah Islam, lelaki Islam boleh beristeri empat, jika berkemampuan.

Kelab ini mencetuskan bantahan dalam kalangan persatuan wanita dan pihak jabatan agama sejak ditubuhkan pada bulan Jun. Mereka mendakwa mempunyai 1000 orang ahli.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil mengarahkan pihak berkaitan untuk memantau kelab ini supaya tidak "mengelirukan" minda generasi muda. Pun begitu, Shahrizat menyatakan bahawa kerajaan tiada kuasa untuk mengehadkan aktiviti kelab ini, "lagipun, kita adalah sebuah negara demokrasi", katanya lagi.

Antara organisasi yang mengecam kelab ini ialah Wanita MCA, yang meluluskan cadangan bahawa saranan kelab itu sebagai penghinaan kepada wanita dan hak asasi manusia.

Di dalam ruangan kata pengantar, buku ini menyatakan, kajian menunjukkan bahawa para isteri hanya memberikan 10% sahaja dalam hubungan kelamin. Buku ini mengandungi penerangan terperinci tentang proses berjimak, termasuklah meramas payudara, dan satu bab tentang, " Bagaimana menjadikan seks sebagai Ibadah".

Menurut buku ini, jimak diharuskan oleh Allah dan perlu untuk melahirkan kehidupan baru.

''You [God] have said that all these acts are halal, pure, beautiful and like a prayer [between man and wife],'' it says. (psstt yang ni saya kena check Quran, kang kalau salah berdosa pulak)

Pada bulan Jun yang lalu, ahli kelab ini mengatakan mereka akan menubuhkan cawangan di negara Asia lain termasuklah negara yang mempunyai penganut agama Islam terbesar, Indonesia.

Namun begitu penubuhan cawangan kurang mendapat sokongan selepas polisinya dikritik oleh beberapa pertubuhan Islam.

Menurut media Malaysia, kelab ini mempunyai hubungan dengan sebuah pertubuhan agama yang telah diharamkan oleh kerajaan sejak 20 tahun dulu.

Jun lalu, Naib Presiden Kelab, Dr Rohaya Mohamad, mencetuskan kritikan apabila beliau menasihatkan para isteri memberi layanan seperti "pelacur kelas pertama" kepada suami jika mahu rumahtangga kekal.

Buku ini disebarkan di Malaysia pada masa radikal Islam sedang mengembangkan sayap ke Asia melalui pertubuhan yang dikenali sebagai Hizbut Tahrir, yang telah berjaya menarik ramai golongan Islam pertengahan termasuklah ahli perniagaan, peguam dan surirumahtangga.

Cawangan organisasi ini di Indonesi mempunya beratus ribu ahli. Hizbut Tahrir berhasrat untuk menyatukan semua negara Islam di seantero dunia dengan menerima pakai undang-undang shariah.

Walaupun telah diharamkan dibeberapa negara termasuk Pakistan dan Bangladesh, Hizbut Tahrir beroperasi secara terbuka di Australia.



p.s - spt biasa saya tiada komen, saya translate saja ok


Udah buku seks pulak dah... (versi asal)

Ni saya pinjam daripada laman web Sydney Morning Herald.

Now a sex guide from Malaysia's Obedient Wives

Lindsay Murdoch
October 14, 2011
REFILE - CLARIFYING CAPTIONNewly-wed Ummu Honey Lokman Hakim, 19, a member of "The Obedient Wife Club", bows to her 23-year-old husband Mohd Syurahbil Amran, during a mass wedding ceremony in conjunction with the club's launch in Kuala Lumpur June 4, 2011. A group of Malaysian Muslim women on Saturday launched "The Obedient Wife Club" aiming to teach wives how to please their husbands so as to reduce incidences of domestic abuse, infidelity and divorce, according to a press statement. REUTERS/Samsul Said (MALAYSIA - Tags: SOCIETY RELIGION IMAGES OF THE DAY)

A member of Malaysia's Obedient Wives Club. Photo: Reuters

JUST months after telling its members to serve their husbands better than prostitutes, prompting widespread criticism, the Obedient Wives Club of Malaysia has stirred further controversy by publishing a guide to Islamic sex.

The 115-page pocket-sized book, which will outrage many Muslims and non-Muslims, says a Muslim man can have sex with all of his wives at the same time. Under strict Islamic tradition a man have can up to four wives if he can provide for them all.

The club prompted an outcry from women's groups and Islamic religious authorities when it was established in June, claiming to have 1000 members.

Malaysia's Minister for Women, Family and Community Development, Shahrizat Abdul Jalil, asked government officials to monitor the club to ensure it would not ''muddle'' the minds of Malaysia's younger generation. But Ms Shahrizat said the government could not restrict the club's activities, saying ''we are, after all, a democratic country''.

Among organisations that condemned the club was the Wanita Malaysian Chinese Association, which passed a motion describing its advice to women as an insult to their basic human rights.

In its foreword, the book says studies showed women gave their husbands only 10 per cent of what men desired of their wives' bodies. It contains explicit sex details, including fondling of a breast, and one chapter deals with ''how sex becomes worship''.

The book says sex is sanctioned by God and is intended to make a new life.

''You [God] have said that all these acts are halal, pure, beautiful and like a prayer [between man and wife],'' it says.

In June, club members said they planned to set up chapters in other Asian nations, including predominantly Muslim Indonesia.

But there has been little support for an expansion of the club after criticism of its policies by a number of Muslim groups.

Malaysian media have reported the club has links to a religious cult banned by the Malaysian government 20 years ago.

In June, the club's vice-president, Dr Rohaya Mohamad, prompted criticism when she advised women to behave like a ''first-class whore'' while in the company of their husbands if they wanted their marriage to succeed.

The book is circulating in Malaysia at a time that radical Islam is expanding across Asia through a movement called Hizbut Tahrir, which is attracting many middle-class Muslims, including businessmen, lawyers and mothers.

The organisation's Indonesian chapter has hundreds of thousands of members. Hizbut Tahrir wants to unite all Muslim countries in a globe-spanning bloc ruled by strict sharia law.

Although banned in some countries, including Pakistan and Bangladesh, Hizbut Tahrir is operating openly in Australia.

_____________________________________________________


Thursday, October 13, 2011

Tepen!!

Another Tepen trip yesterday.
For a day course in Hotel Seri Malaysia.
I didn't snap any pic tho.

Once, saya pernah jugak bercita-cita dah duduk di Taiping, or Tepen as the quaint town fondly pronounced as among the Perakian. Saya pun pernah bercita-cita nak duduk di Alaska jugak lepas tengok pilem "The Proposal", saya ada banyak cita-cita yang belum tercapai sebenarnya, but that's another story...

The course was superb!.
Serious!. I don't mind spend RM30 for toll fare and another RM50 for fuel for such an excellent, well done info.

Sebenarnya cerita ni tak kena mengena sangat pun, tapi saya nak jugak tulis, napa eh hotel tu macam tu? This is the 3rd time I went to HSM Taiping. Firstly, was in 2007 (rasanyala), then a year later kot. At that time I took the nieces and nephews to Taiping Zoo.

This time around I did not stay there, so could not say anything about the room and service. It just that I don't see any improvement on the food and beverage. How much was per head allocation? The food was ermmmmmmmmm... not so appealing to the eyes and taste. So to speak.

Sekian sajalah komplen saya hari ni.
kalau ada sedara mara di HSM, Taiping tolongla sampaikan.
Tapinya kalau saya pergi Tepen, HSM tu tetap jugak jadi pilihan for safety reason. hehehhe

Friday, October 07, 2011

Bonus sebulan gaji- Belanjawan 2012

gambar dipinjam dari beritasemasa.com

Ermmm...
Beria-ia tengok belanjawan.
Last-last yang itu je saya ingat.
Ngan skim persaraan untuk swasta.
Lagi satu bantuan persekolahan RM100 untuk setiap pelajar ... tapi ada syaratnya kot.
Dan tiada yuran persekolahan mulai 2012 *rolling eyes but no comments*

Sebenarnya saya nak tengok sangat berapa juta peruntukan untuk pendidikan.
Boleh terlepas pulak.

Emosi saya terganggu sikit, bila ada insentif yang saya dah lupa berapa jumlahnya untuk menarik pelajar asing ke Malaysia.
Agaknya saya "terpedaya" sangat dengan berita kebejatan sosial pelajar berkulit hitam jadi saya tak suka betul penambahan yang sekufu dengannya.

Steve Jobs - achievements

Kepada sesiapa yang bersekolah rendah sewaktu tahun 1980-an mesti ingat lagi nama Gottlieb Daimler, Henry Ford, John MacAdam dan Lord Townsend.

Tak ingat?
Ala... mesti cikgu korang tak garang macam cikgu sejarah saya. Asal salah jawab je mesti kena cubit, tak tahan. Kalau cikgu tu mengajar lagi sekarang, gamaknya naik turun mahkamah dah dia ni. Maklumlah mak-bapak sekarang emosional lebih sikit kalau anak dia didenda. Zaman saya dulu, kalau mengadu ngan mak bapak, bukan nak kesiankan anak, lagi dia pergi ke sekolah suruh cikgu tu cubit lagi kot. Jadi nak memudahkan cerita, baiklah saya baca buku. Selalu saya dapat A la masa ujian, agaknya kot, buku Rekod Kemajuan dah hilang.

Jadi inilah nama-nama yang mengisi buku Sejarah Darjah 4.
Macam hebat je saya rasa, bila baca sumbangan deme ni.
Masa tu duk fikir, apa rasanya kalau hidup di zaman legenda ni ya?

Tak terlintas di fikiran satu hari saya (dan korang jugak ye) akan hidup sezaman dengan legenda juga.

Steve Jobs.
Ini gambonya - dipinjam dari sini

Inilah cerita kejayaannya, yang berjaya mengubah lanskap dunia. Sengaja saya terjemah dalam bahasa Perak yang mudah.

Beginilah ceritanya
1974 - Steve Jobs dengan kawannya, Steve Wozniak bekerojesama bina perintis kepada segala video game yang tajuknya "Breakout at Atari".
'Kot lepas tu dia tak buat apa-apapun,teman akan ngatekan, 'Yob le orang paling bijak di dunia sejak 100 taun lepeh'' kata penulis kolum kat AOL Money (namanya terdelete pulak)

1976 - Jobs ngan Wozniak menubuhkan Syarikat Apple kat sebuah garaj di Lembah Silikon. Deme membuat dan menjuei koputer yang direka dek Wozniak. Dalam masa beberapa bulan aje, Jobs berjaya juei 50 komputer pada kedai elektronik kat tempat tu. Ce le kome bayangkan, Syarikat Apple tengah menuju kearah menjuei satu daripa komputer yang popular.

1984 - Lepeh je melawat syarikat XErox PARC yang terkenal dengan R&D, nengok pulak prototaip graphical user interface yang gunakan tetikus dan sistem tunjuk dan klik,Jobs menambaik baik konsep tu dan digunakan dalam Macintosh - komputer pertama yang yang menggunapakai command line interface.


1985 - Jobs ditendang keluo daripada Syarikat Apple dalam perebutan jawatan antara Ahli Lembaga Pengarah. Lepeh itu Jobs ngatale, 'itulah perkara yang terbaik pernah saya alami' sebabnya lepeh tu dia tubuhkan pulak Syarikat

NeXT, yang lepeh tu jadi asas pada sistem operasi (OS) syarikat Apple yang modern.


1986 - Jobs membeli Jabatan Grafik di Syarikat Lucasfilm Limited. Tujuannya dia nak bina teknik animasi komputer. Dia tuko namanya kepada Pixar, dan terbitkan filem yang pertama mempersembahkan komputer animasi dalam tahun 1995. Tajuknya Toy Story. (Ada kome cakap tengkiu Steve lepeh nengok pilem tu?)

1996 - Jobs rujuk semula dengan Syarikat Apple yang sedang nazak dan hampir muflis. Dia menggariskan satu strategi berdasarkan pembangunan produk yang menggabungkan gaya hidup digital. (Panjang ayatnya karang kome tak paham, jadi teman pendek-pendekkan). Produk itu bakal membolehkan media, komunikasi dan data boleh diakses dengan menggunakan peranti jaringan perhubungan.

1998 - Apple memperkenalkan iMac, komputer semua-dalam-satu yang sangat berpengaruh.


2001 - Apple memperkenalkan pulak iPod, pemain media mudah alih yang mirip dengan software iTunes. iTunes dengan pantas menguasai pasaran muzik atas talian, dan iPod pula dengan percaturan bijak memberi "hukuman mati kepada cakera padat. Dalam masa tujuh tahun aje, Syarikat Apple udah menjuei 10 bilion lagu melalui gedung iTunes.


2007 - Apple memperkenalkan iPhone, peranti mudah alih yang menggunakan kawalan sentuh-skrin dan telunjuk yang pertama dijual untuk pasaran awam. Ate, iPhone ni udahle mencetuskan revolusi industri telefon pintar dan menjana berbilion dolar keuntungan mana idaknya 130 juta unit dijual di seantero dunia. Dijangka pulak tahun ni dapat jual 84 juta unit dan mungkin tahun depan depan 120 juta unit.

2010 - Apple mengumumkan tentang iPad, komputer tablet yang gunakan sistem sentuh-skrin sama macam iPhone dan sekelip mata berjaya secara mendadak serta mengubah sama sekali pasaran komputer peribadidi dunia . Apple berjaya menjual 500,000 iPad pada minggu pertama ia dilancarkan dan dijangka menjual 30 juta unit tahun ini.


Kot tak paham bahasa teman boleh baca Bahasa Inggeris kat sini



Thursday, October 06, 2011

Cerita hantu

Boleh je makan kat mana-mana pun,
tapi hari ini Arif dan saya dengan poyonya makan kat Subang Jaya.
nantila upload gambar makanan kurang garam, kurang kolestrol tu.

Bila balik hari dah Maghrib.
"Betul ke hotel XYXY tu berhantu?" Arif tanya.
"Mana nak tau..." saya cuak nak jawab.
"Tapi ko penah duduk situ dulu kan" Arif tanya lagi.
"Tu kat Kuantan, elok je" saya jawab beria.
"Konfem kot, hotel tu la tapi yang kat Fraser Hill" Arif konfiden je cerita, sebab rakan sekerja dia dulu kerja kat situ.


"Dik, kita sambung esokla.. nanti ko nak balik, lagi takut" hahaha saya penakut.

TAK SABAR nak tunggu esok petang, Arif balik kerja dan sambung cerita hantu dia.
tu je la. Sekian

Wednesday, October 05, 2011

You've work hard, that's all I care about

My great concern is not whether you have failed, but whether you are content with your failure.
Abraham Lincoln

Bagus eh kata-kata di atas ni.
Abraham Lincoln memang la bagus.

So, huh?
"Nanti jangan lupa eh tanda jawapan kat kertas soalan" saya pesan ngan the kids.
Diorang pun tanda la..
dan saya pun semak.

Hmm..
Suffice to say, I am so heartbroken, so emotionally upset.
Gosh!!! I need to drain off this unwanted feelings.

This sale looks tempting.
Jom!





Tuesday, October 04, 2011

Diorang ni risau ke tak?

Hari ni PMR.
Saya gelabah sikit.
Tidur pun tak berapa lena.

Pagi-pagi jumpa Qila.
Nampak dia pun gelabah juga.
Jumpa Linda, As, Era, Ikah dan ramai lagi.
Masing masing gelabah.
Senyum pun sumbing sambang je.
Biasala, nak exam, sapa yang tak gelabah.

Besok paper saya.
Uishhh lagi saya gelabah.
Nanti kalau dapat teruk, orang akan kata cikgu dia tak pandai mengajar.

Saya balik lewat, dan lepas Asar pergi semula ke tempat kerja.
Manalah tau kalau ada the kids yang perlukan bantuan saya.
Dipertengahan jalan terserempak dengan Didie yang dah lama tak pergi sekolah.
Dia budak SPM.
Saya marah-marah sekejap. Dia ketawa macam tak ada apa-apa.

"Alaaa teacher rindu saya la tu," dia cakap. "Sikit-sikit ada la jugak" saya jawab pendek-pendek.

Saya jalan terus.
Nampak pulak bebudak tengah melepak.
"Engkau suruh adik tu balik SEKARANG!" rasanya orang kampung yang nampak saya mesti ingat saya kerja Pengawal Penjara.
PoYob, Fahmi Ahmad dan Fahmi Hassan dengan muka tak bersalah melepak bersama pelajar Form 4 dan Form 5.
"Teacher bila nak belanja?" tanya Faizol yang dah berpindah ke sekolah lain sejak awal tahun ini.
Mood saya tak baik, jadi saya cuma kasi je duit. Dia terkejut dan tak nak, dia cakap dia main-main saja.

Saya tak ada masa nak main-main.
Saya hangin tahap gaban.
"Ambik sekarang duit ni, pas tu suruh adik-adik tu balik study, kalau tak dengan awak-awak sekali saya hempuk". Saya cakap dengan sangat garang.

Saya sangat marah sebenarnya.

Monday, October 03, 2011

So what if it wasn't 12 millions?

Sometimes, I do read all those gossip webbie. Out of boredom, i might say.
When a divorcee re-married, I found it irritating when the ex(es) giving such nasty comments.
Be a sport! Life is too short to be such a wet blanket.

Some things in life are better left unsaid.
Or maybe to be discussed in court only. Pick your choice.

As I had nothing better to do last night, I read here.
Interesting comment, since he mentioned he was an accountant before.

Sama macam Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah (pergh!!! tiba-tiba), saya rasa sangat kurang cerdik kalau buat majlis kahwin besar-besaran dengan duit orang lain pula tu.
(Sebenarnya ayat suratkhabar yang saya googled dated May 12, 2007 "KUALA LUMPUR, May 12 (Bernama) -- The Raja Muda of Perak, Raja DrNazrin Shah, has politely declined state allocation for his wedding ..)

See...
That's what we called true gentleman errr .. prince (charming).


Speaking about the comments from Encik Baju Merah on 12k wedding, I found it hilarious!.

I found it even more hilarious when the bridegroom's sister claimed that (you know.. after all the yada.. yada) (see— MALAYs ..stop NEGATIVITY & jealousy-correct ur mind set, please!!!…

Ermmmm...
Jealousy?
I re-read all the Encik Baju Merah's status updates twice.
Couldn't find any trace of jealousy.
In fact he was speaking from his experienced as a well-travelled chef and organizing a modest wedding for his only daughter couple of years ago.
I called it modest, because like a true gentleman, he also declined any sedekah and prefer to use his hard earned money.

Kenapa ye bila somebody beg to differ, they are accused of being jealous and having a wrong mindset?

Sunday, October 02, 2011

Dah baca paper?

Lain padang lain belalang ke.
Banyak udang, banyak garam kan?

Walaupun ada akhbar dalam talian, saya tetap nak baca suratkhabar tradisional.
Feel lain macam sket.

Tadi lepas Uda, saya plan nak keluar beli paper.
Hah! tak jumpa kunci plak dah.
Dari Zohor sampai Maghrib saya cari.

Kejap tadi baru jumpa.
Maluke kalau dah malam baru nak beli paper?
Entah.. saya nak survey dulu, harap-harap Aci tu x ikat lagi paper hari ni.

psstt: gambar dari google
Tetiba jumpa gambar-gambar dalam pen drive.
Ni Short trip ke Mini Indonesia. With sisters and mommy.
Lokasi wajib, kat Taman Wisata Tangkuban Perahu. Mak saya dah letih berjalan, saya pun sama.
Sudahnya amik gambar dalam van. Gila tak best.
Dan kat kedai jajan.
Juga kat airport sebelum berlepas...

Saturday, October 01, 2011

Sisterhood

When I first met Kak Non and Kak Rozi, tak tau pulak bila saya dalam kesusahan, mereka berdua akan berlari-lari datang menolong (figurative speaking ye adik-adik, jangan dok imagine kakak ni berlari dengan jubah beli kat Turki diorang tu pulak).

I got to know them in 2006, during a short trip to West Sumatera.
Funny, padahal tempat kerja dekat je.. x pernah terserempak pun.
Tak bercakap sangat masa tu, sebab saya pendiam orangnya hehe.

2 tahun kemudian, saya terjumpa semula ngan Kak Non kat Chiengmai. Kali ni adala amik gambar sesama, tapi hard disk corrupt, habis semua gambar tu. Setahun lepas tu, jumpa Kak Rozi kat Beijing, again, ada lah jugak ambik gambar, tapi kalau cari sure tak jumpa.

Selepas tu we never keep in touch, until something awful arose.
Glad they were there.

Since Uda slept at 12A on Thursday night, I asked Kak Non to come along.
It was hillarious, because last year they performed their umrah together (saya tak ikut).
Macam cerita, we were so sorry when Kak Non had to go home.

On Friday, Kak Rozi invited us for makan-makan.
Again, spent some time reminisced our previous trip.

Thats it.
tak taulah bila nak jumpa lagi.