Tuesday, February 14, 2012

Buanglah dia dari senarai rakanmu, tetapi jangan sekali membalas dendam

Perghhh tajuk gila panjang.
Yang ditiru dari sebuah buku motivasi tulisan Dale Carnegie, dibaca pada tahun 2006, jadi tajuk pun dah lupa.

Patutnya macam tu la kan...
yang sudah tu sudahla.. bukak buku baru.

Jadi beberapa minggu lalu, bila seorang lelaki yang tidak saya kenali bergurau," kenapa korang hantar KC ke sini" saya tersedak sedikit. Sumpah saya tak kenal dia. Itulah pertama kali kami berjumpa. "kenapa?" saya bertanya. Dia bercerita panjang-panjang. Disudahi dengan " dah ___ tahun saya kerja, tak pernah jumpa orang macam KC".

Tentu saja KC bukanlah nama sebenarnya.

Saya sangat takut hendak melayan cerita gossip dengan orang yang tidak saya kenali. Jadi saya tersengih saja dan nasihat, "dengan dia cakap saja YA". Itu nasihat saya terima sewaktu saya menangis di hadapan kawan saya dulu.

Sehari dua ni saya selalu ke tempat kerja KC.
"Dia memang macam tu ke? tak tahan betul" rungut beberapa kenalan saya. Seperti biasa saya akan cakap, "cakap je la YA dengan dia".

Pagi semalam saya bersarapan dengan kenalan baru, (sampai sekarang saya tak tau nama dia).
Kami duduk semeja dengan 3 orang yang lain. Mereka sedang berbincang sesuatu yang menarik perhatian saya, tanpa sedar saya menoleh.

One of the smiled, 'where from?" dia tanya.
"Papua" I said sweetly..
"Haaaaaa cuba kau tanya dia, memang KC tu macam tu ke?" asked one of them?
Diaorang pun elaborate la.. ayat standard saya, "cakap je la YA, kalau tahan la.." saya tambah.

"Tak tahan dah ni" one of them jawab dengan ekspresi yang marah.
Saya ketawa. "Beritahulah dia kalau tak setuju atau tak suka, that's what I did". I told them.
"Lepas tu dia banned tak?" another asked, later I learned that dia memang berhasrat nak melawan.
"Lebih kurangla.." I answered truthfully.
We talked lots, and I heard lots too.

" tapi under dia we got many sponsors.." add in one of them.
"that's her specialty" I simply told them.
" heh.. aku la yang dapatkan sponsor tu, tapi dia cakap dia yang dapatkan hishh" said another.
"ye lah... memang sblm dia datang donor dah janji nak kasi pun, bukan dia yang cari" kawan dia yang seorang lagi chip in.
Saya pun ketawa lagi. Tanpa menyiasat satu terus percaya.
Sebab saya pun pernah terkena.

Satu hari seseorang kasi saya duit.
Me: duit apa ni?
Rakan 1: Duit yang akak mintak hari tu.
Me: Macam.... ada ke?
Rakan 1: Ni surat permohonannya.. (gave a letter)
Me: I wasn't sign it.
Rakan 1: Betul kak tapi selalunya kasi donation pada akak kan?
Me: Yeppp.. but apa ceritanya ni?
Rakan 1: tak taula.. orang suruh kasi I kasi la.
Me: Rasanya from what I heard, KC yang nak donate as a token of appreciation, so apa babit ngan korang pulak? Berapa kali korang nak donate? Ari tu kan dah kasi banyak?
Rakan 1: Ambil je lah kak, saya ni buat keje je Kak.
Me: Akak pun penah pegang jawatan awak dulu, sebab tu akak rasa tak patut kalau donate banyak macam ni..
Rakan 1: Dah orang suruh kita ikut je la kak.

Tu ok la...
Sebab dia paksa saya ambik.
satu pagi yang lain, saya kena sergah,

Rakan 2: Wehhh brp banyak korang nak mintak ni? Tak cukup lagi ke?
Me: Mintak apa?
Rakan 2: Hari tu korang mintak 1k, pastu RM500 ni mintak lagi, hilang akal ke hapa?
Me: RM500 tu duit apa?
Rakan 2: Duit untuk____.
Me: Tak tau pun..
Rakan 2: Yang sekarang ni dah nak RM____ pulak.
Me: Tak mengakula.. The thing is, from what I understand, KC cakap dia yang nak donate, duit dia beb, apsal lak korang yang kena keluar duit?
Rakan 2: Aku x pedulila... yang aku tahu kitaorang sengkek asyik nak sponsor korang je.. Macamla korang ni spesel sangat..

We are not special. Never felt special pun.
Yang sangat special tu KC. Dia hebat. Hebat giler!
Beberapa minit selepas perbualan suam-suam kuku di atas KC naik ke atas pentas, menyampaikan pelbagai sumbangan sempena pemergiannya ke tempat baru.

"Sumbangan seterusnya ialah Rm1000 kepada ______ daripada KC". Pengacara tu umumkan macam tu. KC tersenyum manis bersari gula madu. Sampai saat saya menulis ni dah hampir setahun berlalu, tak pernah lagi saya dengar dia nafikan sumbangan tu daripada dia.

Saya memberi pandangan "i told u so" kepada Rakan 1 dan Rakan 2.
Rakan 2 cakap, "aku tak peduli, korang memang suka mintak duit"
Rakan 1 cakap, " ha'a nampak permainannya".

Kalaulah saya ada kuasa eksekutif yang besar, habis semua pingat-pingat dan darjah kebesaran dalam Malaysia ni saya kasi pada KC.
Mungkin dengan cara itu dia akan berhenti mengejar personal glory.
Ironinya bersembur-sembur dia cakap pasal peri pentingnya kerja sepasukan.
Sangat-sangat ironi.

No comments: