Wednesday, February 29, 2012

Anda stress?

Signs and symptoms of stress overload

The following table lists some of the common warning signs and symptoms of stress. The more signs and symptoms you notice in yourself, the closer you may be to stress overload.

Stress Warning Signs and Symptoms
Cognitive SymptomsEmotional Symptoms
  • Memory problems
  • Inability to concentrate
  • Poor judgment
  • Seeing only the negative
  • Anxious or racing thoughts
  • Constant worrying
  • Moodiness
  • Irritability or short temper
  • Agitation, inability to relax
  • Feeling overwhelmed
  • Sense of loneliness and isolation
  • Depression or general unhappiness
Physical SymptomsBehavioral Symptoms
  • Aches and pains
  • Diarrhea or constipation
  • Nausea, dizziness
  • Chest pain, rapid heartbeat
  • Loss of sex drive
  • Frequent colds
  • Eating more or less
  • Sleeping too much or too little
  • Isolating yourself from others
  • Procrastinating or neglecting responsibilities
  • Using alcohol, cigarettes, or drugs to relax
  • Nervous habits (e.g. nail biting, pacing)



taken from here

Tuesday, February 28, 2012

Keciwa..

Yang amat sangat.

Lain orang, lain lah cita-citanya.
Tak sempat saya nak menyemak semula.
Kawan Uda yang berjanji nak duduk sebilik telah semakkan..

Manalah tau dia tersilap tulis no IC..
Jadi setelah habis bekerja, saya semak semula.
SEMAKAN STATUS TAWARAN BH 1433H
No Akaun Tabung Haji
No Kad Pengenalan contoh: 760818045410
Tiada Maklumat


Tiada Maklumat
Hmm...

Tapi masa register dulu cakap tahun ni...
Ke.. saya salah baca...
kena semak semula.

Monday, February 27, 2012

bIAR BETUL KOME ni..

Masa: Pagi ini
Cuaca: Cerah dan berangin
Tempat: Biasa..

Me : Yang... boleh tak kalau awak simpan sikit duit untuk beli buku kerja?
Kids: Kenapa pulak?
Me: Kan awak nak periksa hujung tahun ni, biar banyak sikit latihan..
Kids: Berapa?
Me: Murah je.. nanti bulan April ada Pesta Buku, dapat diskaun, simpanlah duit dari sekarang
Kids: Kat mana?
Me: PWTC, KL
Kids: Laaa Ce* Bawakla kitaorang sekali, boleh kitaorang pilih sendiri
Me: Pergila dengan parents awak, lagi selamat.
Kids: X mau... nak ikut Ce* jugak.
Kids 1: Kalau Ce* x bawak kitaorang tak nak beli..

nota kaki:
tergamak eh diorang.....

Moody Monday

Currently I am updating something.
Haiyoooooooooooooo...
Gila slow... siput sedut level..

Stressed.

Haji Ekspres

Ni cerita lama.
Still, hati saya masih cuak.


dan dapat jawapan ini

This webpage is not available


Makin cuak rasanya.

Saturday, February 25, 2012

Kot ye pun...

Bangun pagi rasa tak ok sangat, jadi dengan tidak bersalahnya saya terlelap di ruang tamu. Padahal niat asal nak buka tingkap. Mommy dengan baik hatinya membiarkan saya di situ sampailah pukul 7 pagi.

Lepas gosok gigi (sekali lagi), saya bersembang dengan mak. Sambil tu saya minum secawan nescafe panas dan 7 keping kerepek pisang.

Ha'ah sejak dua menjak ni, semua makanan yang saya akan makan saya kira betul-betul.

Pukul 8 pagi mak bergegas ke rumah jiran belakang, Pakcik Hassan. Esok anaknya kawen, jadi hari ini gotong-royong sediakan apa yang perlu untuk majlis tu nanti.

Sepatutnya saya cuci kain, tapi mata saya sakit tengok rumput yang dah panjang di halaman rumah tu. Saya tengok kiri-kanan, nampaknya macam tak ada orang, semua pergi ke rumah jiran belakang kot, jadi saya keluar mencabut rumput dengan berpijama saja.

Tak sempat siap pun, cuma dapat sebakul rumput saja. Masih banyak lagi. Nak basuh kain dulu, kalau lambat nanti tak kering pulak. Saya pun basuh kain, bilas kain dan sidai kain dengan kadar siput sedut.

Heh...
Hari cuti kan...
Lepas tu barulah saya mandi. Sewaktu syampu penuh di atas kepala, saya dengar orang bercakap, makin lama makin dekat dan dekat.. dan dekat..
Cessss..
Mereka sedang memanjat bumbung rupanya...
Nak je saya pelangkung adik saya..
Apsal dia x beritahu orang pasang bumbung tu akan datang waktu pagi?

Jadi satu kerjalah, saya memakai semula pijama yang basah dan dengan syampu di atas kepala berlari-lari ke bilik air Uda.
#18 ada 3 bilik air.
Saya paling suka bilik air yang kaler hijau. Satu lagi kaler biru. Favourite semua orang. yanga terbaru dalam bilik Uda. Saya tak suka. Sebab hari tu saya terkunci dalam bilik tu.
Benciii

Malaysian women NGo, please take note

Mademoiselle is no longer an official French woman

Related Topics

PARIS | Thu Feb 23, 2012 11:13am EST

(Reuters) - Official French documents will no longer force women to reveal their marital status by requiring them to choose the title Mademoiselle or Madame.

French Prime Minister Francois Fillon has ordered all regional and local governments to remove the title "Mademoiselle" -- used for unmarried women and implying a youthful immaturity -- from official documents.

From now on, people filling out government forms will get just two choices: Madame or Monsieur.

The change, signed in a memo to regional and local governments by Fillon this week, comes after lobbying from women's groups who argued that Mademoiselle is sexist. Its male equivalent -- Monsieur -- does not distinguish marital status.

Mademoiselle also carries connotations of youth and immaturity, making it potentially problematic for unmarried women after a certain age, and confers a lesser status.

Chanel's "Coco Mademoiselle" for example, is for example is described as a lighter, fresher version of the original Coco.

Respondents on official documents will also no longer be asked to supply their maiden names, their father's last name, or the name of their husbands.

Fillon noted that various government forms contained terms "referring, without justification or need, to the marital status of women." When forms are next printed, those titles must be eliminated, he wrote.

Two groups, Osez le Feminisme (Dare for Feminism) and Les Chiennes de Garde (The (female) Guard Dogs) began a joint campaign in September as a reminder that "the Madame/Mademoiselle distinction ... is a sign of standard sexism that endures in our society."

"Far from being flattering, the title "Mademoiselle" obliges women to divulge their private life, as if marriage conferred a superior value on women," wrote the campaign.

"It's a reminder of the time when women passed, through marriage, from the authority of their fathers to the authority of their husbands."

(Reporting By Alexandria Sage, editing by Paul Casciato)


_______________________________________________________________

berita yang saya ambil dari sini.

Dan saya hitamkan beberapa frasa penting. Saya ingat saya sorang je yang rasa di "lesser status" kan selama ini. Rupa-rupanya ini masalah antarabangsa.


Saya gembira!

Friday, February 24, 2012

Another stressful week

Bukan saya la. Mine is over.


When on Monday Encik X, tunjal-tunjal a piles of files on my a total mess table while whining non-stop about Encik Y, I was really scared.
Partly because Encik X was the only one who always insisted that friends should come first and mainly, Encik X never lose his temper before.
I patted his back and said, "sudahla tu...". Something I never did for the past 10 years, since we became friends.


Honestly I am scared.
Therefore, when someone asked me to pass a bad message today, I picked up the phone, dialled the number twice. Luckily the other end wasn't pick up the phone.
Then, I send a text message, "Alamak, sorry, terdail".
Lame! It just that on the second thought I failed to see apa ke pekdahnya giving him unnecessary stress. I might talk to him on Monday about it, or maybe if things settled by then, it might be forgotten.

Just like another friend who called me yesterday.
I did not pick up the phone since I was seeing the doctor. I texted him saying my whereabouts.
"Call eh? napa eh?" I asked him ngan muka tak bersalah.
" takder apa Kak, saya rindu ngan akak je" he answered cheekily.

Ya lah sangat.
"Well, I did not finish the task u asked tu ler.." I offered my answer.
Afterall, I think that is what he wanted to ask tapi tak berani nak tanya.


Sudah sampai masanya saya berhenti menyumbangkan tekanan kepada orang lain juga.
Adeii..

Thursday, February 23, 2012

Heh?

Ada beberapa peristiwa yang saya rasa manissssssssssssssssssssss sangat. Kadang2.

1. Untuk 35 tahun keatas saja.
2,3 tahun dulu ada pemeriksaan kesihatan untuk yang berumur 35 tahun ke atas saja. Saya pun pergilah. Undergrads dari U mana ntah saya dah lupa. Budak kaunter tu x layan pun, dan suruh saya pergi kat kaunter pendaftaran dulu. Sampai kat sana, budak tu, ngan muka malas dan sedikit poyo cakap
"Dik, ini untuk yang umur 35 tahun ke atas je lah"
"and I am 37" tetiba saya jadi defensif x tentu pasal. Dia ingat saya buta huruf ke hapa?
Ermmm... masa tu saya hangin sket, bila balik rumah baru rasa teruja sbb budak takde ijazah pun panggil saya adik.. Hows that?

2. Cerita hari ini
Hari ni g spital, routine check up. Dah 10 tahun saya pergi spital yang sama. Dari saya naik motor sampai naik kereta-cap-ayam. Dari seluar jeans saiz 28 sampailah saiz 20 (bukan saiz sebenar).
"Ok dik.. adik masih bla bla bla x" doktor tu cakap.
Saya sangsi sikit. Tu maksudnya dia tak baca fail tu betul-betul. Pada hemat saya, berdasarkan air mukanya, waktu saya mula bekerja 10 tahun dulu pun, dia masih lagi budak sekolah, Macam mana dia boleh panggil saya adik?
At last, lepas dia selak2 fail, "Baiklah, adik eh akak eh puan, yang mana-mana je la ye ermm jadi bla bla bla".
Barulah hati saya lega sket...

3. Hari ini jugak.
Saya masuk Watson's sebab .. ermmm...
"Boleh x suggest satu ubat kurus untuk akak?" ok.. saya rasa saya sangat overweight sejak 2 bulan yang lepas.
"Sebelum ni makan ubat apa?" salesgirl tu tanya.
"X pernah makan pun sebelum ni, baru je gemuk" saya jawab dan ikut dia ke rak ubat-ubat kurus.
"Tapikan... akak x gemuk pun, buat apa akak nak makan?' dia tanya.
Saya pandang dia. Dia buat muka konpius.

Sekian saja cerita hari ini.
Saya rungsing.

Wednesday, February 22, 2012

Say it what you want...

and face the consequences later.

Ok...
Siapa ntah yang cakap dengan saya, kawan-kawan ni macam sebiji bawang besar
Inilah bawangnya (taken from here)
Mula-mula kenal nampak sangat lain. Rupanya ada banyak layer di dalam.


Ceh..
Intro yang berfalsampah..

Ceritanya semalam, seorang kawan yang saya suka (ada ramai yang saya tak suka) beritahu dia x akan datang kerja untuk beberapa hari. Seperti biasa walaupun dia sedikit pendiam, saya suka bertanya itu dan ini. Pendekkan cerita, saya harus menyiapkan satu kerja bagi pihaknya..

Wait...
Rasanya itu memang kerja saya, sepatutnya dia suruh buat, tapi dia tak pernah menyuruh pun, jadi saya buat juga dengan hati yang ikhlas.

Perghhh...
Serius punya panjang mukaddimah...
Tengok gambar dulu.

(taken from here)

Cantik eh...
Ok..
It was almost 6p.m when I completed the intended task.
Masa dia cakap tu pun dah masuk waktu Asar, mana maunya nak siap pukul 3 petang kan?
Saya pun carilah dia suruh tandatangan.

Pukul 6 petang?
Kawan saya tu masih di dalam bilik darjah.
Perlu dinyatakan dengan JELAS, saya berdiri di kaki lima sahaja.
Dah.. jangan nak mengada-ngadakan cerita.

Tapi cerita yang saya tulis ni memang betulla...
Dari pintu yang terbuka saya nampak kelas tu.

Me: Waaa... tadi kita lunch dengan Kak XXX, dia cakap kelas awak cantik.
Him: Kak XXX mana?
Me: Kak XXX yang ___ tu la.. Dia la cakap..
Him: Hem... (muka ketat) kat mana nak sign ni?
Me: Yang ada tulis ____ tu.. (muka cuak)
Him: Aku pulangkan piala kelas terbersih tu tadi.
Me: Heh?
Him: En XX cakap, dia cakap kelas aku berpasir masa dia datang.
Me: Heh? (kes x tak tau nak cakap apa)
Him: Masa tu memang la belum sapu lagi... Dia pun datang check pukul berapa.. Selalunya memang bersih lah.
Me: Heh? kejamnya..
Him: Ada ke cakap macam tu, bukan aku nak sangat menang pun..

Mak aih....
(oppsss pic is taken from here)

1. I was not close to Kak XXX, so I guess she purposely told me because she knows we r kind of close(?). Benci betul... saya telah dipergunakan tanpa saya sedari.

2. The classroom is beautiful. I am not sure why Kak XXX have a heart to say something as awful as that.

3. Errrrr... saya ingat saya sorang je yang buat perangai suka merajuk dan berkecil hati macam tu. Honestly, this is the other side of my friend which I never know exist.

4. Tak tau plak kawan saya ni sentiFIVE giler... hahhahahah, so I'll be extra careful in future.
Hahahahhahahhahahahhahahahahahhahahahha .

5. Saya harap kalau ada siapa-siapa nak sentap ngan saya, tolong beritahu dengan jelas, sebab saya tak akan sedarpun. Sangat sia-sia nanti.. hahahahhahahhahahahhahahahahahaha.


Cerita Kosong@Story Zero.

Entah. Macam merepek je.
Beginilah ceritanya.
Hari Isnin yang lalu hujan lebat. Lebat sangat.
Memandu seperti siput, membuatkan mood saya sedikit terganggu.

Perhimpunan Mingguan berpindah ke dalam Dewan yang kecil dan kurang selesa untuk 800 orang.
Ada Majlis Persaraan Cikgu Din, yang dah bersara sebulan lalu, dan disambut pada 2 hari lepas.

Majlis persaraan mestilah ada hadiah eh... I was flabbergasted, kenapa ada hadiah replikan kapal?

Me: Dia minat collect kapal ke?
Kawan 1: x lah saja...
Me: Then, apa signifikannya?
Kawan 1: Tu maksudnya nak belayar jauh.. jauh dia nak pergi ni.
Me: Nak g mana? Dia kan baru balik Haji?
Kawan 1: Laaa ibaratnya la persaraan tu macam menempuh dunia baru la, nak belayar...

Heh? Saya memang suka menjawab... kadang2 terlebih cakap pulak.
Me: Hari tu my friend gave me replika kapal gak.
Kawan 1: Lelaki ke perempuan?
Me: Lelaki.
Kawan 1: Dia bagi hint la tu..
Me: Hint apa pulak...
Kawan 1: Ishhh x faham2.. itu maksudnya dia ajak belayar bersamala tu.. hidup bersama.
Me: (Nada terkejut + mulut ternganga) Heh, he said he likes ships laa.. thats y dia kasi.
Kawan 1: Itu nama dia hint la.. patut faham sendiri.. apppaaalaaa..


Ada ke macam tu.
Terlampau romantik kawan saya ni.
Saya terbayangkan kawan yang kasi hadiah kapal kristal dalam bekas kaca yang cantik tu.
Misti dia kecik hati kalau tau tafsiran kawan 1 tentang hadiahnya.. Hahahhahahaha

Harap-harap lepas ini dia akan kasi hadiah pen merah kilometrico saja.
Pastikan kawan 1 saya tafsirkan sebagai sila semak buku latihan atas meja yang banyak itu..



Tuesday, February 21, 2012

Mydin - disebalik tabir siapa?

Kalau saya tidak menonton temubual penulis ni di Nona@TV3 beberapa minggu lalu, mesti saya fikir penulis ni sedikit mengejar kemashyuran. Berbeza betul, dia nampak jujur dan humble saja. Dari mula saya membaca buku ini saya merasa sedikit kurang senang, dan perasaan itu bertambah sehingga ke halaman akhir.

Bersungguh-sungguh saya membeli buku ini di Mydin sehari sebelum penggal persekolahan 2012 bermula. Oh ya, membeli keperluan persekolahan di Mydin adalah rutin wajib saya setiap tahun.

Oh saya kecewa.
Saya fikir, cerita besar sebegini tidak harus ditulis oleh seorang isteri. Tentu saja cerita/datanya sedikit 'kureng'.

Saya teringat satu temubual Tun Siti Hasmah yang saya tonton di televisyen berpuluh tahun dahulu. Dia cakap, setiap kali orang bangun bertepuk selepas Perdana Menteri memberi ucapan, dia merasa kekok untuk turut bertepuk sebab dia tak tau nak tepuk tangan sebagai isteri atau sebagai orang biasa.

Ntah, tak tau saya nak cakap macam mana. tapi saya kurang suka buku ini.


Ini popia mini yang saya buat untuk minum petang. Ramai orang cakap popia yang saya buat ini sedap dan rangup. Setiap kali saya menghidangkan kepada tetamu, ramai meminta resepi dan ada yang request suruh buat lagi. (Macam mana? menyampah tak dengan kenyataan ini?).

Monday, February 20, 2012

I love you Fauzi Ishak.

I could not understand why the white MyVi was speeding. Had a hard time accelerating to keep up with him. Double line pun saya langgar sekali.

Then I totally lost him.
It was so sweet of the driver to call, and call, and call giving me directions.

I have no idea where I was-->; stressed.
I hate making others wait -->; double stressed
The phone calls distracted me lots -->; triple stressed

Oh Fauzi Ishak.. I wished you were here.

The 8 of us, met at the meeting point. We stopped for Solat Jumaat. Diorang yang solat, saya tak.
I was the only woman driver in the group. Gender is not an excuse for being late.

After a considerable time we continued our journey.
And I lost again and again, and again.
I was told to go straight and later turn left.

Sampai sudah xder simpang nak belok kiri. I called whoever in my friend's list, Rizlan, Sazili and Yusmahnizam. I might call Anuar Zain if I had his number. In fact, if wasn't for the kids in the car, I might broke down to tears.

In the end I managed to reach the destination safely.
Thanks to my 3 helpful friends, and another friend who lend his ears listening to all my dissatisfaction (hint: he has a new superbike which I could not pronounce) and the teammates too, whom I sincerely like and having no problem to work with in the future.

Wait.. before you think I am a retarded driver, let me ask you sama ke belok kiri dengan U-turn?
Kenapa diorang tak kasi plan macam Fauzi Ishak. Fauzi Ishak would never give vague direction, he would be very precise. He would never say anything unless he is very very sure, because he knows how terrible driver I am.

I love you even more Fauzi Ishak

nota kaki
1. itu gambar dari google
2. Kat makcik kantin pun saya cakap I love you jugak




Thursday, February 16, 2012

gud riddance (mungkin itu yang terdetik di hatinya)

No elaboration.
In fact today is another stressful day.

taken from here




Wednesday, February 15, 2012

Nama kita Izan kak...

Pagi ni, seseorang yang cakap tak tahan dengan KC tu datang jumpa saya.

"Akak rasa akak x nak melawan la.." dia mulakan perbualan. Saya ketawa-ketawa.
She gave her reasons which I found so interesting. It lead to another amazing chat yang takder kena mengena dengan KC pun. She's an amazing woman, could learn lots from her.

I don't think she knows my name.
"Kak, nama kita Izan kak, harap-harap kita jumpa lagi" I yelled to her, sebab dia terburu-buru nak masuk kerja.

"ok..ok.. nama akak ________, jumpa lagi ye" dia lambai..
Sekarang saya dah lupa pun nama dia.
Dan KC juga, sudah saya lupakan.

Hey this quote sum it up how i felt 2day..
for more klik here

Hari yang stress

Sebenarnya hari-hari dalam minggu ni saya stress.
Saya fikir orang lain dalam team kali ini pun stress jugak.
Teamwork sangat bagus, kecuali dua orang yang saya baru kenal, 6 orang yang lain, saya sudah biasa bekerjasama. Sepatutnya tiada masalah, sememangnya tiada masalah.
But then, at the end of the day, kepala tetap serabut, tidur pun tak berapa nak lena.

On something unrelated,
On Monday, I was deep in something tedious when an old good friend invited me for brekkie. I wasn't in the mood to eat when an hour later she called asking me to meet her at the canteen.

Yesterday, I was rummaging through files on my teammate table (to no avail) looking for a missing document when she invited me again, for brunch. I declined. Minutes later she came again.

Her: Sibuk lagi ke?
Me: Sikit-sikit je.
Her: Jomla makan
Me: Macam xder selera la. Awak sihat ke?
Her: Ok.. ermmmm saya pregnant

Tak tau la berapa minit mulut saya ternganga. Then I hugged her tightly.
Kalau gembira tu macam bunga, hati saya macam bunga matahari - besar, kembang dan girang.
Kalau gembira tu macam pokok, hati saya macam pokok Andalas, rendang dan teguh
kalau gembira tu macam gunung, hati saya macam Gunung Kilimanjaro (saya harap puncak gunung tu panas dan berangin, saya tak suka gunung sejuk dan berais)
kalau gembira tu macam makanan- hati saya macam sup sayur - jernih dan berwarna warni.
kalau gembira tu macam air - hati saya macam air soya. sebab saya suka air soya.

Air mata dia menitis, saya pun sama.
Ada perkara-perkara yang payah nak dijelaskan dengan suara, tapi kawan lama yang sentiasa dekat di hati.

Saya tinggalkan semua kerja yang tak siap dan pergi makan bersamanya.
Dia belanja.

Bila kerja tak siap saya stress.


p/s saya x berani nk paste gambar kawan saya tu, tapi dia x kata pun suruh rahsiakan..

Mana nak tau, tak payahlah kecik hati, teacher ni pun..

Itu memang ayat standard yang saya dengar sejak bertahun-tahun lama.

Semalam saya balik lambat, jadi tak sempat nak singgah untuk ambil latihan yang the kids buat.
Akan tetapi (ayat buku) alangkah hancurnya hati saya, hanya satu kelas saja yang siapkan tugasan yang saya tinggalkan.


"Korang sengaja eh..." saya cuit bahu seorang daripada mereka, sambil kasi sebeban buku, yang patutnya diorang ambil je la sendiri, meja saya tu bukannya ada kunci pun, Berat tau tak saya mengusungnye ke bawah.
"La... tak tau pun, napa Ce x cakap?" dia tanya sambil tersengih-sengih..
"dah pesan dah dari minggu lepas kan.. kecik hati tau" sebenarnya saya lebih risau karang kertas yang di xerox tu membazir je. Membazir perbuatan syaitan, ustaz saya pesan dulu..

"Mana nak tau, tak payahlah kecik hati, teacher ni pun..." dia jawab sambil ketawa-ketawa.
Saya pun. Apsal tetiap tahun skrip diorang sama je?

Saya cepat-cepat menuju ke kereta cap ayam.
Takut saya lewat lagi.

Tuesday, February 14, 2012

Buanglah dia dari senarai rakanmu, tetapi jangan sekali membalas dendam

Perghhh tajuk gila panjang.
Yang ditiru dari sebuah buku motivasi tulisan Dale Carnegie, dibaca pada tahun 2006, jadi tajuk pun dah lupa.

Patutnya macam tu la kan...
yang sudah tu sudahla.. bukak buku baru.

Jadi beberapa minggu lalu, bila seorang lelaki yang tidak saya kenali bergurau," kenapa korang hantar KC ke sini" saya tersedak sedikit. Sumpah saya tak kenal dia. Itulah pertama kali kami berjumpa. "kenapa?" saya bertanya. Dia bercerita panjang-panjang. Disudahi dengan " dah ___ tahun saya kerja, tak pernah jumpa orang macam KC".

Tentu saja KC bukanlah nama sebenarnya.

Saya sangat takut hendak melayan cerita gossip dengan orang yang tidak saya kenali. Jadi saya tersengih saja dan nasihat, "dengan dia cakap saja YA". Itu nasihat saya terima sewaktu saya menangis di hadapan kawan saya dulu.

Sehari dua ni saya selalu ke tempat kerja KC.
"Dia memang macam tu ke? tak tahan betul" rungut beberapa kenalan saya. Seperti biasa saya akan cakap, "cakap je la YA dengan dia".

Pagi semalam saya bersarapan dengan kenalan baru, (sampai sekarang saya tak tau nama dia).
Kami duduk semeja dengan 3 orang yang lain. Mereka sedang berbincang sesuatu yang menarik perhatian saya, tanpa sedar saya menoleh.

One of the smiled, 'where from?" dia tanya.
"Papua" I said sweetly..
"Haaaaaa cuba kau tanya dia, memang KC tu macam tu ke?" asked one of them?
Diaorang pun elaborate la.. ayat standard saya, "cakap je la YA, kalau tahan la.." saya tambah.

"Tak tahan dah ni" one of them jawab dengan ekspresi yang marah.
Saya ketawa. "Beritahulah dia kalau tak setuju atau tak suka, that's what I did". I told them.
"Lepas tu dia banned tak?" another asked, later I learned that dia memang berhasrat nak melawan.
"Lebih kurangla.." I answered truthfully.
We talked lots, and I heard lots too.

" tapi under dia we got many sponsors.." add in one of them.
"that's her specialty" I simply told them.
" heh.. aku la yang dapatkan sponsor tu, tapi dia cakap dia yang dapatkan hishh" said another.
"ye lah... memang sblm dia datang donor dah janji nak kasi pun, bukan dia yang cari" kawan dia yang seorang lagi chip in.
Saya pun ketawa lagi. Tanpa menyiasat satu terus percaya.
Sebab saya pun pernah terkena.

Satu hari seseorang kasi saya duit.
Me: duit apa ni?
Rakan 1: Duit yang akak mintak hari tu.
Me: Macam.... ada ke?
Rakan 1: Ni surat permohonannya.. (gave a letter)
Me: I wasn't sign it.
Rakan 1: Betul kak tapi selalunya kasi donation pada akak kan?
Me: Yeppp.. but apa ceritanya ni?
Rakan 1: tak taula.. orang suruh kasi I kasi la.
Me: Rasanya from what I heard, KC yang nak donate as a token of appreciation, so apa babit ngan korang pulak? Berapa kali korang nak donate? Ari tu kan dah kasi banyak?
Rakan 1: Ambil je lah kak, saya ni buat keje je Kak.
Me: Akak pun penah pegang jawatan awak dulu, sebab tu akak rasa tak patut kalau donate banyak macam ni..
Rakan 1: Dah orang suruh kita ikut je la kak.

Tu ok la...
Sebab dia paksa saya ambik.
satu pagi yang lain, saya kena sergah,

Rakan 2: Wehhh brp banyak korang nak mintak ni? Tak cukup lagi ke?
Me: Mintak apa?
Rakan 2: Hari tu korang mintak 1k, pastu RM500 ni mintak lagi, hilang akal ke hapa?
Me: RM500 tu duit apa?
Rakan 2: Duit untuk____.
Me: Tak tau pun..
Rakan 2: Yang sekarang ni dah nak RM____ pulak.
Me: Tak mengakula.. The thing is, from what I understand, KC cakap dia yang nak donate, duit dia beb, apsal lak korang yang kena keluar duit?
Rakan 2: Aku x pedulila... yang aku tahu kitaorang sengkek asyik nak sponsor korang je.. Macamla korang ni spesel sangat..

We are not special. Never felt special pun.
Yang sangat special tu KC. Dia hebat. Hebat giler!
Beberapa minit selepas perbualan suam-suam kuku di atas KC naik ke atas pentas, menyampaikan pelbagai sumbangan sempena pemergiannya ke tempat baru.

"Sumbangan seterusnya ialah Rm1000 kepada ______ daripada KC". Pengacara tu umumkan macam tu. KC tersenyum manis bersari gula madu. Sampai saat saya menulis ni dah hampir setahun berlalu, tak pernah lagi saya dengar dia nafikan sumbangan tu daripada dia.

Saya memberi pandangan "i told u so" kepada Rakan 1 dan Rakan 2.
Rakan 2 cakap, "aku tak peduli, korang memang suka mintak duit"
Rakan 1 cakap, " ha'a nampak permainannya".

Kalaulah saya ada kuasa eksekutif yang besar, habis semua pingat-pingat dan darjah kebesaran dalam Malaysia ni saya kasi pada KC.
Mungkin dengan cara itu dia akan berhenti mengejar personal glory.
Ironinya bersembur-sembur dia cakap pasal peri pentingnya kerja sepasukan.
Sangat-sangat ironi.

Whitney Elizabeth Houston - I Will Always Love You Too


Ramai je penyanyi wanita yang bersuara sedap.
Mariah Carey pun best juga, Avril Lavigne pun ok. Beyonce dan Adele pun hebat giler..

Cumanya, lepas tengok filem The Bodyguard, saya fikir alangkah hebatnya kalau saya jadi Whitney Houston. Dahla kurus (penting tuu..) dan cantik, talented pulak tu. .

The Bodyguard Poster
Bila dia nyanyi lagu I will always love you tu.. Uishhh..
Tu belum cerita lagu I have nothing lagi. Kalau sayalah jadi macam dia, mesti saya hidup bahagia sampai ke akhir hayat.

Rupanya tidak eh..

Rest in peace.

Friday, February 10, 2012

Ni rumah yang kitaorang tidur.





Tak berani nak tulis lebih2, nanti tuan rumah marah hahahhaha..
Gila best sebab ada gym... Bangun pagi kitaorang bertiga terus naik gym. gila ke tak gila..

Dapur pun cantik, sebab tu tuan rumah asyik masak je. Actually saya dah pesan kat Aisyah ngan Zudin, makan aje, jangan komplen sangat sebab Cik Len awak anak tunggal memang dia tak pandai sangat memasak, makan la sikit-sikit sebab nak jaga hati, nanti saya akan bawa makan di luar.

This was their comment when we bid gudbye.

Aisyah: Abang kata nasi goreng yang Cik Len masak tu sedap sangat.
Me: Oh awak suka ye?
Aisyah: Ayam pedas semalam tu pun Ecah suka. Sedap je Mak Andak..
Zudin: Zudin hairan, kenapa Mak Andak kata Cik Len tak pandai memasak?
Me: Entah... tak pernah pun Mak Andak tengok dia memasak sejak Mak Andak kenal dia.
Zudin: Mana Mak Andak kenal Cik Len.
Me: Classmate masa kat universiti.
Zudin: Ok je dia masak Mak Andak. Tapi Zudin paling suka alat senaman tu. Nanti kita beli nak..

ha'a saya pun suka...

Rompin - beyond expectation

Serious!
In 2006, rasa macam Pekan koboi je..
Kagum je perubahannya.. Bagus kot Datuk JJ ni (Jamaludin Jarjis).
Serious cantik dan bersih. Bersih sungguh pun saya rasa.
Did not take many pic though...
Ni Rompin's landmark, Sailing Fish statue. Cantik betul.

We went to Sunday Market. Excited tak tentu pasal tengok baby shark. Tak beli pun, sebab x reti nak makan.

By the way, the Sunday Market was huge. Apart from exotic food (laksa johor pun ada!) do grab baju kurung Pahang. Reasonable price and the quality is good too. Great bargain!
Comel je namanya. Their locally own chain store. Tapi saya tak pergi pun sebab dah bawak semua kelengkapan termasuklah 6 bar coklat, sebungkus epal, dua bungkus roti, 3 botol yogurt bliss dan berbungkus2 biskut munchy's. ehehheh