Wednesday, October 19, 2011

saya tak pernah jumpa sultan

Semalam saya curi baca sebuah buku.
Tajuk pun tak ingat.
Ada kata-kata yang menarik yang saya suka.
Saya ingat tapi tak reti nak tulis semula dengan sebaik yang asal.

Petang semalam, saya sangat susah hati.
Saya telefon seorang kawan.
"I'll call u back" dia kata.

Saya tunggu sampai malam.
He don't seems to remember at all.
"saya berasa sangat berkecil hati" saya tulis di sms, sebaris itu saja ayat.
Kalau tulis panjang-panjang nanti saya merepek.

"Sorry, I was with Sultan of _____" he replied.
Wah... saya tak pernah jumpa mana-mana sultan pun di depan mata. Paling dekat, saya berdiri di tepi Jaguar seorang Sultan, dan minta kawan saya ambikkan gambar, tapi dia tak nak layan.

Tetiba saya excited bertanya itu ini.
Dia pun menjawab dengan excited juga, saya rasa.
Saya lupa sepatutnya saya susah hati.
Saya lupa sepatutnya saya sedang berkecil hati.

Teringat saya lama dahulu, saya sedang berjalan tepi padang sambil menunggu Jie habis kerja. Saya berselisih dengan seorang model iklan. Kacak betul dia.

"Jie... tadikan kita nampak pelakon iklan gula2 cap-ayam tu (bukan iklan sebenar)" saya cakap dengan eksaited.
"Oh siapa?" Jie pura-pura eksaited sebab nak jaga hati kengkawan kot.
"Tak tau nama, tapi dia ni bla bla...." bagai nak rak saya mendescribe pelakon tu.
"Tak kenal kot, sori la" jie cakap lepas panjang lebar saya kasi penerangan.

Tak lama kemudian, sebuah buggy berhenti betul-betul di depan kami.
Mulut saya ternganga. Jie berbual dengan pemandu buggy tersebut. Bersungguh-sungguh saya nak tutup mulut, tapi ternganga juga.

"Itulah pelakon yang I cakap tadi" saya cakap dengan Jie bila buggy tu dah jauh.
"Lerrrrrrrr itu Daniel la (bukan nama sebenar)" Jie cakap macam tak ada apa-apa.
"Oh.. u know him?" saya tanya.

Apa ye rasanya rub shoulders with VViP and celebrities?

No comments: