Friday, October 07, 2011

Steve Jobs - achievements

Kepada sesiapa yang bersekolah rendah sewaktu tahun 1980-an mesti ingat lagi nama Gottlieb Daimler, Henry Ford, John MacAdam dan Lord Townsend.

Tak ingat?
Ala... mesti cikgu korang tak garang macam cikgu sejarah saya. Asal salah jawab je mesti kena cubit, tak tahan. Kalau cikgu tu mengajar lagi sekarang, gamaknya naik turun mahkamah dah dia ni. Maklumlah mak-bapak sekarang emosional lebih sikit kalau anak dia didenda. Zaman saya dulu, kalau mengadu ngan mak bapak, bukan nak kesiankan anak, lagi dia pergi ke sekolah suruh cikgu tu cubit lagi kot. Jadi nak memudahkan cerita, baiklah saya baca buku. Selalu saya dapat A la masa ujian, agaknya kot, buku Rekod Kemajuan dah hilang.

Jadi inilah nama-nama yang mengisi buku Sejarah Darjah 4.
Macam hebat je saya rasa, bila baca sumbangan deme ni.
Masa tu duk fikir, apa rasanya kalau hidup di zaman legenda ni ya?

Tak terlintas di fikiran satu hari saya (dan korang jugak ye) akan hidup sezaman dengan legenda juga.

Steve Jobs.
Ini gambonya - dipinjam dari sini

Inilah cerita kejayaannya, yang berjaya mengubah lanskap dunia. Sengaja saya terjemah dalam bahasa Perak yang mudah.

Beginilah ceritanya
1974 - Steve Jobs dengan kawannya, Steve Wozniak bekerojesama bina perintis kepada segala video game yang tajuknya "Breakout at Atari".
'Kot lepas tu dia tak buat apa-apapun,teman akan ngatekan, 'Yob le orang paling bijak di dunia sejak 100 taun lepeh'' kata penulis kolum kat AOL Money (namanya terdelete pulak)

1976 - Jobs ngan Wozniak menubuhkan Syarikat Apple kat sebuah garaj di Lembah Silikon. Deme membuat dan menjuei koputer yang direka dek Wozniak. Dalam masa beberapa bulan aje, Jobs berjaya juei 50 komputer pada kedai elektronik kat tempat tu. Ce le kome bayangkan, Syarikat Apple tengah menuju kearah menjuei satu daripa komputer yang popular.

1984 - Lepeh je melawat syarikat XErox PARC yang terkenal dengan R&D, nengok pulak prototaip graphical user interface yang gunakan tetikus dan sistem tunjuk dan klik,Jobs menambaik baik konsep tu dan digunakan dalam Macintosh - komputer pertama yang yang menggunapakai command line interface.


1985 - Jobs ditendang keluo daripada Syarikat Apple dalam perebutan jawatan antara Ahli Lembaga Pengarah. Lepeh itu Jobs ngatale, 'itulah perkara yang terbaik pernah saya alami' sebabnya lepeh tu dia tubuhkan pulak Syarikat

NeXT, yang lepeh tu jadi asas pada sistem operasi (OS) syarikat Apple yang modern.


1986 - Jobs membeli Jabatan Grafik di Syarikat Lucasfilm Limited. Tujuannya dia nak bina teknik animasi komputer. Dia tuko namanya kepada Pixar, dan terbitkan filem yang pertama mempersembahkan komputer animasi dalam tahun 1995. Tajuknya Toy Story. (Ada kome cakap tengkiu Steve lepeh nengok pilem tu?)

1996 - Jobs rujuk semula dengan Syarikat Apple yang sedang nazak dan hampir muflis. Dia menggariskan satu strategi berdasarkan pembangunan produk yang menggabungkan gaya hidup digital. (Panjang ayatnya karang kome tak paham, jadi teman pendek-pendekkan). Produk itu bakal membolehkan media, komunikasi dan data boleh diakses dengan menggunakan peranti jaringan perhubungan.

1998 - Apple memperkenalkan iMac, komputer semua-dalam-satu yang sangat berpengaruh.


2001 - Apple memperkenalkan pulak iPod, pemain media mudah alih yang mirip dengan software iTunes. iTunes dengan pantas menguasai pasaran muzik atas talian, dan iPod pula dengan percaturan bijak memberi "hukuman mati kepada cakera padat. Dalam masa tujuh tahun aje, Syarikat Apple udah menjuei 10 bilion lagu melalui gedung iTunes.


2007 - Apple memperkenalkan iPhone, peranti mudah alih yang menggunakan kawalan sentuh-skrin dan telunjuk yang pertama dijual untuk pasaran awam. Ate, iPhone ni udahle mencetuskan revolusi industri telefon pintar dan menjana berbilion dolar keuntungan mana idaknya 130 juta unit dijual di seantero dunia. Dijangka pulak tahun ni dapat jual 84 juta unit dan mungkin tahun depan depan 120 juta unit.

2010 - Apple mengumumkan tentang iPad, komputer tablet yang gunakan sistem sentuh-skrin sama macam iPhone dan sekelip mata berjaya secara mendadak serta mengubah sama sekali pasaran komputer peribadidi dunia . Apple berjaya menjual 500,000 iPad pada minggu pertama ia dilancarkan dan dijangka menjual 30 juta unit tahun ini.


Kot tak paham bahasa teman boleh baca Bahasa Inggeris kat sini



No comments: