Tuesday, October 04, 2011

Diorang ni risau ke tak?

Hari ni PMR.
Saya gelabah sikit.
Tidur pun tak berapa lena.

Pagi-pagi jumpa Qila.
Nampak dia pun gelabah juga.
Jumpa Linda, As, Era, Ikah dan ramai lagi.
Masing masing gelabah.
Senyum pun sumbing sambang je.
Biasala, nak exam, sapa yang tak gelabah.

Besok paper saya.
Uishhh lagi saya gelabah.
Nanti kalau dapat teruk, orang akan kata cikgu dia tak pandai mengajar.

Saya balik lewat, dan lepas Asar pergi semula ke tempat kerja.
Manalah tau kalau ada the kids yang perlukan bantuan saya.
Dipertengahan jalan terserempak dengan Didie yang dah lama tak pergi sekolah.
Dia budak SPM.
Saya marah-marah sekejap. Dia ketawa macam tak ada apa-apa.

"Alaaa teacher rindu saya la tu," dia cakap. "Sikit-sikit ada la jugak" saya jawab pendek-pendek.

Saya jalan terus.
Nampak pulak bebudak tengah melepak.
"Engkau suruh adik tu balik SEKARANG!" rasanya orang kampung yang nampak saya mesti ingat saya kerja Pengawal Penjara.
PoYob, Fahmi Ahmad dan Fahmi Hassan dengan muka tak bersalah melepak bersama pelajar Form 4 dan Form 5.
"Teacher bila nak belanja?" tanya Faizol yang dah berpindah ke sekolah lain sejak awal tahun ini.
Mood saya tak baik, jadi saya cuma kasi je duit. Dia terkejut dan tak nak, dia cakap dia main-main saja.

Saya tak ada masa nak main-main.
Saya hangin tahap gaban.
"Ambik sekarang duit ni, pas tu suruh adik-adik tu balik study, kalau tak dengan awak-awak sekali saya hempuk". Saya cakap dengan sangat garang.

Saya sangat marah sebenarnya.

3 comments:

Acik Erna said...
This comment has been removed by the author.
Acik Erna said...

Assalam cik gu..dah ok?.harap cik gu dah tak marah lagi..
cik gu tak lena tidur..ibu2 pun sama
anak murid pulak macam mana agaknya ye ..

Kengkawan said...

hahahahha tu la Acik kan..
diorang pun sama kot..
cuma pura2 buat muka cool agaknya