Thursday, October 27, 2011

Cuak


Pagi ni berkabus.
My late dad cakap, kalau kabus, maksudnya hari akan panas.

Tapi pagi-pagi saya dah panas sejuk.
Sebab, tiba-tiba kereta tak boleh masuk gear.
Luckily, Sudin, jiran depan baru nak hantar Aza, g kerja.


"Sudin, boleh tak awak tengokkan kenapa kereta akak tak boleh gerak?" saya tanya muka cemas.
"Saya tak pandai kak, nanti saya panggil dia tu" jawab Sudin.

Kebetulan yang sangat menyenangkan Encik Kain Pelekat (yang walaupun dah berjiran 3 tahun saya masih tak tau namanya, sedang keluar dari Unsernya.

"Encik, boleh ke encik tengokkan?" saya tanya bila dia dah sampai ke 12A. Sudin yang tolong panggilkan.
Dia try, boleh pulak, jadi dia pusing satu round kat Taman dan bila semuanya ok, barulah saya berani pergi kerja.

Oh tempat kerja saya lebih kurang 30km dari rumah.
Syukurlah saya ada jiran yang baik.

Saya harap hari akan panas hingga ke petang, janganlah hujan di tengah hari.

No comments: