Saturday, November 30, 2013

Aliff Farhan@ombakmenghempaspantai

Hari ini Aliff kahwin. Saya sangat suka nama isteri dia.
Saya kenal Aliff sejak umurnya 14 tahun. Kenangan paling tak dapat dilupakan tentulah sewaktu umurnya 16, saya tadah telinga mendengar maknya yang tengah stress sebab Aliff hari hari talipon nak berhenti belajar kat Sekolah Teknik.
Habis dicerita dari saat  awal kehamilan, saat kelahiran, zaman tadika, sekolah rendah, masuk asrama masa tingkatan satu, talipon suruh ambil sebab tak mau lagi duduk asrama selama beberapa minggu, ... haishhh
panjang sejarahnya...
Ironinya hari ini perkahwinan Aliff diraikan di Kolej Vokasional  Manjung yang sejarahnya bermula dengan sekolah teknik.
(pstttt... sangat sesuatu kan. .. hahhahahah)

Kali terakhir berjumpa Aliff, tahun 2010 rasanya. Satu maghrib yang tenang, saya lapar, ternampak Aliff sedang berchatting di Facebook. Saya tulis mesej, bertanyakan jika emaknya ada di rumah. Kak Jah masak sedap jugak.. tapi tiada di rumah,  Aliff cakap diapun belum makan.

Jadi kitaorang keluar makan bertiga, kebetulan Azwan, rakan sebayanya pun ada. Sungguh kagum melihat mereka berdua sudah besar panjang.

Lepas itu, kami hanya berhubung di facebook saja. Sewaktu itu barulah saya sedar, Aliff puitis orangnya. Bahasanya berseni, indah di lidah, halwa di mata, embun  dihati.

Justeru, bila menulis entri kali ini, saya cuba tidak sembrono dalam penulisan. Gerun jika Aliff melintas diblog ini.

Tahniah Aliff.
Samudera sangat luas, layar masih teguh, sauh sudah diangkat, selamat belayar nakhoda.

p/s Aliff's facebook id is ombak menghempas pantai
p p/s x sempat bergambar dengan Aliff, pengantin bizi
pp p/s sesiapa yang ada resepi nak buat karipap pusing cenggini, tolong kasi tau.. sangaaaaat bestest!

No comments: