Monday, September 30, 2013

of journey of faith part 2

Whats an eye opener!
Saya selalu baca dan dengar pergi ke Mekah itu adalah betul2 dengan jemputan dan rahmat Allah.
I was very grateful masa tu... takder gaji pun boleh sampai ke Mekah..

That is why bila dis time, di saat2 akhir, knowing Tabung Haji had put efforts to negotiate, n still saya tersangkut jugak, I juz knew,
It is His way of telling me (His poor servant), tingkatkan amalan dan kukuhkan iman.

For those yang terpilih untuk sama-sama mengerjakan haji pada tahun ini, Tahniah.
U dunno how lucky you are.
I m sure you will have a great time.
How I wished I could be there too...

I dunno when my turn will come.
Rasanya lagi 5 thn saya xkan sesihat sekarang kot...
unless.... entahla...

Uda pun pergi hari ini.. at 8.15a.m she sent text message kasi tau they r otw to KLIA.
Dulu kitaorang berangan nak duduk sama2, g Masjidilharam sama2, wukuf sama2, melontar 3 jamrah sama2....
Tapi...

Anyway ada 20 000 ribu jemaah Malaysia, saya pasti mesti ada yang temankan uda dan bantu dia heret beg yang besar tu.
Uda x boleh angkat barang berat, nanti dia demam:)
I hope Uda akan sihat kat sana nanti.
Dia jarang sakit, unless x cukup tidur.

Saya harap sangat-sangat dia ingat nak sebut nama saya dalam doanya.
Well....
Saya harap kan jemaah dari Slim River yang sama2 naik bas nak g kursus perdana kat Tepen ri tu akan sebut nama saya gak...
Afterall, lepas dapat tau Saudi wajibkan mahram ri tu,
I was told, kat Slim River ada 8 kes yang sangkut..
Seminggu kemudian, Nita, orang Tabung Haji yang baik hati tu call..
n sebab kitaorang tanya dia jawabla...
all 7 managed to settle their problem,
except ONE.

Adakah itu bermakna, dalam 63 orang yang ditawarkan pada tahun ini di Slim River, norizan adnan sorang je yang tidak sampai ke Mekah?

It comes back to me..
hanya yang baik saja Allah pilih...

sekian.

of journey of faith

Saya cuba menulis tanpa emosi..
 perghhh what an intro la kan..
As I  always write, even though perangai saya buruk tapi dari umur 8 thn saya memang nak pergi ke Mekah.
That was after I watched wayang pacak kat padang tu yang cakap, "hanya dua rengget"..
Sangat berjaya dokumentari tabung haji tu.

After my short trip to Mecca somewhere long time ago, saya terus registered untuk pergi haji. Rupanya nak pergi menunaikan haji kena register lain, saya x tak tau pun... ingat kot duit dah cukup automatically dia panggil. mana nak tau hikhikhik..

Uda dah register sblm tu lagi, n dis year sampailah both our turn.
In between uda dah pergi menunaikan umrah 3 times, first we went together, 2nd with my mom n d last one with an old friend who juz recover from critical illness.
Saya pergi sekali tu je la pun, because unlike her, I dont have much money to splurge lepas gigih membayar hutang keliling pinggang.

But still, when d offer letter arrived in January, saya ikat perut for few months nak mencukupkan duit. When people ketawakan my car yang memang layak masuk muzium tu, saya pun ketawa sekali.
Goshhh they juz dunno  how much I want this.

Knowing d new Saudi regulation, gigih saya x g break pada  satu hari hahad, tulis soklan atas kertas n selitkan kat laptop penceramah masa org x der...
"adakah undang2 baru saudi yang mewajibkan wanita berusia  bawah 45thn ditemani mahram terpakai pada musim haji kali  ini?".
Saya hafal soklan saya because I took considerable time mengarang soklan supaya precise. n saya juga hafal jawapan orang Tabung Haji itu - setakat ini cuma untuk umrah saja, haji macam biasa.

n I spent summore my hard-earned money for d trip.
n time jugak..
brave d ardourous task during Kursus Perdana itu juga.
only to be told later (it was on August 30th when I read d letter) that, suddenly d Saudi new regulation applied for hajj too...

Uda n i were dumbstruck.
she was worried that it might jeopardize her chance too.

In d beginning saya nak hangin jugak.. until when d explanation letter came. they have work hard, its all that matter... kalau dia cakap, "yakinla ini semua dugaan dari Allah" mau saya bakar je PR Tabung Haji tu... when u hv put lots of effort, its not ur fault pun...
now I can say dengan hati yg suci murni...
"its me, who is not good enough to be DuyufurRahman"..

Well, in 2006.
bila saya decided to go to Mecca in June, I finished up all my savings to pay for d trip expenses. Since a year before sepatutnya saya pindah, tp x jadi, so masa tu saya dah few months x der gaji pun. I was literally broke. Bila jemaah lain shopping macam2 (they even bought gold okehhh) saya juz pejam mata je.
That d turning point of my life,

Friday, September 27, 2013

Thursday, September 26, 2013

Oh so bastard....


Mengikut kamus CollinCobuild,  bastard ialah istilah old fashioned  merujuk kepada anak-anak yang lahir tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Cakap Melayu dipanggil Anak Haram lepas tu ditukar jadi Anak Luar Nikah.
Definisi masih sama.


Istilah ini dikira offensive,  jadi euphemism  yang diberikan ialah Love Child. Mengikut kamus etimologi, istilah itu mula digunapakai pada tahun 1805. Sebelum itu istilahnya ialah Love Brat. 
Semenjak dua menjak ini di Malaysia sudah ditukar kepada istilah Anak Tidak Sah Taraf.
Perghhh panjangnya.


Menurut Jawatankuasa Fatwa
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan mengenai Anak Tak Sah Taraf. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut: 
 
a. Anak Tak Sah Taraf ialah:
 
  1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.
     
  2. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).
b. Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.


It just that...
Kebetulan saya makan dan dengar orang bersembang. Nak tanya saya takut nanti satu kampung tau...So saya seek clarification from d other friend, since Azuan was there, so gigih diorang updates.
Semakin saya dengar, semakin stress dibuatnya...
Walaupun saya sangat kasihan dan tidak sedikit pun ada rasa nak berlaku tidak adil kepada anak-anak kecil yang tidak berdosa, tapi saya fikir alangkah baiknya kalau Bastard dan Anak Haram itu kekal dalam kamus.
Mudah-mudahan Allah tak terbalikkan hati saya pulak..


Sekian

of friend(s)

Its September.
A good time nak tapis menapis.



I don't think it is a gud thing to keep friend Nombor 1 because lepas saya fikir seploh kali nampaknya dia sangat memandang tinggi pada dirinya sendiri until saya rasa x berdaya nak mendongak dah.
Sakit leher makcik ok..
Tapi kalau itu saya boleh tahan.
Saya kurang sabar sebab bila dah masuk hal2 yang melibatkan err..
halal haram?
Sebagai kawan, saya dah cakap dengan tatabahasa dan leksikon yang suci murni.
Tapi dia berhujah, dan in d end saya pulak yang ditazkirah.
Saya ingat dia anggap saya sebagai friend.
Dengan poyonya dinyatakan setiap kali orang cakap apa2 perkara yang buruk tentangnya sebab saya sedar if ppl say something bad about others, chances r I'll be next in d line, saya akan dengar dan ambik masa nak menyiasat sebelum saya berani nak cakap dengan tatabahasa dan leksikon yang suci murni itulah..
At least  saya fikir saya dah cuba sehabis baik cakap dengan tatabahasa dan leksikon yang suci murni



Friend Nombor 2, sangat taksub mempromosikan diri until sometimes dia terpijak kaki saya yang bersaiz 6 ini. Many many times sebenarnya.
Hari tu I told someone (mereka saling tidak mengenali ), saya rasa Nombor 2 ini sangat gigih nak overshadow me.
Interlocutor itu ketawa macamla kelaka sangat.
Ohh terus saya ketawa sama.
Bukan bangang  ke dah tua2 nak buat cenggitu. 
Nak kuar statement tu jugak? Gila drama.
Unfortunately saya memang kalau bertanding apa pun misti x pernah menang.
Well... congrats!
Anda hebat!!! Nah... amikla hadiah ini!!!

As a conclusion, (whattttt!!! where did you get your degree anyway?)
Friends come n go.
Kalau jumpa seorang pun yang akan setia siang dan malam, dalam susah dan senang, considered urself lucky.
Kalau tidak, mungkin inilah masanya melihat cermin dan muhasabah diri dan memperelokkan akhlak sendiri.
Be true to youself. 
Kawan baik ada ciri2 yang jelas seperti dalam pesanan al qamah.
If he/she xder pun ciri2 tu, face the fact.
You are not good enough for them.

p/s Ayat teratas dalam kategori sangat meloyakan tekak ialah "x kisah.. saya berkawan dengan semua orang". Maksud tersirat, "saya baik, semua orang suka saya". Lame.. 
Kawan dan sahabat x ok.. Sebab tu kita hanya sesuai berkawan saja (merujuk kepada Nombor 1 dan 2).. Hahahhahah



Monday, September 23, 2013

of lime jelly

Saya x pernah masak agar2 seumur hidup.
Pernah ada orang suruh, mak aihh terlopong mulut saya, n I ended up buat kuih lain..
gila... i don't like agar2 pun n i m quite fussy.
ntah apa yang saya fussykan saya pun x reti.

once, my mom make agar2 santan masa kitaorang kecik2 dulu.
gila sedap kot, baby n i makan berebut.
the next day my mom buat lagi, n d after pun jugak...
that is her way to tell us, "berebut sangat kan... haaaa ambikk kau".
tobat x berebut dah. seb baik dia tak suruh masak pun... kot tak lagi azab...

n today, angin tidak ribut pun tiada, tetiba i so want lime jelly.
senang je rupanya...
400ml ayo + sepeket serbuk jelly dan kacau hingga mendidih.
untuk menambah kepoyoan ini..
i bought small square plastic goblet (rasa cenggini kot nama dia

giler cute, pada mata saya la...
i juz that saya siap masak kol 6.30ptg tadi.
sampai sekarang tak keras2..

memang cenggitu ke?
ke.... err...

Sunday, September 22, 2013

Dear. .....,

Ada kan korang belajar kat skolah buat journal entry. Mesti mula dengan Dear diary,..
pastu cecekgu yang x puashati dengan keefisiensi bahasa kita (goshhh.. rasa bombastiknya ayat) akan mula pujuk kita suh buat journal like... a month..
dan kalau masih lagi x maju2, amikk kau... setahun ko sensorang je kena buat journal.

Nasib baik masa saya sekolah, cecekgu tu x rasa teruja nak berjournal2 bagai..
else my journal will goes like this.


Dear diary,
Today baked fruitscakes (please note the plural form) and rain hot cake.
What? Never heard of it?
Of course it a famous cake, even though not as famous as ciskek  cheesecake. Still it is famousl Some people called it Kek Hujan Panas, maybe because of the colour. 
Malay is very like  the name Rain Hot. Last week I went to a wedding n was served Rain Hot Rice, it was not as warm as I love too.

Secondly I bakes samosa. 200 pieces, you just imagine. I am extremely tired. 
Thirdly, I is going  to bake blubery blueberry muffin. My sister talk she wanted to have muffin for tea. I might bake 2 kilogram of muffin mix.

Why so many yu you ask me? Becouse My mom's friends n our closest relatives would be coming for tea too.

Eniway. I am so tired. I wish to take a nap before I continue with my house chore.Till then Adios Amigos.

Saturday, September 21, 2013

of wedding n shopping n oook d pbs

let start with pbs.
hasil tugasan mereka semalam sangat horrible.
baru marking 3 buku saja.
yang pertama sangat sangat.
yang kedua not bad.
yang ketiga sangat berhati hati bila menulis dan sangat seronok membacanya.
oook... it tells me something which would lead into something.
no elaboration:)


Dawi's mom jemput g his son's wedding waktu she came nak sign report card Dawi.
Honestly, saya malas betul nak bersosial  ni.. Tapi last week Dawi kasi kad means agak wajibla saya pergi.
I called few kids n we went there together.
Biasalah kenduri kawen,  tapi I noticed Dawi ni sangat rajin la..
Bersungguh2 dia melayan tetamu.
Yangtak boleh blah dia tanya " ustaz x datang ke tice?"
Takkkk... saya x pernah pun g jenjalan g kenduri kendara ke dgn the said ustaz.
Gila... he is happily married.
"Anak dia x datang ke tice?"
Sebenarnya tu tujuan Dawi tanya. Cett... terus saya rasa nak sentap. Penat saya pakai baju baru, Lina ikat tudung stail Yuna, Najuwa pakai baju kebya yang vogue and Bieha gigih pakai baju pink kain chiffon yang cantik, tapi orang lain jugak dia cari..
Heh?


Then I went home.
Somehow I could feel mommy sangat mahukan sesuatu tapi dia xkan cakap.
I mean, kalau kekejap dia basuh pinggan, kekejap sapu lantai.. gitula...
Saya tanya kekalau dia nak doing grocery. Laju dia cakap ye, tapi kol 3 dia ada jemputan baca yassin.
The thing is, dia x mo ajak saya coz i think she knows well:(

Tapi walaupun cecita saya x tercapai, at least adalah sesikit dalam hati keinginan nak menggembirakan hati Uda yang terpilih sebagai DuyufurRahman dis year.
On second thot, i dunno whther spelling to betul ke x..

N I fetch mom lepas her yassin recitation.
Lambat...sebab menggagau cari rumah makcik tu.

Anyway...
Saya rasa harga barang yang dibeli  agak munasabah.
ayam cuma RM6.80, beli 5 ekor.
anggur cuma RM6.99.
then beli jugak nuggets, 2 tray of eggs, jellies, mixfruit, flour, sugar, vegetables, n many many more...
until ada makcik tu tegur.. "berniaga ke"..
mungkin sebab dia tengok saya sumbatkan 3 paket nescafe dalam trolley. on sale tu... n mister potatoo pun sampai 5,6 botol.. juga on sale.



tu yang mak saya sayang  anaknya ini....
sama sepesen bila shopping..
,acam duit tirun dari langit..



but then..

rasanya macam dah lama kot saya x bawak mak beli barang dapur.

Friday, September 20, 2013

of PBS

PBS as in Penilaian Berasaskan Sekolah.
yang tahun lepas cecekgu suka komplen dalam suratkhabo tu...
Dis year, sistem sudah dibaikpulih (macam salah je istilah ni) so i must say I kind of
like d new system better..


except masa nak buat Penilaian or Assessment, forget d translation.
for whole my life, Penilaian means Ujian or Peperiksaan .
d time for teachers berdiam diri dan mengawai anak murid menjawab soalan dengan rasa berdebar x tau nak cakap la kan..
kat mesia bila exam mesti buat selaras, jadi feel cecekgu lain macam sket.

anyway, pbs is quite d opposite.
as much as i like PBS, i still couldnt find d best way to conduct d Penilaian (assessment).
i think i m d only je kot...

u see.. because we could do Penilaian on our own period, kita la jugak yang jadi invigilator, d kids x berenti2 bertanya..
bln 1-8 saya jawab beria..
now i m thinking..
dimanakah validity keputusan Penilaian itu?


So today, d kids did another written assessment.
I left them in d classroom n stayed in another room opposite d class.
of course i told them d reason why, n g jenguk2 quite so often.

10 mins before d bell rings i came  back.
u bet!
benda pertama they did was tanya soklan bertalu2..

me: PBS kan...  mana boleh cakap..
kids: satuuuuuu je.
me: susahla macam ni... kalau awak lepasi band ni pun, mungkin level awak x sama dengan pelajar sekolah lain
kids: alaaaaaa satuuuuuuuuu je..
me: ce bayangkan awak g sekolah lain nanti .... band sama tapi diorang lagi terer..
kids: x nak.. kitaorang tak nak pindah sekolah..
me

Thursday, September 19, 2013

DAH DAPAT!!!!!!

tu ayat cikgu afzam sambil menayangkan surat tawaran melanjutkan pelajaran yg dia baru terima.

dengan tidak bersalahnya saya pun menjerit sekali.
sebab kecil, i know how much he wish for it dan sebab besar few weeks ago, kitaorang check online (saya yang paksa, dia mmg x mau check masa tu sebab dah nak balik sangat) n jawapannya - nama ada tiada dalam data.

boleh x bayangkan betapa sangat bermaknanya berita itu kepada saya jugak..
kan?

saya nak amik gambar tapi at that time i was running against time. 
 becoz atas sebab2 yang merepek saya dah terkasi info yg x berapa pasti kpd d other friend, jd kenala  do something sebelum kena pangkah.

on second thot, 
saya akan cuba (sehabis baik) untuk mengambil gambo cikgu afzam besok.
dah namanya blog untuk kenangan di hari tua kan...
dan saya cuba mengheret kengkawannya sama.


harap2 berjaya:)
my only concern, if he will b busy, so makin kurangla kawan nak bercerita (diorang yang cerita, saya dengar je) since Man pun baru meninggal dunia. 




ok abaikan.

sekian. 

Of men and their cook (?)

 For d past years  saya sangat konpius.  
Knowing that I m single,   my Chinese friends (macamla ramai sangat most are makcik2 ye) pantang ada je dapat tau ada single man in my neighbourhood gigih diorang update. 
X kisahla lelaki Melayu ke Cina ke. Gigih!
Macamla taste saya 1Malaysia sangat hahaha.
Yang saya tak tahan nak dengar ayat ni, " aiyaaa.. u masak la, pergi hantar dia punya rumah.."

 Honestly,  while I really like them,  tapi geli-geleman saya dengar cadangan tu.
Konpem x mungkin terjadi. Huishhh!

Konpius   nombor dua bila many of my male friends (bajet macam ramai padahal ada dua tiga orang je pun) selalu cerita hal masak2.
Nope, they are happily married n not that soft type, if that you have in mind.
Mereka lelaki normal macam Aaron Aziz, Brad Pitt dan sewaktu dengannya.
Tu yang saya ada rasa sedih pilu sket coz  terer bebeno..

Satu hari, saya menguatkan semangat juang mencari pencerahan.
 Biasalah.. hanya kat sorang ni je yang saya berani tanya, ngan orang lain saya takut kena pangkah..

Me: Masak  jugak ke kat rumah?
Him: x. kenapa?
Me: Semua orang lelaki memasak ke? Tengok diorang tu cerita masak itu ini..
Him: Aku x. tapi taula masak. Dulu-dulu... pernah. 

Dulu-dulu might be referring tu zaman sebelum kawen kot. 

For him, dia shopping sesama on weekend n d wifey will cook daily.
I could sense he is proud of his wife culinary skills. Lucky her:) 

n he is d type yang balik makan di rumah. 
Standardla... dah masak sedap2 kan..
Perlu jugak dinyatakan, anything that makes him happy, I'll be happier too 
(macam x sesuai je ayat ni tapi ni ayat amik ati nak menjustifikasikan argument seterusnya.)

Dia pun cakapla beberapa masakan yang dia suka makan bila isteri dia masak..
tetiba saya terdengar suara saya sendiri, padahal mati-mati saya ingat saya cakap dalam hati je..

Me: susah tu nak masak semua tu..
Him: xlah.. kejapje aku tengok isteri aku masak..
Me: susahla... sangat remehla.. 
Him: selalu isteri aku masak cepat je siap...

Seriously, goreng ikan atau sayur masak air atau rebus pucuk ubi ke goreng ikan masin ke memangla senang. Tapi kot masak nasi beriani, gulai kambing, pulut kuning, nasi tomato ke waima nasi daging pun, gila susah ye kawan-kawan.  At least saya akan sentap kalau disuruh. 

Anyway, he was a bit defensive n  cakap selalunya dia makan biasa-biasa je, kenkadang je d wifey masak menu yang susah2 tu.  
Seperti selalu, kalau any of us  dah bernada defensif  i guess that's d time for d other party should stop arguing.
No point nak bickering sebab bukan saya yang kena masak pun.. hahaha

But still..
Juz because d spouse boleh memasak sepantas Superman, doesn't mean cooking is easy.

Well..
ada banyak benda yang berlegar2 dalam kepala saya ketika ini, tapi kalau cakap/tulis, it might do no good to any of us.

Happy cooking everyone.
Its gud to make someone else happy, no? 






Wednesday, September 18, 2013

of cakes..

Ari  Hahad lepas gigih saya baking cakes sebab nak pulangkan tapawer Fid.
Since my mom suka makan fruitcake yang saya buat, maka saya buat la another cake for her.
Gigih, padahal ada sekali je pun dia cakap cenggitu.. heh

On Tuesday, ada orang datang.
Alangkah berbunga2 hati ini (ayattt!!) bila tengok tinggal bekas je.
Saya speku misti  my bros yang bergotong royong habis. 

Hari ni saya buat kek lagi.
Fruitcake untuk my mom n choc chips  cake untuk dibawak to my workplace.

Saya harap diaorang x komplen macam2..
Else,  tahun 2015 nanti baru saya buat kek lagi..

By d way, dulu2 my bros suka bebeno komplen kot kitaorang masak2..
entahapa2ntah... makan je lah..
padahal mak selalu pesan, 
kot sedap makan banyak,.
x sedap makan sikit.

Sangat sengaja tu..

Sekian

Allah itu dekat





pic from google:)

Tuesday, September 17, 2013

khatijah dan sumayyah

lepas maghrib saya baca buku. niat hati nak bersukan tapi  rasa xder feel plak..

tajuk buku..
2002 duka kisah-kisah menyayat hati.
eh?

ini bukan entri book review.
cuma nak tulis dan tanya
korang tau tak orang pertama yang syahid sewaktu zaman Rasulullah ialah Sumayyah ibu kepada Ammar bin Yassir?
Kisah sedih ini dicatatkan dalam bab 5 yang bertajuk Summayyah diseksa oleh Abu Jahal.

Jahat  betul Abu Jahal ni...
ironinya orang pertama yang beriman pun wanita juga, Saidatina Khatijah.
Yang pertama sanggup mati syahid mempertahankan Islam pun wanita.
Girl Power!


hah?
syahid tu apa?
ok.. nanti sensenang ustazah tuisyenkan..

sekian.

Monday, September 16, 2013

meneka hatimu

perghhh tajuk sangat x ble blah..

it juz that ri tu ada orang tanya tice rasa sebenarnya dia suka saya ke x?
motif dia nak tanya kat tice dia yg boifren pun xder ni?

seperti dia kecik2 dulu saya ketawa jugak n tanya what makes she ask?

jadi ini citer dialah..
she knows dis guy, her colleague. he was a bit reserved but with her he is more open. they could talk hours n despite what ppl say about him, he always have time for her.

woww.. it sounds very NICE nampak sgt vocab teruk, nice je adjective saya kasi.

lelaki itu juga mengejutkan dia bila dia merajuk dia akan pujuk..

woowww... very NICe takat itu je pujian saya..

saya x tau pun apa rasanya dilayan lain daripada orang lain. kat malaysia kan ada 28juta. mana saya nak tau how ppl treat others behind my back. tu sgt macam citer hindustan, bila jumpa wanita idaman, otomatik hero berubah.
in term of pujuk memujuk, bila saya sedikit sentap ngan kawan2, tetiba dia jadi extra nice. tu kira pujuk ke?
kenkadang bila saya cakap lebih sikit, i could see muka diaorang berubah. jadi gigih lepas tu saya be extra nice to them. adakah itu bermaksud saya juga ada hati pada mereka?

jap... tapi ini bukan cerita saya..
so saya dengar lagi...
afterall saya pasti dia dah tau pun jawapannya.
she juz needs someone to listen.

but d only advice yang saya berani cakap hanyalah..
listen to your heart:)



sekian

Sunday, September 15, 2013

belajar agama x habis

1. aisha -4/5 thn dulu..
ecah: td lepas sembahyang ecah dah doakan mak andak
me: (sebak giler dowh)
nisa: ehh awak ambik wuduk pun salah tadi..,.


2. nisa - bula posa baru ni
nisa: ibu, ustazah cakap x ganti posa pun boleh. bayar beras je
ayah nisa: mana ko belajar ni! belajar x habis..., 

3. izlan - 2 minggu lepas
izlan : an x nak sembahyang kat rumah. nanti sampai mesjid an jamak la
mak dia: sapa nama ustazah yg ngajo ko ni? nanti mak talipon.,, kemain lagi

harga gula x naik, kerajaan masih ingin menolong rakyat

kejadian ni hari jemahat.
i went home early coz zailin x ble kuar keter because  her sandwiched between liza n i, n we both memang stay back on friday.

zailin punya pasal, terus saya balik..
n as usual kemas bilik n kemas lemari sebab ari tu saya spend 5minit kot nak cari tshirt yang decent.. sangat lama tu..

then saya dengar mr bros having lunch lepas balik semayang jemahat.
saya pun g dapur...

me: gula ke mak? (i know silly dumb dumb oke)
mak: ha ah.. saja nak salin dalam bekas
me: gula naik harga x mak?
mak: entah.... x tau pun.. naik ke?
me: orang tanya je,,. x tau jugak..
acho: x naik... gula x naik...
me: tu acho kata x naik... orang caya, dia yg rajin baca paper ari2
acho: x naik... kerajaan masih lagi ingin menolong rakyat,  yang menyokong dia ri tu, tu dia naikkan harga minyak 20sen JE..


sangat sesuatu adikku..
terus kitaorang x percaya..
n my mom n dia pun start teasing one another...

bagus bila kaler febret lenlain.
it adds more colour to life.

i love my mom.
despite she is BLue

oh.. KITA menang pestabola merdeka

sangat sesuatu kan. guna pronoun KItA. heh?
on our way from no18 last nite, we saw lots of ppl balik mesjid bersidai kat kedai tomyam hujung jalan.

d other fren n my other frens selalu g makan kat situ. saya tingin... tapi giler ke hapa... ujung umah saya tu... how i wished one day diorang akan tapau sambil cakap, sedap betul tomyam ce rasa.. gitu...


nampak x...
bila norizan citer pasal bola mesti kelaut.

so nik n abang dos dropped me home at no12 they continue their journey to klang.
even though they asked me to join them, but i refused.
bukan sebab nak tengok bola..
but because...

nak menstabilkan emosi mengemas n re-pack things.
n i didnt watch d  match either..
lawan myanmar je pun..

when i heard masa late night news WE won..
i was like..
ok..

gud job young tigers!

Saturday, September 14, 2013

jiran yang baik itu nombor dua

i am referring to 4 perkara yang membahagiakan orang mukmin wic i read somewhere many many years ago.
nombor satu- isteri yang solehah atau suami yang soleh,
nombor dua- jiran yang baik
nombor tiga-rumah yang luas
nombor empat-kenderaan yang baik

while my keter-cap-ayam had been a really gud company for 11 years, i must say whomever came to 12A for d first time misti cakap waaa besarnya rumah ni...
rumah tu sama je saiz ngan umah orang lain, tapi kot takat ada satu kerusi je n 2 rak buku, of cozz nampakla betapa luasnya ruang tamu yang sekangkang kera itu. still... saya bersyukur ada sebuah rumah untuk berteduh walaupun xder mesin basuh.

so far no 1 still belum ada lelaki soleh who finds me solehah enuff.  abaikan...


neway..
saya ada jiran yang baik:)
tadi ila came.
"akak nak g bila? minggu depan ila x balik sbb sharul g indon panjat gunung"

i dont expect she will ask, since kitaorang bertemu is like...
setahun 2,3  kali je kot.
last saya berbual ngan ila was.... awal thn dulu kot.
rasanya i wrote kat sini.
ker masa keter xder minyak hitam tu kot...

whatever it is.. i m glad ada jiran macam ila n dr sharul.

we don always see one another...
tapi dalam susah n senang selalunya we tried our best nak meluangkan masa...






sekian

untuk kayla

nik n family stopped by.
they bought pressure cooker, n gigih abang dos mengecheck..

aisha pun sibuk mengcheck jugek.
dia masuk bilik tetamu n jumpa hair band.

"tengok ni mak andak" dia mengadu

kekdahnya masa izlan n zudin datang sewaktu cuti raya diorang g main kat taman.
pas tu jumpa hair band tu.. gigih izlan bawak balik.
dia cakap nak kasi kayla.
heh?
panjang saya ceramah...  bab halal haram, tetiba je jadi ustazah...
ingat nk pulangkan d next day, tapi lupa...


so tadi abang dos stopped kat taman n aisha letakkan semula hairband tu..
harap2 tuanpunya sebenar akan jumpala semula..
harap2 anak2 saudara saya xkan ambil barang orang lagi, walaupun terjumpa kat tengah jalan...

masa kecik2 kalau ambik barang orang mak saya akan paksa pulangkan semula plus separuh hari kena ceramah... kenkadang seminggu pun belum tentu habis ulangan ceramah tu...


i wont make it easier to my anak2 sedara either...


sekian

Dr Hani n Adi

I was going out sebab nak alihkan keter-cap-ayam when I saw a silver car with a familiar plat number.

Dr Hani rupanya, nak tunjukkan rumah lama kepada anaknya Adi. 
x pernah saya terfikir akan berjumpa dengan Dr Hani lagi coz saya bukanlah jenis yang menyimpan nombor talipon ke hapa...
sangat surreal bila tengok both of them.

Lepas Adi lahir, saya memang ada datang melawat, then datang lagi sekali masa celebrate his first birthday. lepas tu Dr Hani sambung belajar n pindah , kuantan. 

One day, saya tengok ada penyewa baru datang bawak lori...
Begitulah betapa x mesra alamnya saya ngan jenjiran..
Jiran pindah pun x sedar, sebab saya pun selalu xder kat umah....


Boleh x bayangkan betapa terkejutnya bila tengok Dr Hani pagi tadi.
Adi pun dah besar dan tinggi...

I invited them in, tapi xderla apa yang dapat dimasak sebab peti ais memang kosong.
She laughed when I served ayo kotak n peanuts. 
yep, selain nescafe n susu anlene coklat, kat umah saya memang xder ayo yang sesuai nak dihidang pada kanak2..
tu yg saya kenkadang stress tu...

We talked about ourselves cenggitu..
n few things bla bla...

She didn't stay long coz  I have to get ready for a wedding.
We bid gudbye...
masa tu baru saya perasan...

me: kereta baru eh?
her: a'a... tapi plat sama..
me: akak ingat plat ni je td.. keretanya napa?
her: dah 7thn suami risau.. sebab ulang alik jauh kan...  

Untuk rekod, dulu keretanya Honda City. now Ford ...
saya  bab keter mmg lembab sket.. tp ada tulis titanium..
untuk rekod,
keter saya dah berusia 11thn ....
stress pulak bila jiran sebelah menyebelah kerja doktor eh...


Anyway... 
harap2 akan jumpa lagi..
td saya x teringatpun nk ambik nombor talipon..

Thursday, September 12, 2013

akhirnya 12 September pun menjelma

Its Sept 12th.
d last day to submit all d relevant details for visa thingy.
I was notified last Friday, n d letter followed yesterday.
Since mommy kasi tau surat tu sampai dengan skemanya... maka saya membukanya dengan sangat skema, membaca dengan penuh skema, dan pukul 6 petang saya menelan painkiller dengan skema jugak..
terus saya tidur selama 11 jam tanpa ada rasa nak bangun pun...

Tapi hari ini saya berazam nak jadi norizan adnan yang saya kenali.
Life is about options. 
Jadi hari ini saya pilih nak hidup gembira.

Instead of sarapan sensorang, saya makan berjemaah ngan azhar n shrul. 
Instead of duduk sensorang gigih saya bercakap ngan sesapa saja..
Instead of menangis, cerita x kelakar pun saya ketawa sungguh2...

n I tried my best x mo makan x berenti like I did since I learnt d horrible news.
tapi kan....
on my way to parking lot, 
d kids jerit2 panggil..
ustaz diorang bawak mangga muda, since they know tice diorang hantu mangga, gigih diorang memanggil ajak makan..

Might be Allah did not grant me my heart's desire, but isnt d gift of love enuff?
dapat kasih sayang x bertepi pun saya bersyukur sangat..


sekian

Wednesday, September 11, 2013

Congrats Zero!



it was on Sept 1.
Tapi baru tau last nite..
Neway..
Congrats!!!!!

Tuesday, September 10, 2013

harapan

1. I have submitted ALL Man's documents to d boss. Panjang saya berdoa sebelum tu mudahan2 saya x menyusahkan kawan saya dalam perhitungan di sana. d other friend cakap sabarla.. tapi entah... saya rasa macam nak selesaikan selesaikan cepat2, walaupun saya tau saya bukan nak fly pun...


2. melankolik giler...
Speaking about x sabar, dan2 kata cercaan (?) dari someone yang memang saya xkan sebut namanya lagi sebab x ingat pun terlintas difikiran..
"u memang x sabarkan? kalau boleh semua nak kejap2 tu jugak. u kena fahamla orang lain jugak."
masa tu saya menjawab kot, tapi kot peristiwa tu berulang semula saya x kan menjawab lagi.  Saya akan angkat kaki je kot. When ppl finds fault in you, that means he/she juz not meant to be. Period.

3. It was raining on n off today. The mood kind of sombre. Apalagi, d kids kind of mengambil kesempatan nak dozing off.  Gigih berkungfu, n I guess it paid off coz d kid yang selama ari ni kemain susah nak kosentret pun duduk tegak n finished off his task.
Sangat kagum dengan budak itu.

4. For some uncomprehensible reason, the water tumbler was such a drama. Tu kitaorang dapat hadiah, n each tumbler tu tulis nama kitaorang. I didnt open it until d other fren called yesterday petang,. pelik?
oooo I got his. heh? He got mine but with double O, xder hati saya nak mengambilnya. Rizlan was spelled as RIZLIN. then Yus was wrongly spelled too.  Szili has nothing to complain though.

5. We had panel's meeting. had to wait sebab x cukup kuorum. funny...

6. Mom makes d yummiest lunch today. Yes!


7. Sometimes, no matter how hard I tried, saya masih jugak belum dapat menerima kenyataan yang impian saya sejak berumur lapan tahun itu tak mungkin tercapai tahun ini. Orang misti cakap, mesti ada hikmahnya.
orang akan cakap lagi, ala...  ituinigitugini.
kalau saya jawab, nanti diorang kata saya suka melawan pulak...
tapi....

In time like this, saya cuma ingat kata2 kak K,
kalau yang kita nak tapi Allah x makbulkan, means ada la dosa kita x belum terampun.

Siapa lagi yang nak disalahkan, jika bukan diri sendiri...



sekian

Monday, September 09, 2013

takkanla nak kahwin mutaah plak kot....

I know.. tu lawak yang nak kena penampar ekspress..
I m talking about something which happens in my life lately.
Annoying n irritating.

I juz wasnt myself lately,
benda kecik2 pun saya hangin..
sangat x sesuai dengan kerjaya saya...

 Atas sebab2 yang sangat peribadi, I wont write d details here.
Might be in d near future saya boleh toleh ke belakang n ketawa berguling2... but right now ... sometimes I wished.... goshhh!!

While it is so easy to pin point to others (ko yang dpt gaji ribu riban tu kan... nego la betul2 ngan ministry tu... besides, dah nak fly sgt kan baru nak imposed rules...  )
I think, d best way is..


praying for miracle memperbaiki diri sendiri.
dan mungkin juga...

Sunday, September 08, 2013

ok Man... biar kita buat...

For  years thats what I used to say to him.
We r in d same panel, 
normally kot dia mintak tolong apa2 I would say as d entry title above.

Tapi dalam hal2 lain, selalunya dia yang akan tolong saya.
Guess thats y dia penah cakap,

"ko  ni kalau dengan pompuan kemain menyenyeh lagi... haishh... buat apa? kawan2 pompuan, betul2 aku simpan nombor Ijan je".. (ni skrip dia marah one of d colleagues yang gigih melayan pompuan di fesbuk hahah)

Tacing giler saya masa tu. Ada 2,3 orang lagi kat sofa masa tu...
X bersalahje orang tu kena sembur. haha!!

Anyway, on d Monday, Man mintak tolong marking kertas Fid.
I said NO n berlari2 balik sebab nak g JPN.


On Tuesday, Man tanya sesuatu, saya cakap x tak tau,
padahal boleh je saya baca n diskas sama2 like we used to do...
n saya balik awal... berlari2 pergi Tabung Haji.

On Wednesday, Mr Hamid mintak tolong coverkan something for Man.
Saya x nak buat.
 I told d other friend about it. He said something which I wont forget...
When I bumped into him Man kind of avoiding me.
Anyway, sudahnya saya buat jugak, but Fid yang siapkan n sent it.
Fid even went n sit beside him, 
me?
I was kind of mad n dont even want to look his way.

On Thursday morning, while teaching 4C, accidently, saya tersebut pasal Man.
 I must say I kind of sorry for what I did previously.
After class I was told Man was admitted.
U bet... d only thing I want is to say, "Man, kita mintak maaf tau.."

On Friday, I called his sister before I drove to school. 
When told Man still unconscious, saya rasa nak .... entah...
During my free time, I went to his table, n marking books yang dia belum sempat pulangkan.
Nanti kalau Man sihat takla Man stress sangat.


On Saturday, when I woke up, Uda told me Man dah xder...
Man?.

Man,
lepas balik dari rumah ko, kita terus g meja ko lagi.
kita janji akan siapkan SEMUA kerja yang ko x sempat tu, yang mana kita tahu la ye...
yang kita x reti, kita x buat tau.

errr...
kita harap ko lebih tenang di sana.

Friday, September 06, 2013

Sebulan yang lalu

Saya selalu tulis betapa tidak bersalahnya saya suka menyempit kalau Man bercerita. Cerita pasal sejarah duit syiling pun saya boleh ternganga2 mendengarnya. Cerita Man penuh fakta. Takder konar-konar punya.

Gambar ini diambil pada 2 Ogos 2013. 
Saya tersilap setting kamera tu dan idakla ada masa nak membetulkannya semula. 
Pada waktu itu, hari Jumaat, hari terakhir bekerja sebelum bercuti 2 minggu untuk cuti Hari Raya Aidilfitri.

Man duduk di hujung sambil memegang beg. 
Ini geng-geng Man berbual waktu kerja kalau ada masa free.  
Diorang kalau start  bukak thread  memang sangat melucukan ...
 tu yang saya gigih duduk menyempit tu..


By the way...
Gigih saya paksa diorang bergambo
Kengkononnya  masa tu saya dalam perancangan nak pergi jaaauhhhhhh...

It juz that,
semalam pagi Man diserang stroke.

Sehingga ke saat ini Man belum sedar lagi..
Bangun la Man....
Janganlah pergi mana2 Man..
kita rindu sangat nak dengar ko cerita...
sangat-sangat:(


Wednesday, September 04, 2013

al-fatihah..

Nik's mother-in-law passed away peacefully this afternoon after a long battle with...
errr... gosh...
she had been ill for quite sometimes.

My sister selalu puji emak mentua dia baik n x pernah nak membezakan anak menantu n cucu cucu. Saya pun rasa arwah baik orangnya... sangat soft spoken n selalu tersenyum.
Saya harap cucu cucu dia (yes korang la tu ) akan menurun sikap terpuji arwah.

She will be missed...
al fatihah.

step 10: dua suntikan itu

Pada ketika entry ini ditaip saya masih x dapat nak mengingat nama dua suntikan tu. Afterall it is optional, tapi sebab kalau suhu panas n berhabuk saya memang x tahan, so makcik saya cakap prevention is better than cure, kekdahnya...


Uda n I went to klinik jiran sebelah umah.
Jiran tu friendly jek tapi dah nak kena suntik, harusla muka saya ketat semacam.

Nak kena selak menyelak tu pun saya x berkenan gak.
both suntikan tu kat bahu.
Suntik kiri n kanan, d procedur took less than 10 minutes.
It costs us... well...

Honestly, we overheard someone kat Tabung Haji cakap RM190.
Guess I shud say I m grateful coz he charged both of us less than that.
*yeayyyy!*

oppsss..
Alhamdulillah.. semoga rezeki jiran saya tu akan bertambah. aminnnn..

He told uda d injection tu agak2 la sakit sikit.
I didnt feel anything yesterday.
Tapi hari ni tangan saya sengal2...
Nak buat kerja pun x larat..
Jadi saya mengambil kesempatan duduk menyempit dengar d other fren berbual ngan orang lain...


Btw.. step 9 saya skip dulu.
tiap kali teringat, saya akan menangis...


Sekian

Tuesday, September 03, 2013

harga RON95 naik duaposen jer....

It was yesterday,  gigih sana sini orang mengomen
pro gomen pun keluarkan data rege minyak negara ASEAN, perbandingan nak menunjukkan betapa murahnya minyak kat Malaysia, betapa bertuahnya ada subsidi bahan api.

Bolehke bagi subsidi banyak sangat?
If I m not mistaken, dalam tahun 2010, Idris Jala cakap, negara akan bankrap dalam masa 9 tahun jika teruskan subsidi.

Pas tu tetiba ada pemberian BRIM pulak...

perghhh...
senang jadi orang Malaysia,
kot boleh semua nak free, semua nak subsidi...
else... kita UBAH katanya...
Heh?