Thursday, September 26, 2013

Oh so bastard....


Mengikut kamus CollinCobuild,  bastard ialah istilah old fashioned  merujuk kepada anak-anak yang lahir tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Cakap Melayu dipanggil Anak Haram lepas tu ditukar jadi Anak Luar Nikah.
Definisi masih sama.


Istilah ini dikira offensive,  jadi euphemism  yang diberikan ialah Love Child. Mengikut kamus etimologi, istilah itu mula digunapakai pada tahun 1805. Sebelum itu istilahnya ialah Love Brat. 
Semenjak dua menjak ini di Malaysia sudah ditukar kepada istilah Anak Tidak Sah Taraf.
Perghhh panjangnya.


Menurut Jawatankuasa Fatwa
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan mengenai Anak Tak Sah Taraf. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut: 
 
a. Anak Tak Sah Taraf ialah:
 
  1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.
     
  2. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).
b. Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.


It just that...
Kebetulan saya makan dan dengar orang bersembang. Nak tanya saya takut nanti satu kampung tau...So saya seek clarification from d other friend, since Azuan was there, so gigih diorang updates.
Semakin saya dengar, semakin stress dibuatnya...
Walaupun saya sangat kasihan dan tidak sedikit pun ada rasa nak berlaku tidak adil kepada anak-anak kecil yang tidak berdosa, tapi saya fikir alangkah baiknya kalau Bastard dan Anak Haram itu kekal dalam kamus.
Mudah-mudahan Allah tak terbalikkan hati saya pulak..


Sekian

No comments: