Friday, March 30, 2012

Gambar--gambar gembira untuk kengkawan

patut yang dihighlightkan trophy tu..
besides, x paham apsal yg dua kat hujung tu pakai medal.
hahaha... y Yus buat muka ketat?
gambar yang penuh teka teki ni
Sebab menang lagi
Aminnn..
Sebab... hehehhehe..
I talked abt it too much oredi,
no need to elaborate lorr
few things shud remain unsaid
tapi kalau ada rumah yang terbakar, maksudnya saya lah yang bakar...

Daus 1st time dapat emas in 5 yrs..
Saya suka Daus..



Saya suka gambar ni sebab saya nampak kurus...
Kesian budak kat depan tu...

A miss is as good as a mile..

Blame it on Mr Hong, my English teacher (iskk) he just taught us d above idioms, meaning... kalah sikit pun kira kalah jugak. So, I do not know d proper words for, menang sikit pun kira menang jugak..

See... y can't people always look at the bright side of something (ingatan untuk diri sendiri)

It is definitely not easy to win, let alone to stay on TOP for the past.... errr...10, 11, 15 years?
Me? My RAM sucks so could not remember since when the team hold d Champion title..
Since Monday, the kids n coaches under d scorching sun, work non stop to make us proud. they never failed us in the past. We are praying very very hard for them.
There are 25 schools, and hundreds of kids (ce la cari data yang tepat iskk).
Vying for no one position.
In the end.. only one will emerge as the champion..
It's good to be on top again.. yeayyy!!!
We have one of these persons to thank of.

p/s entry skema.
p/s thank u eh...







Wednesday, March 28, 2012

Drought?

Ntah..
I shudnt say that.
Somehow it just that, when I checked the result on noticeboard
I couldnt help myself from checking our rival gold collection.
After years of being champion (yang buat kerja org lain, norizan adnan tumpang gembira je)
rasa macam, sangat x best kalau x menang lagi.
Smer orang akan rasa macam tu rasanya la kan..

Oh.. I m talking about a certain tournament.
Which x berani tulis, karang my friends yang sangat2 low profile akan marah plak..
Oh yes, our relationships with the rival team is very very very cordial.
Eventhough 2 months ago I have to return the champ cup for another certain tournament
yang saya dah tulis kat sini
Stakat hugs n kisses boleh lagi rasanya... hahaha .. ok.. which is true.
But then deep down, saya rasa kalau kalah pun jangan lah kalah ngan rival tu...



There's so much things I want to write.., especially abt d kids n friends but it's 1.00p.m..
Have to rush 2 d stadium..

Eh..
Ystrday someone whom I mentioned here tunjuk muka terkejut dan cakap dia surprised sebab dah dapat emas on d 1st day.
"Oh u came?" saya tanya dan menyesal lepas tu... Especially bila dia agak annoying n became defensive. Hahhaha
Mungkin lepas ni saya harus brush up skills berlakon lebih lagi.

Honestly saya terkejut sbb dia tunjuk muka genuinely terkejut.
Mungkin dia kena buat homework, dan saya juga harus kasi dia hand-outs n enrichment readings tapi dia x pernah tanya, dan dan jump to d conclusions (me being mean here)
Macam mana tu?

Penuh teka teki rasanya
Sekian.


Saturday, March 24, 2012

Terkini di carta hati




Perghh ayat...
Honestly, I dunno how much I missed this batch until bila smer dah balik dan tinggal
Mas, Don, Shira n Ikah je..

Ralat betul rasanya sbb xder gambar dgn depa semua..
"Teacher... meja teacher ni..." x tau sapa yg cakap mcm tu...

Dulu2 bila kerja agak banyak,
budak2 ni selalu tolong kemaskan.
Sebenarnya meja tu bersepah sbb budak2 ni datang ambil buku mereka dan tak kemaskan semula.
Atau tak datang, lepas tu cari worksheets lebih, lepas tu bukan nak kemaskan semula..

Perghh alasan.
tapi diorang memang best.
walaupun.... ok yang tu rahsia..

Tiada pengakuan dibuat

Yesterday, I spent all my free time doing something silly.
Looking for delivery order.

Prior to that, I make numerous calls to the salesman, apsalla dah order lambat beno sampainya.
I ordered the said "items" two weeks ago.
At 10a.m. I saw a stack of "that items" elok je tercampak kat celah2 lemari.

With my name written in bold.
Hello?
Called the salesman cakap sorry, and searching and high n low for the delivery order, bis tu karang macam mana nak bayar.
Bila tanya siapa yang sign penerimaan, sorang pun x mengaku.

Hishh...
Tahun 2010, saya didajalkan dengan insiden yang sama.
At that time, bila kawan-kawan lain beritahu mereka dah terima item yang dinanti, saya pun call la supplier. Supplier pun called la courier,
Courier cakap mereka dah hantar, dan siap ada tandatangan penerimaan lagi.
Berhari2 mencari, barulah terjumpa, di celah2 lemari jugak.

At that time, saya buat bising lebih sikit kot, ke memang the item a bit costly jadi pada satu hari yang terang benderang, someone from d ministry (no elaboration tho) datang.

Tak.. dia tak tanya hal itu pun... pasal progress bla bla saja..
Once the boss left d room, he stared at me n asked,
En X: Jumpa kat mana benda tu?
Me: Kat tepi locker belakang tu..
En X: Siapa yang letak kat situ? Hishh barang tu letak kat situ...
Me: Mana nak tau... jenuh cari baru jumpa...
En X: Siapa yang sign terima
Me: Heh (sambil pandang ke cctv, capai sehelai kertas, pegang pen dan pura2 menulis) kat situ ada CCTV (sambil tunjuk)
En X: Oh...
Me: Tak sapa mengaku. Tiada pengakuan dibuat..

On something unrelated, saya tertanya-tertanya.. apala fungsinya CCTV itu?
From the depth of my heart, saya sangat berharap DO tu akan dijumpai before Monday.




On a cloud nine

Not even orang hempas fail pun can dampen my spirit..
On 2nd tot, kenapa dia nak hempas fail dan merengus macam tu..
Grumpy old man (saya merengus dalam hati pulak)

Actually on Monday, someone who sat next to me asked, "ok x kot saya beli galaxy tab?"
Giler... mestilah saya cakap ok. Sebab dah berzaman2 saya nak beli, tapi.....
Tapi ye lah kan.... unless duit tu boleh ditanam macam pokok kucai... boleh la kan..
Dia pun memberi justifikasi betapa perlunya pembelian tu...
It kinda of reminds me my good old days, bila my closest friends nak beli apa2, I kind of carry calculator around n start mengira itu dan ini.
Padahal masa sekolah, I failed Mathematics miserably, of course they didn't know.

"I was thinking nak tukar kereta too." dia sambung.
"Heh" saya toleh dan tunjuk berminat, yang amat sangat.
"Kitaorang dah survey, kedai yang bagi banyak gifts n paling ok la dengan harga yang sama, tapi i prefer kete ____, tapi...macam x der best sangat dia punya free accessories ".

Dalam keadaan normal saya akan tanya apa keperluan dia nak tukar kereta.
Kereta dia tu macam baru je 2,3 tahun rasanya. Anak dia pun baru seorang, bercakap pun belum boleh lagi. Tapi when it comes to money matters, saya rasa kawan saya ni sangat excellent.
jadi saya percaya je... Later I learnt, loan interest pun dah rendah, patutla..

Ari ni dia cakap nk g survey lagi. I like!

ye la..
Kawan ada macam2 kan...
Tapi yang hempas fail tu, saya x berkenan betul la...

Thursday, March 22, 2012

What did you say again?

Guess i need to brush up my skills n level of kesabaran.
Which sometimes almost non existent,
especially bila dapat request yang merepek2.

"saya nak pergi ___, takut nanti jam pulak, boleh tak print lain dan suruh orang lain verified"
It was 2.30p.m.
From my place to ___ took 2 hours, kalau dia balik rumah dulu, tambah lagi 1 hour so, by right dia akan sampai pukul 5 -6p.m. Tu bukan peak hours ke?
Kalau speed sangat2, boleh sampai dalam 1 hour kot.. agaknya lah..
Rasanya ye.
Baru cuti sekolah hari tu, (last Wednesday to be exact and on my way home i even stuck in the "going home rush" which takder la apa sangat bagi saya) saya lalu kat tpt yg dia nak pergi tu dengan anak2 sedara, tolongla jangan macam2 sangat.

Lagipun bukannya banyak sangat nak reprinted, 32pages je..
Apalah sangat..

"Abis tu nak print lain ke?" si tukang print tanya.
Hahahahah... sungguh mulia hati kawan saya ni.

printed is one thing.
giving to 32 kids suruh their 32 parents sign is another,
mengumpulkan all d 32 sheets semula, making sure it reached us on time on a short notice is
definitely uphill battle.

While I might understand kalau ada misleading clause, typo errors, spelling mistakes, punctuation errors pun saya layan jugak, tapi this kind of excuse, really makes my fretful fussiness (whatever it means la kan) gone overboard.

Sekian.

Single Valley (coined by Luqman)







Gunung Jerai






Wednesday, March 21, 2012

Hari ni keluar result spm


Saya mengofferkan diri untuk membantu.
Partly sebab saya tak banyak kelas hari ni, another part sebab my gud fren, Fida is the PIC and mainly, heyyyyy I missed d kids SO much.

Zaman saya sekolah, diorang (saya tak masuk ye - saya ok bang!) sengaja berhutang supaya keputusan akan ditutup.
Masa tu semua keputusan ditampal di papan kenyataan, kalau ada hutang apa-apa akan ditulis pada nama contohnya begini :hutang sudu asrama RM2 / buku teks BM, Geog, BI belum hantar/ mangkuk asrama RM5.

Begitulah.. masa nak ambil keputusan, diorang bawala sudu tu. Macam tak bersalah je.
Sangat sengaja.

Therefore when I saw the list of kids who did not pay their fees n returned loan book, I was thinking mereka pun macam kawan-kawan saya yang nakal dulu tu.
Boy, I was wrong. Siap one of them hentak kaki menafikan.

Hari yang patutnya gembira sebab bertemu semula dah jadi x berapa best.
Walaupun kesudahannya baik dan semua pihak gembira, tapi saya sangat sedih..

Saya takder gambar dengan mereka.

Cuma gambar ngan Don saja.
Nampak x muka dia muka x puas hati.
It was 1.00p.m.. kawan2 dia dah balik, tapi dia x settle lagi.


Sekian.

p/s result agak menyedihkan saya. Tapi Fid cakap peratus subjek kitaorang naik.



Tuesday, March 20, 2012

Kokuman, Niel & Ecah n twins

Kali terakhir saya pergi ke rumah Angah, masa adik saya Yus kahwin.
Sekarang umur Danish, anak Yus dah nak masuk 2 tahun dah..
Lama tu..

Angah pindah ke Kedah sejak Adiba darjah 1, sekrang Adiba dah Tingkatan 3.
Lama tu...

Dulu setiap kali cuti semester (masa study) kami pasti akan membawa anak-anak saudara buat macam2 aktiviti bersama. Bila bekerja tradisi itu tetap diteruskan.

Tapi Kedah jaauhhhhhhhhhhhhhhh sangat.
Mereka tak cuti hari Ahad, jadi sangat susah nak spend masa dengan Luqman, Saffa, Saffi dan Daniel. Tuition la, testla, examla, kelas taekwando la, kadang-kadang Abang Ngah pula kena kerja. Kalau mereka pulang ke no 18 pun, either sekejap sangat, atau masa tu saya pun x ada kat rumah:)

Therefore bila sesekali dapat spend time 2gether..
rasa macam... over d moon

alamakkkk...
gambar kat lappie yang dah rosak skrinnya itu..

sekian


Nilai Kemanusiaan, kata Feza

Had breakfast with Feza this morning.
Roti Canai with sambal bilis, pulut panggang and hot tea.
If I could have my way I'll bring my own mug cap ayam.
Since yesterday i noticed Acik Tie suka hidang air panas dialas ngan piring yang kurang cantik di mata saya. Since she makes the best hot tea (and ayo lain pun best jugak) saya x berani nak komplen.

Cess..
tu namanya sindrom masuk kerja semula selepas cuti panjang.
saya rasa my level of fretful fussiness selalu meningkat on the first week after long holiday.

"Eh.. awak kenal x budak Kokojoe (bukan nama sebenar)?" Feza tanya
"Kenal, kenapa eh?" saya tanya balik.
"Semalam dia tertidur dalam kelas. Tidur betul-betul, lama kita kejutkan" Feza cerita.
"Sakitke?" saya tanya
"Dia cakap, dah lama cuti dia tak biasa bangun pagi tu dia ngantuk sangat tu" Feza sambung cerita dan kami sama-sama ketawa.
Budak-budak...
Mereka buat apapun nampak comel pada mata kami berdua. Sebab sayang kan...
Afterall tu pun mungkin crankiness the aftermath of long holidays.

"Eh.. tadi kan... kita lalu kat situ nak pergi ambil beg" saya tunjuk ke satu arah.
"Uhuh?" Feza nampak macam berminat.. walaupun saya cakap separuh berbisik.
"Ada orang tu jerit marah2 kat bunch of kids who were on weekly meeting. Kesian... kenapa dia nak malukan budak2 tu macam tu sekali? Kita macam x sukala.. Kecik hati kita" saya cakap masih berbisik.
I was short of saying tu peel biasa lepas cuti panjang kot.

"Nilai kemanusiaan kurang la tu.. " Feza cakap dalam nada biasa, alaaa saya buat muka. "Bukan awak sorang je cakap macam ni, orang lain pun ada sebut. Nilai kemanusiaan, menghargai orang tu x ada la dalam diri mereka tu. Kalau kesilapan orang dijaja ke sana ke mari, salah sendiri tak pernah nak nampak. Langsung tak hormat pada orang lain. Fikir diri mereka bagus sangat." Feza kasi ceramah.

Perghh.. nasib baik saya x komplen pasal piring yang Acik Tie hidangkan tu.
Kot x memang sebijik kena kat muka. (walaupun ada niat di dalam hati)

It is interesting to share that at 12.40noon, after talking and walking non stop for 40 minutes x 6 periods =240minutes --> I was so exhausted. Flat!
Then, nampak ada seplastik besar jambu air atas meja kopi. Diorang cakap Liza Wan yang bawa, saya terus separuh berlari ke kantin.

Makcik kantin yang tengah makan tu pun ke dapur buatkan sambal kicap upon my request. Saya dah cakap biar saya buat sendiri lepas mintak kebenaran dengan toke kantin, tapi mereka still tolong jugak. Saya berlari ke bilik pekerja dengan membawa sepiring sambal kicap dan sepiring garam FOC.

Baikkan diorang...
Orang sewel je yang g komplen pasal pring air panas yang tak matching kat makcik-makcik kantin yang baik hati ni.


Sekian.



Tuesday, March 13, 2012

Hilang akal agaknya mereka ini.

Entah.
Kadang-kadang orang tak ada kerjaya agaknya.
Cakap perkara yang merepek.
Saya mendengar bukan bermakna saya setuju.
Lebih kepada menghormati orang sahaja.

Tak salah jika mahu menipu.
Syurga dan neraka tu pilihan masing--masing.
Saya mendengar bukan bermakna saya percaya.
Lebih kepada menghormati orang sahaja.

Tolonglah hormat masa saya juga.
Banyak lagi kerja lain yang berfaedah boleh saya lakukan.
Daripada melayan cerita merepek dan tidak masuk akal itu.
Saya penat.

Sekian.


Saturday, March 10, 2012

Selepas itu






Balik dari Kulim, dalam pukul 4.00petang.
Hujan lebat. Jalan kecik (xdr kena mengena)
Lambat sampai ke Gurun.


Ada kenduri di depan rumah Angah.
Lama berbual baru kami bersiar-siar.
Diaorang marah saya ambik gambar kat signboard Gurun.
Tapi signboard tu cantik sangat.

Kemudian kami berlari-lari ke kaki Gunung Jerai.
Ada gambar sebagai bukti.
Hehehhe

Kalau cakap nanti Jie marah.

"apanya.. meeting new boyfriend?" Jie teka stupidly.

As usual, saya sesat di jalanan. It just that this time around I thought I was well-prepared so I never call Jie before hand. After melilau some times, I called him up, and unexpectedly, he was up north as well. He went back to his hometown and he asked, what the halleberry I did in Kulim. So I told him, "Kalau cakap nanti Jie marah".

Silly. Apekejadahya meeting new bf will make he mad?
"Heh... I tot dari dulu u make it clear, u akan sangat gembira if i have bf?".
Until now, I never make him happy. Teruskan berharap Jie.

Dan seperti biasa, saya memang x suka simpan rahsia.
"Ada sale kat sini" saya cakap ngan jujur.
"Hah?? Craaaaaazy" Jie jawab. Saya dah jangka.. tu saya malas cakap.
Tapi sebab sesat, saya cakap juga..

Kawan yang baik, akan sentiasa sokong menyokong.
Sebab dia pun tak pasti, jadi dia panggil abangnya membantu memberi tunjuk arah.

Kawan yang baik memang susah dicari.
Jie is indespensible.
Sekian


Friday, March 09, 2012

Mid term break..

Currently I am waiting for Adiba's call.
She is supposed to reach Bidor Bus Station by 4p.m.
Erghhh.. she is in Form 3 now. When I was in Form 3, I took the bus home from hostel by myself too.

Just now, my sis, Adiba's mother called, just to remind me to fetch her daughter.
Saja kan...
Tomorrow I'll go to her house in Gurun, Kedah.

Partly to take Adiba's home, and mainly sebab ada sale..
Sekian.


Saja je nak paste gambar

Event: MSSPK Cross Country Run
Venue: SMK Layang-layang Kiri, Parit, Perak








Apsal boys je?
Sebab masa ni girls tengah lari, then once they arrived, injured plak.. tapi dia dapat jadi Johan and make the entire team proud.
Datang yang lain injured jugak, so ni la gambar last, lepas tu tending to them, nak sempat dah nak memikir yang lain.

cerita ni berlaku hujung bulan Februari 2012

Endometriosis n her

Honestly I m afraid of her.
Seems like she's moody 24/7. Haha

Tapi smlm, lepas Fid, kawan baik saya cakap, saya memberanikan diri untuk bersemuka ngan dia dan cakap,
"bila akak free, jom kita g klinik".

As expected, she never care to hide her annoying side (haha) and dia ceramahkan saya dulu.
Pas tu saya ceramahkan dia balik with knowledge I gained from here.

Padahal dia pun boleh baca sendiri.
Cuma-cuma kadang-kadang, entah...

Puan-puan.
Adalah sangat tidak logik jika terpaksa menukar tuala wanita lebih daripada 8 kali sehari.
Mesti ada sesuatu yang tidak kena, dan kalau orang cakap tu janganla menjawab hehehhehehehehhe..

"apa-apa hal talipon tau" saya cakap ngan muka agak takut2.
"dulu ko kata nak kasi tapi sampai sudah ko x kasi pun" dia smash saya balik.
ok... saya cuma kasi talipon pada kawan rapat saja.

but I wrote my number on the whiteboard.
penuh teka teki rasanya...


Thursday, March 08, 2012

Saya dan hari ini.

Gone r the days when I could write heart's content here.
No elaboration.

Has a hard time choosing today's outfit, reason being, kain2 from cheap material easily shrinking resulted all of them became jackfruit wrapper (one-to-one translation: balut nangka)... Ok ayat sangat panjang. I settled on black denim which was 2 size bigger when I bought it years ago and a grey t-shirt a gift from Rizlan (dia memang faraid semua t-shirt dia to Szli, Yus n I). And of course, ayam-brand-running-shoes.

I missed the days I could put on anything without second thought. Semua pun misti muat je, now, aiyaa...

Cehh.. sekali nengok my fren pakai baju batik je.. saja tau..

Not that I care much about it tho.
I was late, because no one contacted me. Kecik hati.

I turned out diorang yang agak x puas hati because diaorang call banyak kali.. Opppss lupa nak kasi tau, talipon yg saya selalu guna tu, tertinggal kat umah Nik since last weekend. xkanla saya nak g Shah Alam semata2 nak amik henfon (ayat x bersalah).

The kids were excited to compete in MRSM Trolak.
Sampai sudah saya tak faham kenapa diorang excited sangat.
Bukan diorang x biasa g lawan kat tempat lain tapi kali ni, beria-ia nak pergi dan beria suruh ambik gambar.
Sebelum ni menang peringkat Negeri pun, buat muka macam xder perasaan je. Penat saya excited sensorang masa tu, (rasanyala), serious saya tak faham.

Saya pun xla bawak kamera.
terpaksala ambik gambar kat talipon-cap-ayam
Macam kesian kat diorang sbb, pixel dia sangat cikai.

Oh..
Both girls and boys team, emerged as the champion.
Soalan dari diorang, "jauh x kitaorang tinggalkan team no 2?"
Saya sangat suka budak2 kiasu macam ni.
Except jawapan saya sangat mengelirukan, "macam jauh tapi tak tau berapa jauh".

Of course, kawan saya, coach mereka telah bersedia dengan data sebab dia menunggu di dalam kereta dengan stopwatch. suspect!

Itu aje kot cerita hari ni.
Gambar pun x ada.


Wednesday, March 07, 2012

Mundane

Pagi-pagi ni saya sangat gembira.
Entah apa2.

Di luar dugaan, 11 kids paid for their enrichment books which I suggested yesterday but I really don't mind if their parents rejected the idea. (made a mental note to ensure they use it to d max)
Placed the order, hopefully Edison (apsal saya ingat nama dia Eric?) will send it ASAP.

Out of curiosity I called Marvin@work.
Weird.

Went home early. Tot Adik was at home, but he was not. Had lunch with Mom, a brief chat with Uda and later read papers in the bedroom. It was raining when I woke up (apsal saya tidur, benci betul la) and Adik was sleeping near the door, bilik saya kecik, tak muat. Mom had a hard time kejutkan both of us.

Uda cooked for dinner. Nik called to inform she wont come home this weekend.
Macam bosan...

Tuesday, March 06, 2012

Fatigue

Q:"For once, after all these years, do you love me?"

A:Love you, but can't do much"

Uhuh..
Well.. this particular someone showed me the text message. And she broke into tears.
She sobbed uncontrollably for some while.
I really lost for words.

Nak cakap apa pun?
takkan nak tipu..its ok he'll come back, things will get better bla bla
macam tu ke?
malas lah saya.

tapi saya memang ada niat nak cakap
stop it, pathetic la u ni...

Perghhh
Nasib baik saya x cakap.
It been weeks.
Nampaknya she still can't get over it.
Called her just now n she cried bitterly.

Ari tu saya x pikir pun.
Tapi skang saya terpikir.. apa yang can't do much nyer?
Since I know both of them very well, I think I knew how much it hurts her.
I think if u really love someone, u'll find a way.
Maybe he just not.

Maybe he just doesn't know how much she loves him..
She is.
More than u could imagine.
*sigh*




p/s pls stop crying...


Monday, March 05, 2012

bovine bones

Banyak rupanya adik beradik bovine ni eh?
yak, ox, bison, buffalo, water cattle, cow, antelope pun masuk jugak..

Okla.. ceritanya sambung dari insiden yang saya tulis terdahulu kat sini
Depite was told by the Watson's salesgirl that, I wasn't gumuk but heh, xkanlah saya nak percaya pulak kan... walaupun kalau ada kena vote pekerja Watson paling best, misti saya vote dia laa.. I still bought a bottle of ubat kurus yang dia cadangkan atas beberapa sebab.

1. kapsul, saya memang x berapa berkenan ubat cecair yang kena bancuh dan minum.
2. dia cakap ubat tu memang top selling la gitu, saya mudah percaya especially dengan jujurnya dia cakap saya x gumuk, hati saya mudah tersentuh ngan orang jujur hehehe..
3. jenama tu memang dah lama dalam market, proven la kira-kiranya.
4. xder iklan kat tv, saya x suka suplemen yg diiklankan, ntah.. saya rasa mcm pengeluar tu insecure je sebab tu kena selalu iklan, good product will speak for itself.
5. sebab dia herba. mcm selamatla gitu.

Eh... banyak cakap lak saya ni.

It works.
Cuma kadang2 saya lupa makanla..
I even suggested to my friends. Until on Saturday, sebab xder kerjaya I read all the info outside the bottle.
Yep it is 100% herbal, which I like.
Unfortunately I forgot about the gelatine.
Ok.. dia tulis bovine bones.

"Bovine tu sepupu sepapat lembu, beb. Lembu x haram tapi cara penyembelihan lembu tu ngan penyediaan tu halal tak? In fact dia x tulis pun tanda halal kat sini." Cehhh tetiba Baby kasi ceramah agama plus kepenggunaan plak. Terhina betul rasanya.

Padahal, tetiap tahun saya yang ajar the kids (a'a ada dalam silibus) tentang perlunya menyemak setiap maklumat nutrisi, ramuan makanan dan segala-segalanya pada pembungkus makanan.

Kepada yang baca entry ini, sila semak semua maklumat pemakanan yang tertera dipembalut sesuatu produk tanpa gagal. Kalau malas cari je yang ada cop halal Jakim.


Takde mood dah saya nak makan ubat kurus.
So I bought a new cap-ayam-running-shoes.
Sekian.


Sorry, adik kita baru siap masak.. kita nak makan dulu tau..

Sometimes Acho cooked special dishes for dinner, for himself and for us, aha.. on request only. Last Friday I managed to hijacked his (in)famous Mee Bandung. Sementara menunggu masak I called Baby and we talked about everything under the sun until Acho knocked the door, invited me for dinner.

"Sorry, adik kita baru siap masak.. kita nak makan dulu tau.."

Well.. Baby said, "ooook".
Knowing her for all her life, I could feel that she missed us so much. Because the oooo was extra longer than usual.
The next day I called her up and promised to accompany her for shopping.
I know, saya memang kakak yang baik dan sangat penyayang. Even though it took me 2 hours to drive to Shah Alam, but still, dengan kasih sayang yang tak bertepi saya abaikan semua itu. Meeting point was at Nik's@BukitNaga. We had ikan merah asam pedas, salty egg, salty fish and fried long bean. I was full, tapi saya makan juga 2,3 pinggan sebab nak jaga hati Nik. eheh.

"Boleh tak jangan tidur, ooooooooo takat datang sebab nak tidur baiklah x payah" Saya baru tidur 2 jam je lepas lunch, terus kena marah. Apalaa... jauh tu 2 jam saya drive.. ok apa tidur 2 jam. The truth was, I was so sleepy. So at 3 p.m, we went to Home Deco Exhibition@Stadium Shah Alam.

Later, we went to TescoExtra@ShahAlam.
Kena paksa doing grocery there because currently our sister, Nik is on the mission to get a knife (hello!) which she'll get for free if she collected 35 stamps. Spending RM50 will get one stamps and she even insisted Baby buy an LCD TV and washing machine from TESCO so that she'll get enough stamps.

Tak pasal2 kan.. No, we did not buy any tv or washing machine, just grocery amounted to RM199(mine) and RM124(Baby). Nik sengih sampai telinga dapat 6 stamps hari tu. Best sangat kot pisau tu, sampai tak pasal2 kitaorang kena obliged. Kasih sayang yang tak bertepi la katanya kan... layan saja la..

(p/s harap2 TESCO x buat la syarat kumpul stamps mcm ni, seksa wehh, kalau kakak say datang kasi je la dia pisau tu... kesiankanlah kitaorang ni dari jauh tu datang shopping..)

Here's few pics of us.

Along and Nadia, Nik's daughter. Kitaorang x bawak Nik, nanti dia beli lebih2.
Baby and I, People said we r twins. I took it I look younger than my age. Heh!
Nadia, main point is IceBlog
Later at night, they played Uno, saya tidur,

I even turned down invitation from jiran sebelah rumah for dinner. Kesian Athirah, dia dah cakap ibu dia masak ikan kerapu sweet sour. Mak Andak memang nak makan tapi mata Andak x mo terbukak plak dah.... raincheck ok..

Friday, March 02, 2012

Sebagai kenangan kita



For some unknown reason, everytime Baby and I sang together (normally in the car in front of unsupportive anak-anak sedara, tensionla diorang ni, baru nak nyanyi misti jerit TIDAKKKKKKKK... siap2 tutup telinga.. elehhhhh... ok apa suara Mak Andak ngan Baby.. saja tau.. ok.. thats y we sang in the car, kot tpt lain konfem xder penonton - that's another story tho)




Sambung balik.
For some unknown reasons, misti nyanyi lagu ni..
Rasa sangat patriotik sebab ada perkataan MERDEKA.
We joked this song has geographical value because of Tanjung Dawai, Pantai Merdeka and Gunung Jerai.

Baru hari ni saya tau rupanya lagu ni lagu sedih..
heh..

Thursday, March 01, 2012

Rosilawati yang baik

Pagi ni teringat nak g pasar dan beli nasi lemak, sebab semalam Yatie Saad makan macam sedap je. I even grabbed a boil egg from kitchen, nasi lemak sambal what ever pun, would be nicer with boiled egg.
But then, it was so dark outside (dah lambat pun ye) so terpaksala kenselkan niat.
Pasar tu sangat sebok, susah nak parking.

Dengan poyonya declined a friend request to help her doing something tedious, partly because I haven't complete my task, and mainly saya memang xder mood nak buat apapun after knowing my name is NOT in the list. Pathetic. Padahal xder kena mengena pun.

Dengan tidak diduga Tie kasi sebungkus nasi lemak yang masih panas. Dia cakap dia saja je kasi. Hello? I don't remember telling anyone saya nak sangat makan nasi lemak pagi ni. Hmm.. Sangat terharu la kan..
I was speechless, jadi saya makan je senyap2 sebelum mula kerja.