Wednesday, February 22, 2012

Cerita Kosong@Story Zero.

Entah. Macam merepek je.
Beginilah ceritanya.
Hari Isnin yang lalu hujan lebat. Lebat sangat.
Memandu seperti siput, membuatkan mood saya sedikit terganggu.

Perhimpunan Mingguan berpindah ke dalam Dewan yang kecil dan kurang selesa untuk 800 orang.
Ada Majlis Persaraan Cikgu Din, yang dah bersara sebulan lalu, dan disambut pada 2 hari lepas.

Majlis persaraan mestilah ada hadiah eh... I was flabbergasted, kenapa ada hadiah replikan kapal?

Me: Dia minat collect kapal ke?
Kawan 1: x lah saja...
Me: Then, apa signifikannya?
Kawan 1: Tu maksudnya nak belayar jauh.. jauh dia nak pergi ni.
Me: Nak g mana? Dia kan baru balik Haji?
Kawan 1: Laaa ibaratnya la persaraan tu macam menempuh dunia baru la, nak belayar...

Heh? Saya memang suka menjawab... kadang2 terlebih cakap pulak.
Me: Hari tu my friend gave me replika kapal gak.
Kawan 1: Lelaki ke perempuan?
Me: Lelaki.
Kawan 1: Dia bagi hint la tu..
Me: Hint apa pulak...
Kawan 1: Ishhh x faham2.. itu maksudnya dia ajak belayar bersamala tu.. hidup bersama.
Me: (Nada terkejut + mulut ternganga) Heh, he said he likes ships laa.. thats y dia kasi.
Kawan 1: Itu nama dia hint la.. patut faham sendiri.. apppaaalaaa..


Ada ke macam tu.
Terlampau romantik kawan saya ni.
Saya terbayangkan kawan yang kasi hadiah kapal kristal dalam bekas kaca yang cantik tu.
Misti dia kecik hati kalau tau tafsiran kawan 1 tentang hadiahnya.. Hahahhahahaha

Harap-harap lepas ini dia akan kasi hadiah pen merah kilometrico saja.
Pastikan kawan 1 saya tafsirkan sebagai sila semak buku latihan atas meja yang banyak itu..



No comments: