Tuesday, February 21, 2012

Mydin - disebalik tabir siapa?

Kalau saya tidak menonton temubual penulis ni di Nona@TV3 beberapa minggu lalu, mesti saya fikir penulis ni sedikit mengejar kemashyuran. Berbeza betul, dia nampak jujur dan humble saja. Dari mula saya membaca buku ini saya merasa sedikit kurang senang, dan perasaan itu bertambah sehingga ke halaman akhir.

Bersungguh-sungguh saya membeli buku ini di Mydin sehari sebelum penggal persekolahan 2012 bermula. Oh ya, membeli keperluan persekolahan di Mydin adalah rutin wajib saya setiap tahun.

Oh saya kecewa.
Saya fikir, cerita besar sebegini tidak harus ditulis oleh seorang isteri. Tentu saja cerita/datanya sedikit 'kureng'.

Saya teringat satu temubual Tun Siti Hasmah yang saya tonton di televisyen berpuluh tahun dahulu. Dia cakap, setiap kali orang bangun bertepuk selepas Perdana Menteri memberi ucapan, dia merasa kekok untuk turut bertepuk sebab dia tak tau nak tepuk tangan sebagai isteri atau sebagai orang biasa.

Ntah, tak tau saya nak cakap macam mana. tapi saya kurang suka buku ini.


Ini popia mini yang saya buat untuk minum petang. Ramai orang cakap popia yang saya buat ini sedap dan rangup. Setiap kali saya menghidangkan kepada tetamu, ramai meminta resepi dan ada yang request suruh buat lagi. (Macam mana? menyampah tak dengan kenyataan ini?).

No comments: