Friday, November 25, 2011

Akhirnya.. Nadia dapat 5A juga

"Awak belajar betul-betul Nadia. Mak Anjang dah pilih nama elok-elok untuk awak. Nanti mak awak marah Mak Anjang pula kalau awak tak pandai". Tu Mak Anjang dia cakap masa Nadia kecil dulu. Nadia jeling saja.

Nama Nadiah Aqilah tu Mak Anjang dia yang kasi, maksudnya yang cerdik la gitu kot. Saya pun lupa maklumlah dah 12 tahun berlalu.

Pada pandangan saya Nadia sangat opionated. Something rare for the girl at her age.
I admired her more for that. Therefore I hope she won't change.


Dia sangat konfiden akan dapat 5A. "Sangat kacang la mak" dia cakap bila emak dia tanya ok tak paper hari tu.

Saya fikir ini adalah hasil daripada drilling yang dilakukan tanpa henti di Pusat Tuisyen.
Saya skeptikal sedikit sebab dulu kakaknya, Along yang bersekolah di sekolah yang sama tak dapat 5A pun. Malahan ada berapa kerat je kawan-kawan dia dapat 5A.

"Hmmm ada sesuatu yang tak kena di situ" ayat pendek penuh berangin dari saya.

"So, how many of u got 5As" saya tanya Nadia. Masih skeptikal.
"Ramaila Mak Andak, ada 24 orang" dia jawab.
"How many pupil in your class?" saya masih sangsi.
Nadia jawab saya dah lupa. Tapi saya pegang kalkulator dan convert kepada percentage.
Ok not bad.

Baiklah.
Tahniah kepada ayah dan mak Nadia serta semua parents yang lain.
Tahniah dan terima kasih kepada guru kelas Nadia dan kawan-kawannya.
Tahniah dan terima kasih kepada Penyelaras Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Bukit Naga, Klang.
Tahniah dan terima kasih kepada semua Guru Matematik, Guru Sains, guru Bahasa Melayu, guru Bahasa Inggeris dari tahun satu sehinggalah tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Bukit Naga.
Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru Pusat tuisyen
Tahniah dan terima kasih kepada Pakcik Jaga yang setia menjaga keselamatan supaya kanak-kanak ini dapat belajar dengan tenang.
Tahniah dan terima kasih kepada Makcik kantin, jasamu di kenang.

Akhir sekali,
tahniah kepada Nadia dan 23 lagi rakannya.
Tanpa orang-orang yang Mak Andak senaraikan di atas, awak tak akan sampai ke tahap ini.
Jangan lupa ucapkan terima kasih ye.

lap u!

No comments: