Monday, June 18, 2012

alcoholics?


Thanx god, apa jua jenis minuman memabukkan adalah haram bagi penganut agama Islam.
Sangat jelas, at least sampai dua minggu lepas saya rasa jelas lah..

It juz that last Monday, Man tegur saya sebab muka moyok.
Tak. Saya tak bercerita sebabnya, instead saya mendengar Man bercerita (i like!),
dari satu bab ke satu bab.

Mulanya pasal  basikal, then orang kampung dia (for the record he was my senior in school so i do know few of his org kampung), then pasal durian, then kebun durian, then pasal tuan punya kebun durian yang kaya.

Citer pasal tuan punya kebun durian tu yg membuatkan saya gementar (hemmm gila).

Man ada kawan sekolah, ayah dia meninggal awal n tinggalkan banyak tanah. Kawan Man kerja bidang F&B kot, sangat sosial. Mula2 minum (bukan air sirap) sbb customer tinggalkan lebih then try saja. Then lama2 addicted.. beli sendiri.

"Ko ingat murah arak tu?" Man tanya. Salah kaunter.. Saya x pernah sentuh, beli lagi x.
Make short, bila dah ketagih, dia pinjam duit kawan sekampung dia. Pinjam bukan sikit-sikit.. sebab x best minum sensorang.. mestilah ada perempuan sekali (ayat Man).  
Dalam masa (Man berhenti kira umur dia kot)... haaa 20 tahun, maka habislah semua tanah kebun, tanah getah, tanah tapak rumah, tanah kebun durian (saya menambah2 disitu) tergadai kat kawan dia. 


"Skrg dia apa pun xder ko tau" Man cakap ngan serius.
"Isteri ngan anak2 dia" saya tanya, dalam kepala ligat memikir.
"Dia lelaki misteri, dengar dah kahwin tapi xder sapa org kampung pernah jumpa isteri dia. balik kg pun sensorang je" Man cakap.

"oooooo" saya jawab sambil berfikir lagi..
"Dia call aku baru-baru ni nak pinjam duit, bertahun x pernah jumpa kau tau.." Man cerita.

Well, lepas tu Man masuk cerita memancing pulak ngan orang lain.
Saya pergi keluar, dan mendail satu nombor.
Engaged.. aa tournament, saya lupa..

Saya akan cuba lagi mendail nombor itu.
bertanya khabar dan mengingatkan (dengan penuh rasa hormat dan takzim dan sedikit menyibuk )
bahawa ada sebab kenapa Allah haramkan arak..

Doa-doakanlah ye..

No comments: