Thursday, February 23, 2012

Heh?

Ada beberapa peristiwa yang saya rasa manissssssssssssssssssssss sangat. Kadang2.

1. Untuk 35 tahun keatas saja.
2,3 tahun dulu ada pemeriksaan kesihatan untuk yang berumur 35 tahun ke atas saja. Saya pun pergilah. Undergrads dari U mana ntah saya dah lupa. Budak kaunter tu x layan pun, dan suruh saya pergi kat kaunter pendaftaran dulu. Sampai kat sana, budak tu, ngan muka malas dan sedikit poyo cakap
"Dik, ini untuk yang umur 35 tahun ke atas je lah"
"and I am 37" tetiba saya jadi defensif x tentu pasal. Dia ingat saya buta huruf ke hapa?
Ermmm... masa tu saya hangin sket, bila balik rumah baru rasa teruja sbb budak takde ijazah pun panggil saya adik.. Hows that?

2. Cerita hari ini
Hari ni g spital, routine check up. Dah 10 tahun saya pergi spital yang sama. Dari saya naik motor sampai naik kereta-cap-ayam. Dari seluar jeans saiz 28 sampailah saiz 20 (bukan saiz sebenar).
"Ok dik.. adik masih bla bla bla x" doktor tu cakap.
Saya sangsi sikit. Tu maksudnya dia tak baca fail tu betul-betul. Pada hemat saya, berdasarkan air mukanya, waktu saya mula bekerja 10 tahun dulu pun, dia masih lagi budak sekolah, Macam mana dia boleh panggil saya adik?
At last, lepas dia selak2 fail, "Baiklah, adik eh akak eh puan, yang mana-mana je la ye ermm jadi bla bla bla".
Barulah hati saya lega sket...

3. Hari ini jugak.
Saya masuk Watson's sebab .. ermmm...
"Boleh x suggest satu ubat kurus untuk akak?" ok.. saya rasa saya sangat overweight sejak 2 bulan yang lepas.
"Sebelum ni makan ubat apa?" salesgirl tu tanya.
"X pernah makan pun sebelum ni, baru je gemuk" saya jawab dan ikut dia ke rak ubat-ubat kurus.
"Tapikan... akak x gemuk pun, buat apa akak nak makan?' dia tanya.
Saya pandang dia. Dia buat muka konpius.

Sekian saja cerita hari ini.
Saya rungsing.

No comments: