Wednesday, February 15, 2012

Hari yang stress

Sebenarnya hari-hari dalam minggu ni saya stress.
Saya fikir orang lain dalam team kali ini pun stress jugak.
Teamwork sangat bagus, kecuali dua orang yang saya baru kenal, 6 orang yang lain, saya sudah biasa bekerjasama. Sepatutnya tiada masalah, sememangnya tiada masalah.
But then, at the end of the day, kepala tetap serabut, tidur pun tak berapa nak lena.

On something unrelated,
On Monday, I was deep in something tedious when an old good friend invited me for brekkie. I wasn't in the mood to eat when an hour later she called asking me to meet her at the canteen.

Yesterday, I was rummaging through files on my teammate table (to no avail) looking for a missing document when she invited me again, for brunch. I declined. Minutes later she came again.

Her: Sibuk lagi ke?
Me: Sikit-sikit je.
Her: Jomla makan
Me: Macam xder selera la. Awak sihat ke?
Her: Ok.. ermmmm saya pregnant

Tak tau la berapa minit mulut saya ternganga. Then I hugged her tightly.
Kalau gembira tu macam bunga, hati saya macam bunga matahari - besar, kembang dan girang.
Kalau gembira tu macam pokok, hati saya macam pokok Andalas, rendang dan teguh
kalau gembira tu macam gunung, hati saya macam Gunung Kilimanjaro (saya harap puncak gunung tu panas dan berangin, saya tak suka gunung sejuk dan berais)
kalau gembira tu macam makanan- hati saya macam sup sayur - jernih dan berwarna warni.
kalau gembira tu macam air - hati saya macam air soya. sebab saya suka air soya.

Air mata dia menitis, saya pun sama.
Ada perkara-perkara yang payah nak dijelaskan dengan suara, tapi kawan lama yang sentiasa dekat di hati.

Saya tinggalkan semua kerja yang tak siap dan pergi makan bersamanya.
Dia belanja.

Bila kerja tak siap saya stress.


p/s saya x berani nk paste gambar kawan saya tu, tapi dia x kata pun suruh rahsiakan..

No comments: