Saturday, February 25, 2012

Kot ye pun...

Bangun pagi rasa tak ok sangat, jadi dengan tidak bersalahnya saya terlelap di ruang tamu. Padahal niat asal nak buka tingkap. Mommy dengan baik hatinya membiarkan saya di situ sampailah pukul 7 pagi.

Lepas gosok gigi (sekali lagi), saya bersembang dengan mak. Sambil tu saya minum secawan nescafe panas dan 7 keping kerepek pisang.

Ha'ah sejak dua menjak ni, semua makanan yang saya akan makan saya kira betul-betul.

Pukul 8 pagi mak bergegas ke rumah jiran belakang, Pakcik Hassan. Esok anaknya kawen, jadi hari ini gotong-royong sediakan apa yang perlu untuk majlis tu nanti.

Sepatutnya saya cuci kain, tapi mata saya sakit tengok rumput yang dah panjang di halaman rumah tu. Saya tengok kiri-kanan, nampaknya macam tak ada orang, semua pergi ke rumah jiran belakang kot, jadi saya keluar mencabut rumput dengan berpijama saja.

Tak sempat siap pun, cuma dapat sebakul rumput saja. Masih banyak lagi. Nak basuh kain dulu, kalau lambat nanti tak kering pulak. Saya pun basuh kain, bilas kain dan sidai kain dengan kadar siput sedut.

Heh...
Hari cuti kan...
Lepas tu barulah saya mandi. Sewaktu syampu penuh di atas kepala, saya dengar orang bercakap, makin lama makin dekat dan dekat.. dan dekat..
Cessss..
Mereka sedang memanjat bumbung rupanya...
Nak je saya pelangkung adik saya..
Apsal dia x beritahu orang pasang bumbung tu akan datang waktu pagi?

Jadi satu kerjalah, saya memakai semula pijama yang basah dan dengan syampu di atas kepala berlari-lari ke bilik air Uda.
#18 ada 3 bilik air.
Saya paling suka bilik air yang kaler hijau. Satu lagi kaler biru. Favourite semua orang. yanga terbaru dalam bilik Uda. Saya tak suka. Sebab hari tu saya terkunci dalam bilik tu.
Benciii

No comments: