Saturday, November 30, 2013

Aliff Farhan@ombakmenghempaspantai

Hari ini Aliff kahwin. Saya sangat suka nama isteri dia.
Saya kenal Aliff sejak umurnya 14 tahun. Kenangan paling tak dapat dilupakan tentulah sewaktu umurnya 16, saya tadah telinga mendengar maknya yang tengah stress sebab Aliff hari hari talipon nak berhenti belajar kat Sekolah Teknik.
Habis dicerita dari saat  awal kehamilan, saat kelahiran, zaman tadika, sekolah rendah, masuk asrama masa tingkatan satu, talipon suruh ambil sebab tak mau lagi duduk asrama selama beberapa minggu, ... haishhh
panjang sejarahnya...
Ironinya hari ini perkahwinan Aliff diraikan di Kolej Vokasional  Manjung yang sejarahnya bermula dengan sekolah teknik.
(pstttt... sangat sesuatu kan. .. hahhahahah)

Kali terakhir berjumpa Aliff, tahun 2010 rasanya. Satu maghrib yang tenang, saya lapar, ternampak Aliff sedang berchatting di Facebook. Saya tulis mesej, bertanyakan jika emaknya ada di rumah. Kak Jah masak sedap jugak.. tapi tiada di rumah,  Aliff cakap diapun belum makan.

Jadi kitaorang keluar makan bertiga, kebetulan Azwan, rakan sebayanya pun ada. Sungguh kagum melihat mereka berdua sudah besar panjang.

Lepas itu, kami hanya berhubung di facebook saja. Sewaktu itu barulah saya sedar, Aliff puitis orangnya. Bahasanya berseni, indah di lidah, halwa di mata, embun  dihati.

Justeru, bila menulis entri kali ini, saya cuba tidak sembrono dalam penulisan. Gerun jika Aliff melintas diblog ini.

Tahniah Aliff.
Samudera sangat luas, layar masih teguh, sauh sudah diangkat, selamat belayar nakhoda.

p/s Aliff's facebook id is ombak menghempas pantai
p p/s x sempat bergambar dengan Aliff, pengantin bizi
pp p/s sesiapa yang ada resepi nak buat karipap pusing cenggini, tolong kasi tau.. sangaaaaat bestest!

Friday, November 29, 2013

Setiap kali sedih saya akan tengok gambar ni..

Fokuskan di bahagian abdomen itu..
Warrrghhh...

Resulted bila g umah orang kawin pun, saya x mau bergambar lagi..
Until I get back d flat tyre tu.
(pleaseeeeeeeeeeee)

Today Mommy, Uda n I went to  Intan's wedding. The food was great, n d bride is sooo stunning n. .. slim.
Goshhh.. kot saya bergambar mesti nampak macam gergasi..

Congrats Intan n hubby.
May u live happily ever after..

Sementara itu..
Saya akan berusaha bertungkus lumus to shed excessive fat which haunted me since March 2012..
Rasa macam boleh kot...
(ayat x yakin)

Mesti boleh la...
Seploh kilo je kot....
(bajet sangat bermotivasi)

Ada sesiapa nampak goggle Mak Andak x?
Kena start berenang nampaknya..

Kenangan di hari tua.

Saya rasa, harta yang banyak pun takkan sama nilainya
dengan kasih sayang.

Isn't it wunnerful bila orang ingat hari istimewa kita?
Baguss bebudak ni.
Pandai menghargai dan tunjukkan kasih sayang yang tak bertepi...

Cuma yang makcik konpiuss tu..
bukan hari jadi orang tu ari Selasa tu ari ke?

"Pagi Selasa hujan lebat kan... Rabu ngan Kamis bukan semua orang datang training, Ok apa celebrate Jemaat"
I m sure this would b their answer.

Kids!

p/s As usual I was not invited, so saya amik gambar ni dari facebook wall diorang.

Sekian.

Thursday, November 28, 2013

Gigih!

Yesterday Uda n I was on a shopping spree mission.
Before that we stopped at KL gallery.
Semata2 sebab saya nak tunjuk orang buat kraf tu.
Sangat kagum!
Selama ni bila kitaorang pergi obersi (sekali dua je pun tapi cerita bertahun x habis) mesti diorang bawa ke tempat cenggini. We were so impressed, tapi nak beli tak mampu..

Rasanya,  kot saya turun KL misti saya g kesini lagi.
Cantikkkk gilerr kraf tu..
Tapi.. nak beli macam. .
errrr d one that I have in mind tu rasanya memang I could not afford it.

Maybe someday...

Wednesday, November 27, 2013

I love Coach

Who doesn't?
Of course I am referring to that Coach.

I love this cake too, because of the green n white circle which quite similar tu green moon flag.
Unfortunately, I think d black shoe is hideous. Why only one? Why soccer boot?
Why not spike? or maybe a Coach handbag (heh?)

Anyway... enough on questions.
Happy birthday Coach.
whoever u r...
wish happiness b urs, in this life and hereafter...

urs,
kengkawan

Tuesday, November 26, 2013

Gerimis Mengundang:-)

It was raining heavily since morning, but nope that is not meant by the title.
I had a quick lunch with Shafik n his sister. I think I will miss him n his batch badly.
We had a long talk over chicken pizza. The pizza was divine n d talk always a pleasure.
Gerimis mengundang adalah tajuk kat redio Sinar on my way back to no18. Saya takder stesyen radio pebret, ri ni rasa nak dengar suara Abby. Itu saja sebabnya.
She invited a lawyer named Amir to talk about divorce. Sangat ironi kan musim orang kahwin ni sebok nak berbincang hal sesedih, sebab itu diorang namakan slot tu Gerimis Mengundang. The lawyer even sang d opening, walaupun agak sumbang I must say that might be d reason saya dengar slot tu. Very creative way discussing horrible topic.
Selain daripada istilah Fasakh, Sulk, Talak dan errr ada lagi satu tapi dah lupa ada dua perkara yang d lawyer tu sebut dan sangat sangat. .. errr sangat apa ntah..
Actually he responded to a caller yang cakap her niece punya kes penceraian dah berlarutan sampai 3 tahun.
Ni la kata-kata dia yang saya rasa sangat-sangat. ..... (fill in d blank)
He said, sepatutnya bercerai tak susah (he did mention penceraian adalah perkara yang paling dibenci oleh Allah). Paling afdhal, make it persetujuan bersama,  prepared d terms tunjukkan pada hakim, terus settle. Yang jadi susah bila xder komunikasi daripada dua pihak. Sebelah pihak dengan sengaja ingin melambatkan "kerana kehangatan masih terasa".
Well.. I thought it refers to rasa sayang, rupanya maksudnya hangat hati, so to speak. As he put it, bila perkahwinan itu di bawah kuasa mahkamah untuk dibubarkan, mahkamah perlulah ada bukti yang cukup sebelum boleh bubarkan.  Nak kumpulkan bukti, needs both party co-operation. Kalau satu pihak sengaja nak lewatkan dengan niat dendam, tu yang jadi lama..
" Tapi kena ingat, sekarang masa kita berkuasa kita lengah-lengahkan tuntutan orang.. esok2 masa kita nak mati Allah tunjukkan balik semuanya pada kita." lebih kurang gitu kot d lawyer tu cakap.
Tak pasal-pasal saya terbayangkan orang yang nazak dan azabnya nak tunggu saat Malaikat maut cabut nyawa.
While it was a norm dengar orang cakap nanti Allah balas ke gitu ke, tapi there is something dalam ayatnya yang tersusun, diksi yang tepat dan intonasi yang jelas dan terang membuatkan saya rasa macam...
Sangat seram kot..
Sekian.

Monday, November 25, 2013

biarlah kot ayah dia nak kasi mini cooper pun....

I know, entri ini sangat tertinggal keretapi. I read about d news via facebook a day after UPSR result was announced but I did not give any comment because...wehhhh duit dia kan...

It just that today while googling about soalan SPM bocor I found a forum discussing that news.
Some r positive but then, kata kata nista yang saya rasa macam sedikit tersentuh tu...

"Harap2 adik ni tak sebodoh mak pak dia"
goshhh... d u know d parents personally?

I don't.
But one of my siblings is close to them.
So far tak pernah pun my sibling tu cakap yang buruk about d couple. They went for a holiday together, n the couple sangat berbudi tinggi.
My sibling (tak maula cakap mana satu) dah kenal mereka sejak 12 tahun yang lalu selepas dia tamat belajar kat U.
Lama kan... n their friendships r going strong.

Ayah budak tu, walaupun hanya bekerja sebagai penjual ayam, tapi dia memang bekerja keras. Saya pasti dia bukan nak menunjuk-nunjuk pada orang ramai bila dia kasi mini cooper pada anaknya.
Itu adalah cara dia menunjukkan kasih sayang pada ahli keluarga.

Dia memang macam tu. Tak kisah berhabis duit untuk ahli keluarga.
Ini cerita epik dari my sibling. ..

'lu tau x, satu hari ada orang cakap ngan Juki, "apahal takat beli isteri beg Coach je".  Padahal isteri dia bukan nak pun... dia humble je...".

Honestly, my sibling tu cakap, d wifey tu bukan la jenis yang ada beg Coach terus update status. Sangat humble ok.
Padahal entah penuh lemari kot..
Nope.. they got taste. I dont think diorang beli imitation...

Kebetulan satu masa tu diorang turun KL sebab nak antar mak diorang g umrah, so Juki pun masukla butik Chanel ke Hermes. Saya x ingat sangat, tapi memang bukan Coach. Saya pun x tau sebab nak masuk butik Coach pun kaki saya wobbling ini kan butik yang cenggituu.. mau demam x kebah kot...

"Lu tau la... Juki kot nak beli apa 2 suka suruh Syikin  yang tukang cakap" my sibling tu cerita. Syikin is his sister who currently is doing her PhD. Sengaja saya tekankan PhD tu.. Kau ada?

"orang tu  kata 7" Syikin kasi tau Juki.
"7 apa?  7 ratus ke, 7 ribuke, 70 ribu ke, tanya molek" Juki suruh Syikin lagi..

"Berani dia kan? Masuk kedai gitu.. mahal siotttt" saya mencelah cerita my sibling.

" Syikin pun cuak juga.. level kita x mampu sehhh... dia tanyala. .. orang tu cakap 7ribu"  my sibling sambung. " Ko tau.. Juki cakap, takat 7ribu boleh la...".

" mak aihh dia beli ke? cantik x?" saya memang berbakat tanya soalan silly dumb dumb.nn

" ko gilerrrrrrrrrrrr? misti la cantik gilerrrrrr" bulat mata my sibling.. automatically jawapannya YA, DIA BELI HENBEG REGA 7K itu.

"bertuahhhnyaaaa isteri dia.. seronokkknya.. " masa saya tulis ni saya lupa pulak nama isteri dia apa...

" takk... isteri dia x kasi beli sebenarnya... dia cakap membazir sebab mahal sangat.".. my sibling cakap.

Told u, isteri dia bukanlah gila barang branded.  Nak menunjuk memang tidak la. The husband tu pun rasanya bukan tau pun apa brand handbag yang femes, dia cuma nak kasi yang terbaik je untuk isteri dia.

So far saya belum jumpa lagi orang suami yang sanggup belikan handbag sampai 7k untuk isteri, selain dari Juki n Datuk K. hehe...
Either sebab tak mampu n sebab rasa  x berbaloi nak spend sebanyak itu kat isteri.
Padahal pengorbanan isteri mengurus rumahtangga punya la azab... Sampai nak keluar shopping pun x puas sebab dahla rushing,  kalau lambat muka suami sure kelat, sambil tu kena jugak bawak anak2... x kosentret ok..

For those mengutuk tu... saya cuma nak tanya..
if u r a man, pernah x awak keluar duit hantar parents g Mekah n belikan mak/isteri henbeg rege 7k tanpa membebel bunyi macam kaula lelaki paling teraniaya dalam abad ini?
if u r a woman, pernah x awak dapat hadiah dari spouse/brother/male friend  kereta mini cooper waima kereta cap ayam sekalipun?

If d answer is NO. Shut up ok..
If d answer is YES, waaa. . u r so lucky.

Ada orang cakappp je sayang, tapi berkira ya Rabbi..

Itu je. Sekian.

Sunday, November 24, 2013

Cerita semalam yang agak. ..

Agak -agakla..

#1. Dia ni kerja apa pun ye?
Supposed kena hantar dokumen. Lepas subuh saya dah mula bekerja. Halfway otak saya blurred.
every one ke everyone?
Saya punggah rumah cari kamus. ilekk.  internet x leh access.
Saya intai jiran depan n sebelah menyebelah. Perghhh cuti kan, semua tutup je.
Tetiba dengar pintu belakang jiran no 12 dibuka. Gigih saya meluru keluar..

me: ehh adikk.. rumah sebelah ni ada kamus x?
him: x taula... kena tanya doc la..
me: ooo menyusahkan diorang je kot... tapi akak kena send benda alah ni pagi ni..
him: saya x tau la ada ke... nak cari apa?
me: nak check spelling je.. best friend  n every one tu satu ke dua word?
him: (sambil kerut kening sikit) dua dua satu...
me: oooo really? thnx adik..

There's something when he pronounced d word, terus saya percaya. Kerja apa adik ni sebenarnya?
By the way... lately saya memang panggil semua orang adik. Save me d trouble jadi bahan gossip.
heh?
Perlu gak di tulis, mata adik ni brown okeh. Tapi tak perasan pulak kening dia cemana.. hikhik..
-------------------------------------

2. Am I that young?

At work (yup semalam saya kerja) gigih saya tak angkat muka sebab nak siapkan kerja. There were 11 of us. I purposely don wan to have break with d rest, sebab nak mengelak bersembang takut kerja tak siap.
Perlu juga ditulis, there were plenty of food yesterday. Josephine brought roti canai enough to feed a batallion of army, Chan brought papaya n rambutans from Kak Sarina's orchard. Zalina sponsored curry puff, kuih lapis n sausage bun. There were  a tin of weetameal biscuits from Kak Nani, two types of gardenia bread lebihan semalamnya n to top it all Du prepared scrumptioud Nasi Arab for us. It was divine.
Lupa nak cakap, kek pisang kurang manis tu pun ada, diorang makan x komplen pun:-)

After Zohor saya pun makan, joined by Kak Mizan. Saya pun tanya about her recent trip to holy city.
Pas tu Kak Nani pun datang. Over a cuppa hot nescafe, Kak Mizan told us how  wonderful d trip was.

Kak Nani: Izan.. pergila umrah ke haji waktu muda... kat sana nanti bukan senang..
Kak Mizan: ooo Kak Nani pun dah pergi? umrah ke haji?
Kak Nani: umrah...  bukan plan pun... hadiah untuk anak dapat result bagus pmr
Me: ooo dua tahun lepas  eh.. now dia spm? how wonderful..
Kak Nani: tu la nak pesan ngan Izan.. pergilah waktu muda ni...

Nampak tak?
Waktu muda katanya, padahal saya ngan Kak Mizan beza setahun je.
Sebenarnya sejak gagal menunaikan fardhu haji tahun ni, saya sangat stress dan asyik makan x berenti je. Resulted saya dah tak muat nak pakai jeans n khakis dah. Terpaksala saya pakai skirt je. I think I looked like makcik-makcik.
I did look like makcik rasanya, dengan badan yang semakin bulat ini.

Macam sesuatu je bila saya tulis pasal haji kat perenggan di atas.
Selain dari selalu dikatakan nampak muda (yang dalam hal tertentu saya agak tersungging juga), I am so used disalah sangka dalam banyak perkara.

I remembered once, masa saya undergrad, seorang budak tudung labuh tu bercakap pun x mo, but then when one day I came to d mosque with my tudung labuh friend, boleh pulak dia sembang lelama ngan my friend. D funniest thing even though my friend tried to include me in d conversation, dia still bercakap x pandang muka saya.
Pelik eh.. d only time kita terserempak masa solat kat mesjid je, so chances dia nak memulaukan saya sebab perangai buruk memang xder kot. Lagipun masa tu bukan ada fesbuk pun, x kan la dia kenal saya pun, but then tu mesjid kan.. agak agakla. .
Saya speku dia jijik sebab saya pakai seluar jeans koyak-koyak n x pakai sarung kaki. huishh.

Kalau penghinaannya tu membuatkan saya balik berlari-lari nak pakai tudung labuh, memang tidaklah.
Atau saya merajuk tak mau sembahyang kat mesjid lagi, memang silap banyak jugak..
Atau saya nak bawa cerita betapa fake perangai orang bertudung labuh, konfem tidak. I dont even know her name, n I couldnt care less. Even after that we bumped into one another quite often, kalau it happened I prayed next to her, saya salam je. Then cauu.

Kenapa kita nak labelled orang melalui pakaiannya?
Atau senyumannya yang manis?
Atau tutur kata yang sopan dan bersari madu?
Atau... atau apa-apa sajalah...

Pentingke pandangan orang tentang kita?
Honestly.. dah lama saya x peduli sebenarnya...

Tapi saya x pernah cukur kening seumur hidup.
Sebab yang tu ustazah dah ajar memang haram, masa kecik lagi.
Ustazah pun dah ajar, buat sesuatu biarlah lillahitaala.
(sempatt lagi tuuuu)

Saya rasa ada dua kali kot saya betul2 nak upgrade tudung kasi labuh sikit.
D first time tahun 2002. Tak jadi, sebab bila saya kasi kain kat Nora suruh jahitkan, dia ketawakan pulak sebab saya beli kain bidang 45" instead of 60". Ada dua saiz ke? mana nak tau..Laa.... terus saya x jadi..

Second time, saya segan nak tulis...
Suffice to sayd time will come..
sementara itu, bolehla saya tadah telinga dikatakan muda beliee.

Ok apa mudee belieeee..

Soalan SPM bocor?

KALAU  betul-betul bocor..
1) pelajar hangin gilerrrr sebab kena re-sit peperiksaan semula. Kasut sekolah pun tak tau kat mana dah...
2) parents kena tambah duit belanja sekolah satu hari lagi... wehhhh paling kurang RM10 tu sekali dengan tambang pergi sekolah. Nak claim dengan siapa ni?
3) Cikgu pengawas sangat tertekan, tambah lagi satu hari, habis anak isteri bising, "cuti sekolah pun kerja  tak habis habis ke? Dahla pukul 3 pagi menghadap laptop isi semua data PBS ".. kan?
4) Pakcik pengemas dewan pun marah jugak, " pakcik udah booked teket kapei terobang.. ate udah cenggini, kene keroje le".
5)makcik tukang sapu pun kena kerja lebih masa, padahal baru dia rancang nak tanam pokok bunga kat keliling sekolah, sekarang terpaksala dia bersabar,  buat kerja yang senyap sikit. Kot idak bebudak   kosentret bila ada bunyi sewaktu peperiksaan berjalan.
6)Makcik kantin kat sekolah saya mesti tak gembira. Lari schedule musim cuti diorang sebab kena kerja sehari lebih.
7) Pemeriksa kertas subjek yang bocor tu mesti marah yang tidak terhingga. Kalau lambat peperiksaan bermula, bila masa pula nak menyemaknya? Kalau tertunda sampai sessi persekolahan tahun depan,  wuishhhhhhhh ributla. . Pas tu... hari tu dah penat bagi tuisyen kat kids sebelum
8) Makcik dewan makan kat sekolah berasrama pun stressed out.
9) Adik beradik calon pun marah jugak (korang la tu) sebab kena cover buat kerja rumah calon yang harus menumpukan perhatian kepada peperiksaan itu (awak la tu Kak Long)
10)Yang ramai orang overlook, jenuhla kengkawan bayar bil talipon bulan ni, sebab menalipon d kids yang dah bertebaran mencari kerja atau memang dah tak ada feel nak pakai baju sekolah? Laaa kan talipon sekolah ada? u might ask..
Welcome to reality peeps. Bebudak sekarang tak mau angkat talipon kalau tau itu dari sekolah, sebab automatically dia tau niat sepenalipon. (kesian kawan saya, Fid)
11) Perbelanjaan kerajaan bertambah, cetak semula, pengangkutan, taklimat, pengawasan dan penyemakan. Waa can we really afford this?
12) Officers from LPM tak tidur malam kot...

Berapa sebenarnya sipembocor (if any) tu dapat ganjaran?
Berbaloi tak dengan maki-makian yang bakal dituturkan oleh 12 entiti yang tersenarai di atas?
Kejap... betul ke semua soalan dicetak di Cambridge? Macam.... ok..
Abaikan.

Kalau betul bocor, kasi dia hukuman yang teruk-teruk sampai matipun orang takkan lupa.
Dia dah menyusahkan ramai orang, wajarlah dia tanggung akibatnya.

On second thought..
Janganlah re-sit...
Dah lama Mak Andak tak jumpa awak Kak Long... sob sob..

Friday, November 22, 2013

Janganlah ada hasad dengki katanya...

This friend of mine memang saya respek giler coz tinggi ilmu agamanya. Saya menyedarinya sebab satu hari saya menyempit dengar dia kasi tazkirah. Orang yang fefeling terer bab agama wud definite sound fake when it comes to tazkirah. Bab2 agama, x payah nak wayang. She is good, despite tudung dia pendek je.

Of course, lepas tu saya CSI, suffice to say, my admiration grew.

Baik budi pulak tu, selalu kasi saya tips memasak spag, buat cheese tart n kasi gel untuk buat cheesecake. She is a good cook too.

For someone yang berbudi, she suprised me when one day I caught her mengumpat dengan d person who sat next to her.
Bersungguh tu... sampai saya kat tepi ni pun teruja nak pasang telinga.
It was  last year, early in the morning when we were attending a course.

"Korang ngumpat sapa ni?" saya tanya bisik2.
" si XY tu la... wehhh sensenang je dia tu...." She answered, muka x puas hati.
" Ada hal kot dia. Kita x campur ye"  macam skema je saya jawab.. bunyi macam sesuci embun pagi.. fefeling. ..
"Tau... dah awak kawan baik dia..." kawan yang sebelah tu buat muka lagi x puas hati, sambil senaraikan orang lain yang juga x tahan dengan orang dia umpat tu..

Gigih tu... x baik buruk sangka...

This year,  d list jadi makin panjang.
Padahal saya cuma tanyakan pandangan how to handle a certain task pada someone. "Dont trust anyone" orang tu jawab sambil relate her experience handling d task year before. I found it rather exaggerating n a wee bit defaming,  jadi saya tanya orang lain who r dealing with d task too, every one had bad experience with her. 
So bad that all of them swear, they dont even want to work with her again.

Ganas... x baik gitu, that was what I told myself la kan..

One day, I was performing my dhuha when 3 ladies x habis2 mengumpat. Saya rasa diorang x kisah bising tepi orang sembahyang, sebab tu dhuha je pun. Fefeling wanita lindungan kaabah, saya pun tanya si pemula cerita, "how may I help?"
Reasons
a) dia ( sipemula cerita itu) x pernah marah tu pun sekali saya tgk dia beria hangin. lagipun dia selalu tolong saya. baik dia ni.
b) kawan2 lain yang mengapi2 tu napa? beria diorang cakap org tu kerjanya asyik nengok fesbuk je. Cettt!
c) saya stress masa tu, x larat nak dengar orang bising2.

I did help, tapi I do not know to what extend. In d end, tolong sesikit je. Something to be sure, those swore, they did not want to work with her ever.

And today, another person, said d same. Yang ni lagi ganas. Dia cakap nak tumbuk je muka orang tu over 3 incidents.. wohooo

Finally, I learnt my lesson.
I thot it was inconsiderate of her to overlook something which affected my schedule.
when I asked her to rectify, instead of apologized for her mistake, dia pegi pulak blame orang tu orang ni.
Ko budu* ke teng*n?

"dia ni x pernah buat kerja ke hapa?" saya mengadu pada seseorang.
"tapi kan dia kawan baik dengan norizan adnan?" dia tanya sambil tersenyum. Heh?
"mana ada, kawan baik kita anuar zain je kot (bukan nama sebenar)" terus saya awkward n x jadi nak hangin dah.
Ironically, kawan tu pun had something bad to say about her.

Goshhh... watizit with u pipel?

"Ni aku nak pesan .. Pompuan, jaangannn malas. Buruk!".. x pasal saya kena tazkirah.
Saya tulis kat sini, supaya x lupa.

As for her, later that night, she updated her status, "jangan ingat awk sorang je sibuk?" n she pasted quotes yang kesudahannya Jangan ada perasan hasad dengki summore.

Mana datang cerita sibuk n hasad dengki semua ni?
isunya dia x buat kerja, menyusahkan saya dan x pulak rectify tapi duk babitkan orang tu orang ni.
"Dah. .. jangan nak dilayan orang cenggitu, nanti awak terbabit sama", mak saya cakap, when I told her.

Cuma saya berdoa, janganlah any of d kids, my nieces, my siblings, my cousins or any women, myself included, jadi pemalas yang teramat.

As one of  my friends put it ( laser tu bang!),
BURUK!!!

nota kaki:  entry ini ditulis looong time ago when saya xder kerjaya.
After debated whether to post or not to, I decided to put it up, as a reminder to myself that somehow, no matter bersungguh sangat nak berbaik sangka, fefeling cam bagusssje n I shud listen to d majority.
A rat would smell nothing but a rat.
If everybody could sniff, there must be something wrong somewhere if you don't.

Banana Cake Less Sweet

Do you like banana cake?
I don't.
It just that, last week there were ripen bananas in d kitchen and since they were so beautiful, tak sampai hati nak biarkan.

"Siapa yang nak makan nanti?" mommy asked. Cett...In d end, I really have no idea what had happened to those bananas.

Tonight, I baked yummy banana cakes. Seriously yummilicious!
Sengaja saya bakar dalam dua loyang. One is for my teammates n one is for me to taste.
Kalau x sedap langsung, awal-awal dah saya lejangkan.

It is so moist n less sweet walaupun paras rupanya tidak seberapa.
Hopefully my friends will like it.
Kalau semua orang x mo makan, saya nangis kot...

Anyway.. I paste here d pic of d cakes n my current teammates.
Well, today Hillary n Tom from Cambridge came for a short visit.
They really had brighten up our day.

Tetiba saya rasa biru mata hitamku.
Night pipel:-)

Monday, November 18, 2013

Pandanglah muka ni puas2...

Perghhh ayat...

So, today I m on duty, d kids r having maths exam.
Asked them to stand up straight n listen to their teacher's advise

" for d last time ok.., next year awak x perlu beratur pun".. saja I stressed on next year..
turn out Sham, one of d latecomers, cakap..

macam kata tajuk entry.
cettt....

uda is coming back

Baby sent this pic on Saturday,  d flight was ahead of scheduled
A bliss.

She came back to no18 after zohor yesterday.
We talked macamla dah bertahun tak jumpa.
padahal..
42 hari je.
Welcome home Uda.

Friday, November 15, 2013

Saya tak nampak pun kening dia..

Hahaha..

Final day, and the kids had their Year-End-Play.
As usual, kids ... of course we  have to ensure everything is in place from A-Z.
If they can do on their own without me monitoring, tu tanda-tanda awal I'll be out of job.
Glad they still need me though.

Photos had been uploaded via Insta. Might take time nak upload here dengan internet yang super snail-pace ini.

Once finished, while waiting for the kids berkemas,  I updated the kids PBS mark. That was when a lady in red t-shirt came. Very nice lady indeed, we didn't talk much, since she was in hurry, d kids helped her out though- taking her daughter's books.

When it comes to mengingat muka orang, saya memang ada sikit lembab. I don't think I'll remember how that lady look like and if I ever meet her somewhere, I might not recognise her. 

Tapi kawan saya tu ingat..
Sebab dia tanya either I see that lady or not. Told him I did la kan..

Him: Apahal macam tu?
Me: Macam apa? ok je..
Him: Mengancam.. aku sembang pun x pandang muka.. kening dia pun..

Well..
That particular lady lost her husband in a fatal accident few months ago. 
We bumped into one another in 2011, masa tu saya pergi ke rumah ibunya, sebab adiknya ponteng sekolah. Jadi saya tak rasa pakaian dia makin mengancam  selepas menjadi janda.
Dulupun seingat saya cenggitu jugak  bajunya.

Saya tak ingat pun kening dia berpantis atau tidak masa tahun 2011 tu. Masa jumpa hari ni pun saya tak tak tengok jugak.
Tapi kawan saya tu yang kata dia bercakap sambil tak pandang muka tu, boleh nampak pulak kening orang tu..

Men!

Wednesday, November 13, 2013

D bitter n d sweet

Pantang dijemput, mistila saya cakap  I am in.
D invite was on Monday.
I was having a bad day today coz doing things at d eleventh hour habis tunggang langgang pengiraan, dah sememangnya la bab kira mengira saya memang ada sikit kureng!
Tapi teguran mereka tidak sedikitpun menyakitkan hati, which is a bless.
Despite it was announced loud n clear.. eh.. but I chose not to ambik hati.
Afterall, my fault!
Yang saya buat last minute tu kenapa?
I would rather they point out my mistake now, than kena komplen ngan public later.
Skipped lunch coz I determined not to not make others wait for me.
By 3p.m. we could wrap up.
Everyone is happy. A bliss.
Sebenarnya at 1p.m Sis Prema dah ingatkan suruh solat, tapi masa balik tu la baru saya g sembahyangnya pun. She waited  n later we went home together. As usual, it was fun talking to her.
Lepas hantar Sis Prema, went straight to KFC.
Majlis diorang start kol 3 n saya sampai kol 3.45p.m.
It was so sweet of them to wait for me...
When d teacher said something..l goshhhh..
makcik terharu okeh...

Monday, November 11, 2013

I wished I could write something funny....

I found it errr.. funny kot
when a certain friend yang cakap dia pernah belajar pasal body language(dont guess.. u wont know).
tetiba ri ni cakap macam segan2 pulak.
Cett...
terus saya tertanya2..
what have I do wrong?
(read: saya x bersalah!)

I wonder. .
Is there anything I don't know? Care to share?
Don't worry.
Rahsia kita berdua..

Apsal kot nak suruh orang cakap sesuatu misti diakhiri dengan Rahsia Kita Berdua?
Bila nak mintak tolong sesuatu misti cakap, " kataaa I love u... takkan tak boleh tolong kot"
Once orang gave u favour, " thanxxx.. I love u too".
Perghh.. flowery giler..

ok...
tajuk entry, opening and closure sangat not synchronized.
sometimes, d guessing games really not good for our sound judgement.

Sekian.

Sunday, November 10, 2013

red brooch 2006

I got a tiny yet beautiful brooch for teacher's day gift during that year.
Agak terharu, considering it was from a BOY n kelas agak hujung pulak tu.
Saya selalu ingat tentang hadiah tu, sebab saya betul-betul x sangka that particular boy wud appreciate me.
Honestly.. jaraaaang je students ingat nak kasi hadiah... sedih eh....
Nak kata dia minat sangat dengan subjek yang saya ajar, idak jugak..

Hari ni baru saya tahu..

We had a farewell lunch @MerantiCafe Hotspring.
The food was superb! d ambience memang first class, tapi saya x amik gambar sebab saya gumuk n I dont feel comfortable bercamwhore dengan saiz gergasi ini.

On our way out a friend yelled, asked me to see a certain waiter.
Laa... it was him, looking all grown up in his uniform.

Me: Fitri... ( pstt I look up at his nametag ok) saya masih simpan brooch yang awak kasi dulu
Fitri: Saya tanya diorang tadi, cikgu datang ke x...

Really? but he called me cikgu, so I guessed entah dia ingat betul entah tidak tu..
Entah2 saja ambik hati...

Then we talked about hal2 dahulu kala until he asked, betulke I still keep his present. Told him I did, tapi dah rosak pun, but his sweet gesture sentiasa saya kenang. So to speak la kan..

" Saya kasi hadiah sebab cikgu yang jaga masa pengsan. Lepas main bola ada perhimpunan, masa tu la pengsan. Saya ingat lagi cikgu suruh saya makan roti. Cikgu cakap, sedaaaap sangat roti yang cikgu bawak. Memang sedap pun cikgu, Tu yang saya bagi hadiah tu, saya rasa cikgu ni misti macam baik kot".

Macam baik kot. Nampak tak ayat tu..heh?

Honestly, when I was in afternoon session, ramai je budak yang pengsan n saya tolong.
Tolong buatkan air, tolong belanja makan, tolong temankan, tolong angkat beg, tolong picitkan kepala, tolong kipas2, tolong hantar balik rumah yang jauhnya 20km pun ada..

Tapi Fitri seorang saja yang kasi hadiah.
Yang lain-lain tu seperti rakyat Malaysia yang lain memang rasa dan fikir kerja tolong buatkan air, tolong belanja makan, tolong temankan, tolong angkat beg, tolong picitkan kepala, tolong kipas2, tolong hantar balik rumah yang jauhnya 20km itu memang tugas hakiki seorang guru kot.
Telefon cakap terima kasih pun tak pernah...

As for me, saya sangat percaya dengan peribahasa, 'bagaimana acuan, begitulah kuihnya'.
Kalau bebudak ungrateful, saya fikir makbapaknya cenggitu la jugak.
I believe,  misti mak dan ayah Fitri pun berhemah tinggi macam anaknya.

It is not because of d brooch.
As d saying goes, its d thought that count.

May Allah bless him.

Friday, November 08, 2013

"Tice kita menang"

Menang mender?, I asked back.
Saya pun manusia biasa, ada hari ok, n today saya bengkok.

Rupanya bebudak ni menang Idiomatic Idiosyncrasies of EngLish and Malay Language Competition.
Giler mouthful tajuknya.

They won a food hamper.
Yang sangat menyentuh hati, diorang nak tunggu tice dia yang bukak.
Oooouchhh. aren't they sweet?

Bebudak ni kelas D je pun, tapi budi bahasa memang A++.
Terus sejuk sikit hati,  takperla kalau diorang failed berjemaah paper saya pun, tapi dengan budi bahasa diorang tu saya yakin they will succeed. Afterall I taught them since October, mungkin bertukar cikgu ni diorang ada sikit konfius.
Dan, dan saya bersemangat nak  jadi a better babysitter for them.

On something unrelated, today only 7 kids from 4C turned up. Instead of discussing previous exam result review, I asked them to come to the library. 7 storybooks had been chosen for them for show n tell session, but when Nazmy started buka thread pasal Highland Towers, semua pun taksub mendengar, termasuklah yours truly.
Even when d bell ring for recess, sorang pun tak berganjak.
Pertama kali dalam tahun ini, saya yang terpaksa mengingatkan mereka waktu belajar sudah tamat.
Kalaulah hari-hari macam ini.... I m d happiest teacher in d universe.

Early in the morning,
Anas gave a hershey kisses, dia cakap Imah yang kasi tapi malu nak kasi sendiri.
Hehe... Ai like!

Pernah tak saya tulis, saya sangat sayangkan d kids.
Very much:-)

p/s I m also grateful for a colleague help, he took over my class so I can go home, ambik painkiller n  dozed off.  Teruknya bengkok kali ni. Newayy.. great colleagues n great kids,.. I couldnt ask for more...

Thursday, November 07, 2013

a.m. to p.m.

1. I woke up at 6.45a.m. Kat luar terang benderang, I don't  understand why my mom did not wake me up. Okay, mybe she did but telinga kualiku ini memang konsisten kurang berfungsi sewaktu tidur.

2. Well... nak cakap sendirik, saya agak shyshyone. When, I arrived this morning, I noticed  someone, yang elokla saya tak tulis nama, berbaju baru. Saya toleh lagi kali kedua untuk pastikan mata saya tak rabun. Dan.. kali ketiga... sambil fikir panjang... sangat. PERUTnya sudah maju, tu yang saya sibuk.
Dia masih hensem macam selalu (ayat bodek), I just concerned about health. Saya baca kat majalah, semakin besar ukur lilit pinggang, semakin berisiko untuk mendapat penyakit kronik. Nauzubillah..

3. Went to see d kids. Mr Hamid gave reassuring speech. Makcik neves okeh.. I can't help but thinking about Izzati, my niece. Hopefully the teachers in SMT Kuala Selangor membantu dia sedaya upaya juga.. Amin.. By the way, I love seeing d kids face this morning while they listened attentive to Mr Hamid's.
Priceless!

4. Had brekkie with Sir Hamid, because we need to discuss nak balik awal. Luckily d boss was there, so Mr Hamid tukang cakap n norizan adnan jadi wallpaper. Bagus betul ada geng senior ni, semua orang pun suspek. We heart you Sir Hamid, Ada potluck, but d two of us, termasukla Fid x bawa apa2, so kitaorang makan je kat kantin.

5. Saya harap sangat d other friend x perasan betapa tahap gabannya saya cuba mengambil hatinya hari ni. Semalam he did something which saya x berapa kondifen dia akan buat..
"Aku berlari turun  bagitau hang MC" dia cakap, n saya pejam mata cuba bayangkan tapi kenot. Haha.
Ri tu saya mintak tolong sampaikan pesan kat d kids pun dia cakap dia malu... hahaha.. Tapi kita percaya, tu yang tetiba baik hati ri ni.

6. I went home quite early, mom and ariff r in d middle of doing something tedious. Too bad I could not join them coz I have to go back to 12A. Tak sempat nak lunch together pun....

7. Bertungkus-lumus saya menghabiskan kerja before Mr Hamid datang. Later we sent d document together. Syukurlah semua ok.

8. Planned to cook Nasi Arab tomorrow, so ingatkan nak singgah kat pasar malam on our journey back. It was too early, mana ada orang jual ayam tu datang lagi. Rasanya saya kena masak apa yang ada je la.

9. Balik rumah, sambung kerja. Almost completed. Tapi masa tu dah nak masuk maghrib n my stomach is making sommersault. I could not go back to #18. .. too bad. (misti my bros rindu hikhik)

10. Lepas saya timbang berat badan, barulah saya tersedar kenapa sebulan dua ni, bila saya sakit perut misti berguling2. Tak taulah orang lain, tapi bila berat saya sampai ke angka 45kg (bukan berat sebenar), darjah kesakitan perut saya bertambah dan tahap mudah penat pun datang berjemaah. Macam yang saya canangkan sejak 15 tahun lalu, saya nak diet pas ni..
So, in case encik berbaju baru kat no2 tu noticed, jangan ambil hati, kita sama je..
Sebab tu kita kawan... heh

Kenkadang tulisan ni terbold sendirik.
Abaikanlah ye..

Nite peeps!

Wednesday, November 06, 2013

Ada apa dengan soklan ramalan

Kak Long sms surprised me.

Dearest Kak Long.
Memang ada subject yang gigih cecekgu  kasi soalan ramalan.
Untuk subjek bahasa,  as long as you have good grasp of language command,  vast general knowledge, read d  novel and sufficient vocabularies, soklan ramalan sangatlah tidak diperlukan

All d best Kak Long.
Semoga jadi contoh pada adik2 awak yang seramai 16 orang tu (setakat ini)

Mak Andak stress..,

D First day of SPM..

n I m downed with. .. great!

I wished I could b there to wish d kids gud luck in person.
Even though I dont think they need it,
I mean,.. they hv put their 100% effort.
Who needs luck anyway..

Sangat stress hari ni..

Tuesday, November 05, 2013

HIG dah bukak hotel katanya...

I read kat fesbuk.
Goshhh... tahniah!
You made us proud!

Tetiba mood nak mengomplen datang.
Many, many years ago my friend n I stayed at a family-owned  hotel in Kuantan.
Wooo.. at that time I thought  d front officer tu was having a bad day. Rupanya memang dia ni sangat kurang PR skills, coz a year later when I came with my family, cenggitu jugak service dia.
Yang diorang letak dia kat front office tu napa?
Ooohh lupa  family-owned kan...
Honestly overall service tu memang tip top, except him

Hopefully, kat HIG hotel pun, janganla diletak muka mangga muda duduk kat depan. Potong!!!
Hanya dia tu kelayakannya ialah family related.
Apakah?

Well..
masa g Langkawi baru2 ini we stayed at nntah lupa apa ntah namanya??

sebab banyak rombongan stayed kata situ it was hard to get good room.
Receptionistnya, serious muka lebih kurang saya je (read: muka xder market), berbadan gempal, rambut ikat satu n xder make-up langsung. Appearance wise memang houttt.
I wonder why she was hired...

Tak lama pas tu saya tau kenapa despite her plain appearance, she was holding a good position (kenkadang nampak macam dia ni spokeperson pun ada).

Ceritanya lepas distributes d key rooms, she looked at my mom.
"uishhh tak sampai hati" she mumbled, tapi loud enough for me to hear.

Dia suruh kitaorang tunggu, sementara dia g tunjukkan bilik kat ahli rombongan lain. When she came, we were given a bigger room with two extra beds.

Me: kena tambah duit x ni?
Her: x yah...
Me: bigger kot.... x per ke nih?
Her: xper... bilik yang tadi tu jauh, susah makcik nak jalan.
Me: nanti awak susah kot, if ur boss find out..
Her: xper... makcik ok bilik ni?
Mom: terima kasih la nak...

Giler...
itulah fes taim saya kasi tips kat Malaysia.
Dia tolak2 plak tu.. sama2 pelik kot..

Saya rasa macam perlu je saya taruk nama hotel tu..
Nanti saya ingatkan..

If I ever go to Langkawi again, I'll definitely will stay at HIG, but then kot service macam sangat kurengg, I juz where to go.
Hotel canggih cam mana pun kot pekerja xder nilai kemanusiaan... potong!!

Tahniah HIG.
Jangan cepat puas hati:-)
(macam ayat dalam report card eh)

Monday, November 04, 2013

End of Zulhijjah..

just realised... when I got d message...

to pickup  d international passport. Rite... d end of Hajj season.. 

Now I can go abroad.
London, Vegas OR Papua. Maybe South Africa or Sungai Limau

Nayyy...
or maybe celebrate Maal Hijrah on my own,
sambil muhasabah apa yang patut.

Salam Maal Hijrah peeps,
barang yang lepas jangan dikenang:-)

Sunday, November 03, 2013

Ni je pun...

Dear nieces

I know u r dying to know what I get from Langkawi.

Ok..
A red kettle coz d whistling kettle I have currently is Opah's and it was 20 years old. It is only RM39.90.
4 white towels for guest room because d one that we bought together at ikea 4 years ago were too old. RM13 each, hard to get white towel with that price these days. Of course only white for guest room. Senang nak clorox.
A non-stick double grill pan which costs RM99. I dunno.. everyone I know have it, so I just jump d bandwagon:-)
A sling bag. It is RM29.90. I think it is a bit pricey  but it is roomy enough for 10inch tablet, which I dont have

Chocs?
Adala sesikit..
nanti ye..

Saturday, November 02, 2013

Friday, November 01, 2013

Penilaian Prestasi Tahunan?

Ada banyak perkara yang saya fikirkan sehari dua ni.TAPI carta teratas mestilah tentang perbualan saya dengan seorang kawan baru (KB)

Dia ada kamera baru.
Penting tu... SEBAB boss dia suruh SUMER orang buat folio tentang pencapaian sepanjang tahun. Setiap kali buat program, mesti ada gambar n  simpan dalam folio tu.
Folio tu pulak simpan dalam bilik boss..
Kelass kau Jah..

Goshhh people did it most of their time kan..
What a big deal?

KB: Boss cakap penilaian prestasi tahunan akan dia buat berdasarkan folio tu, u know.
Me: Then boss u buat apa je sepanjang tahun? tidur?

Gigih je kenkadang saya ambik gambo  bagai nak rak, duduk menyelit merata-rata n bubuh caption macam sayalah yang buat kerja semua. Especially gambo senyum meleret tepi stadium sambil gantung medal dengan caption, "Lihatlah dunia!",w padahal dah sah sah saya pakai baju kurung tu...

Or maybe, gambar berikut (nanti saya paste) when in fact, sumbangan saya hanyalah lalu kat tepi diorang n tanya, " boleh x kita amik gambo?".

Compared to d other friend's facebook, (motip ko nak membandingkan dengan kawan tu kan...) mine is full of d kid's photos during events. Is that means I work harder than him?
Sah-sah d kids ketawa berguling kalau dia dengar orang cakap Tice dia ni sangaatttt bertungkus lumus dalam pekerjaan lebih daripada kawan tu...

Anyway, kalau saya ada cita-cita nak mengejar personal glory  boleh saja saya twist cerita untuk menunjukkan saya pekerja yang benar-benar hebat, berbanding rakan sekerja yang lain. Peduli apa kalau mereka pulaukan saya selepas ini.
Nampak tak permainannya?

Sebab itu saya fikir boss kawan saya tu pemalas dan kurang waras.
Sekarang ada banyak cara nak menilai prestasi pekerja bawahan. Unless la kalau dia tu boss kat design n graphic department, logik la nak suruh orang buat folio nak menilai prestasi. Ini kalau takat kerja tukang cat keretapi, ko nak folio bagai napanya pun?

Let say, d boss kasi appraisal bagus punya.. kat orang yang folio dia cantik giler, tebal giler n laporan program impressive giler tu sedangkan dia pun ala2 pemalas jugak.
What will happen to d organization?
What will happen to diligent workers?
xke to demoralized them?

Kalau saya ada kuasa eksekutif yang besar, boss tu dulu saya jumudkan.
Nak nilai prestasi orang konon...?

KB: that is what I said... it is not fair...
Me: Membazir summore. Not environmental-friendly. Needs a lot of paper. How many trees need to be sacrificed.
KB: speaking about paperless... yeah rite...
Me: U did oso?
KB: For d sake not ingkar perintah only, but not as much as others.

Well..
My English teacher dulu ajar satu perkara which unconsciously  shape who am I now.
Dia cakap, kalau hantar assignment  guna ring binding, taruk A4 plastic cover, use  hardcover and too many pages,  dia memang alergic, coz as she put it, "it is the content that matters".

Senang betul jadi boss sekarang, duduk dalam bilik,  tunggu anak buah kasi laporan. Lagi cantik laporan lagi tinggi markah. Jenguk kat tingkap sikit, pasang telinga dengar orang  bergossip, bukak pintu bilik, tanya "eh kerja dah jalan?", tutup pintu, tengok cctv, pantau anak buah buat kerja, pukul 5, tutup lampu, tutup pintu, balik. Cukup bulan ambik gaji. Hujung tahun dapat bonus. Prestasi organisasi naik, "saya berusaha sehabis baik", prestasi organisasi jatuh, "What d u expect? I m working with low achievers"...

Nampak sangat saya melebih2.
But then, next year saya nak tanya KB, siapa yg dpt bonus paling banyak, n get promoted.
Entah2 si KB kot...
gigih dia beli kamera baru tu..
haha