Thursday, October 27, 2011

Pasir Salak




Entah..
Tiba-tiba semalam saya dan Adik pergi ke Pasir Salak.

Cantik Resort dia.
"Waaaa ada swimming pool dik" saya excited.
Arif pun. Dia pergi minta pamphlet.

Berbaloi juga.
Bilik cuma RM104 termasuk sarapan pagi untuk 2 orang.
Juga tiket ke Kompleks bersejarah Pasir Salak.

Pemandangan sangat cantik, menghadap sungai.
Ada banyak rumah kayu dengan ukiran yang menarik.
Dari Pasir Salak cuma 1.5 jam nak ke Pangkor. Dekat je.
45minit nak tengok Menara Condong Teluk Intan.
Boleh selusuri jalan-jalan kecil dan tengok rumah Melayu tradisional.
Ada banyak gerai makanan saya nampak sepanjang jalan semalam.
Penting tu.


Kitaorang berjanji nak datang semula, dengan mak.
Mesti mak suka.

No comments: