Ini pula terjemahannya kalau pening nak baca Bahasa Omputeh.

Hanya selepas beberapa bulan menasihatkan ahli-ahlinya supaya melayan para suami seperti pelacur, dan mengundang banyak kecaman, Kelab Isteri Taat Malaysia menimbulkan kontroversi lagi apabila menerbitkan Panduan Berjimak Cara Islam.

Buku kecil setebal 115 halaman ini bakal menerima kecaman daripada orang Islam dan bukan Islam, mendedahkan lelaki Islam boleh berjimak bersama ke-empat-empat isterinya serentak. Mengikut syariah Islam, lelaki Islam boleh beristeri empat, jika berkemampuan.

Kelab ini mencetuskan bantahan dalam kalangan persatuan wanita dan pihak jabatan agama sejak ditubuhkan pada bulan Jun. Mereka mendakwa mempunyai 1000 orang ahli.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil mengarahkan pihak berkaitan untuk memantau kelab ini supaya tidak "mengelirukan" minda generasi muda. Pun begitu, Shahrizat menyatakan bahawa kerajaan tiada kuasa untuk mengehadkan aktiviti kelab ini, "lagipun, kita adalah sebuah negara demokrasi", katanya lagi.

Antara organisasi yang mengecam kelab ini ialah Wanita MCA, yang meluluskan cadangan bahawa saranan kelab itu sebagai penghinaan kepada wanita dan hak asasi manusia.

Di dalam ruangan kata pengantar, buku ini menyatakan, kajian menunjukkan bahawa para isteri hanya memberikan 10% sahaja dalam hubungan kelamin. Buku ini mengandungi penerangan terperinci tentang proses berjimak, termasuklah meramas payudara, dan satu bab tentang, " Bagaimana menjadikan seks sebagai Ibadah".

Menurut buku ini, jimak diharuskan oleh Allah dan perlu untuk melahirkan kehidupan baru.

''You [God] have said that all these acts are halal, pure, beautiful and like a prayer [between man and wife],'' it says. (psstt yang ni saya kena check Quran, kang kalau salah berdosa pulak)

Pada bulan Jun yang lalu, ahli kelab ini mengatakan mereka akan menubuhkan cawangan di negara Asia lain termasuklah negara yang mempunyai penganut agama Islam terbesar, Indonesia.

Namun begitu penubuhan cawangan kurang mendapat sokongan selepas polisinya dikritik oleh beberapa pertubuhan Islam.

Menurut media Malaysia, kelab ini mempunyai hubungan dengan sebuah pertubuhan agama yang telah diharamkan oleh kerajaan sejak 20 tahun dulu.

Jun lalu, Naib Presiden Kelab, Dr Rohaya Mohamad, mencetuskan kritikan apabila beliau menasihatkan para isteri memberi layanan seperti "pelacur kelas pertama" kepada suami jika mahu rumahtangga kekal.

Buku ini disebarkan di Malaysia pada masa radikal Islam sedang mengembangkan sayap ke Asia melalui pertubuhan yang dikenali sebagai Hizbut Tahrir, yang telah berjaya menarik ramai golongan Islam pertengahan termasuklah ahli perniagaan, peguam dan surirumahtangga.

Cawangan organisasi ini di Indonesi mempunya beratus ribu ahli. Hizbut Tahrir berhasrat untuk menyatukan semua negara Islam di seantero dunia dengan menerima pakai undang-undang shariah.

Walaupun telah diharamkan dibeberapa negara termasuk Pakistan dan Bangladesh, Hizbut Tahrir beroperasi secara terbuka di Australia.



p.s - spt biasa saya tiada komen, saya translate saja ok