Tuesday, May 01, 2012

Hanya sesaat.

Seumur hidup, saya ada seorang saja kawan rapat perempuan. Hanya seorang. Dari dulu sampai sekarang.
Dialah satu-satunya kawan yang saya boleh cakap apa2 tanpa perlu bertapis-tapis. Even though most of the time, cerita tak kelakar pun kitaorang gelak berguling2.

Ceh intro...
Hari tu Yong cakap, kita perlukan satu saat saja untuk jatuh cinta dan sayang pada seseorang tapi seumur hidup nak lupakan orang tu.
Ok.. Saya pernah baca ayat ni dulu.

"Tu lah aku cakap ngan Hasanol, dia ni kejap2 datang kebilik aku nak mengadu itu ini, aku cakap terus terang dengan dia". Yong cakap dengan serius.

"Ko cakap apa?" saya pun teruja nak tahu..

"Aku cakap, "Ko jangan selalu datang sini, nanti ko jatuh cinta dengan aku pulak" Yong cakap. Serius saya dah nak ketawa dah.

"Dia cakap apa?" saya tanya semula.

"Dia ketawa. Tapi aku ingatkan dia, dia cuma perlukan sesaat untuk jatuh cinta dan seumur hidup nak lupakan aku, jangan main2 aku cakap ngan dia". Yong macam serius, tapi saya serius x boleh kontrol nak ketawa.

"korang ni... betul apa aku cakap. Seumur hidup, ko bayangkanla. Tapi Hasanol pun ketawa berdekah macam bunyi rimau je" hahahahahhaha dia ketawa.

For a record Yong is happily married n blessed with 4 kids. Dia cakap suaminya sangat hensem, (that's when she showed me their pics together). "Are u kidding me?" saya tanya balik, dan dia suruh tengok betul2 dan tunjukkan beberapa gambar lain. 'Hensemkan?" dia tanya lagi. Saya terkebil2 dan jawab, "B kot". Dia diam je. Harap2 dia tak tau B tu maksudnya TIDAK. Hahahhahah

Hasanol years younger than us. A bit plump and dressed sloppily (hahha) dan saya tidak fikir dia ni ada perasaan pun. hahahhahahah.

Saya rasa Yong ni baca sangat baca novel cinta Melayu la.. Tu yang jadi gini hehehheheheh.
Saya x sabar2 nak cerita pasal Yong pada kawan rapat saya.
I know she'll like Yong.

It just that, kawan rapat saya sudah tiada.
And I need a lifetime to forget her.
Ermmmmmmmmmmmm

No comments: