Thursday, January 05, 2012

Azam baru, nafas baru, cerita lama

Tahun lepas saya berazam nak kurangkan 5kg berat badan.
Tahun ni 10kg.
Sebab tanpa sebab-sebab yang saya sedari (saya tidak bersalah bang!) berat saya TERbertambah 5kg lagi.


On Dec 20th, saya mula bersenam secara terancang.
Pada 25 Dec saya berhenti, untuk memberi laluan kepada Hari Krismas (sungguh tiada kena mengena).



Semalam, selepas bercuti panjang saya bekerja semula.
Iskkk... kerja saya memerlukan stamina yang baik.
Saya semput sikit bila naik turun tangga 9,10 kali sehari.
Saya masih boleh bersabar.


Tapi bila seorang kawan cakap saya "Gemuk ye!"
Saya rasa macam... makan stroberi cicah garam. Sungguh aneh dan membazir.
Jadi hari ini, saya berazam untuk mencapai azam saya sebelum hujung bulan Januari.Sungguh tidak sesuai dengan kerjaya saya sebagai Pengurus Pasukan.



Ada ke pengurus yang gemuk?
Ohhh.. saya dah tengok jadual.
Pertandingan daerah bermula pada 31 Januari.

No comments: