Wednesday, February 15, 2012

Mana nak tau, tak payahlah kecik hati, teacher ni pun..

Itu memang ayat standard yang saya dengar sejak bertahun-tahun lama.

Semalam saya balik lambat, jadi tak sempat nak singgah untuk ambil latihan yang the kids buat.
Akan tetapi (ayat buku) alangkah hancurnya hati saya, hanya satu kelas saja yang siapkan tugasan yang saya tinggalkan.


"Korang sengaja eh..." saya cuit bahu seorang daripada mereka, sambil kasi sebeban buku, yang patutnya diorang ambil je la sendiri, meja saya tu bukannya ada kunci pun, Berat tau tak saya mengusungnye ke bawah.
"La... tak tau pun, napa Ce x cakap?" dia tanya sambil tersengih-sengih..
"dah pesan dah dari minggu lepas kan.. kecik hati tau" sebenarnya saya lebih risau karang kertas yang di xerox tu membazir je. Membazir perbuatan syaitan, ustaz saya pesan dulu..

"Mana nak tau, tak payahlah kecik hati, teacher ni pun..." dia jawab sambil ketawa-ketawa.
Saya pun. Apsal tetiap tahun skrip diorang sama je?

Saya cepat-cepat menuju ke kereta cap ayam.
Takut saya lewat lagi.

No comments: