Sunday, September 09, 2012

kenapa dia pakai baju sama ngan saya?

Bukan saya, orang lain..
Ni cerita petang tadi.

"Awak perasan tak semalam kita pakai baju sama warna dengan siapa?"
Dia ni, giler tak konsisten, kejap guna saya, kejap kita,kejap aku...

Sangat gilerla kalau saya perasan sama dengan siapa since, baju sendiri pun saya x ingat kaler apa, tu yang kenkadang ulang pakai  selang seminggu tu, selain dr sebab sebenar baju pun x berapa ada sangat...

"tekalah.." dia cakap lepas saya cakap, serius saya x perasan. Saya memang cakap xder kona-kona, stret to d point. Takkan saya nak tipu-tipu pulak..

Dia ketawa-ketawa dan suruh saya teka lagi..
Fine. Sekarang saya dah tau, bila dia guna kata gantinama diri kita, means ada sessi berbaur emosi dia nak cakap...

Saya rasa dia pun dah tau, kalau saya angkat sket kening sebelah kiri, definitely saya x nak main teka-teki.. hahha.. so dia cakap sendiri.

Dia: Sama ngan Alina J (bukan nama sebenarnya)
Saya: Oooo.. ook apa?
Dia: Haissshhhh... musuh ketat aku tu. Spoil tul semalam.

See.. bila marah, dia guna gantinama diri lain plak.
Saya sengih2 dan ketawa-ketawa je.

Susah saya nak faham.
Dia pakai baju melayu plain ngan songkok tinggi (ada klu di situ) and Alina J tu pakai baju kurung yang konfem ada corak2 macam-macam kaler, saya agak je, saya x perhati pun semalam.

was it important?

No comments: