Wednesday, November 09, 2011

Pasang lilin di tengah hari.

Mak saya suka guna bidalan bila kasi nesihat.
Subuh-subuh sepiee ni saya teringatkan mak.

Ceritanya berkait-kait.
Beginilah..

Minggu lepas saya temankan Yatie melawat Laili, bekas anak muridnya bersalin. Janji pukul 5.30 petang tapi saya datang awal. Saya takut waktu melawat habis.

"Eh dia bersalin kat swasta la, buka hospital kerajaan" Yati kasi tau sambil ketawa.

Jadi kami pun pergi melawat. Baby masih dalam incubator. Laili, suaminya dan ayahnya ada di dalam bilik yang sangat selesa. Ada sofa, televisyen dan bilik air sendiri. Penting tu. Saya rasa sedih pilu bila ayah Laili cakap.

"Lepas ini abah rasa teruskan saja rawatan di sini, tak perlu pergi hospital kerajaan lagi, nanti tak serasi dengan kamu".

Untuk rekod ayahnya cuma peniaga di pasar saja. Dari sebuah gerai tolak sampailah dah ada 2,3 biji lori. Mereka memang bekerja keras. Dia pun cakap gitu sebab Laili selalu demam lepas g spital gomen.

Me: Sedih pilu la ayah dia boleh suruh Laili follow up kat situ.
Yati: Kenapa? Diorang memang banyak duit la.
Me: Kita ni, bila sakit, beraturlah g klinik kerajaan sebab tak mampu.
Yati: Hahaha ha'a hari tu kena bayar RM70 kat Klinik * tu pun, rasa berdegup gak jantung.
Me: tu la pasal... hahahahah kata je gaji ribu-riban.

Jadi saya pun teringat, seorang selebriti yang mintak bantuan ribu riban untuk membiayai kos jururawat peribadi dan rawatan di hospital swasta.

Me: Dia ada anak kan Nik?
Nik: Ada la dik
Me: Then apa masalahnya nak amik jururawat peribadi?
Nik: Kerja kot.
Me: Agak-agakla. Nak g treatment kat private lagi tu apa hal?
Nik: Orang sakitla ko ni..

Hahhahaha.. betul tu. Tak baik mengata orang sakit.
Tak nak kasi sudahla.

Apa kena mengena dengan peribahasa tu?
Maksudnya bersedekah pada orang yang kaya. Ada hasil?

Nota kaki: Kalau tak mampu, hospital kerajaan sentiasa ada.

No comments: