Sunday, November 24, 2013

Soalan SPM bocor?

KALAU  betul-betul bocor..
1) pelajar hangin gilerrrr sebab kena re-sit peperiksaan semula. Kasut sekolah pun tak tau kat mana dah...
2) parents kena tambah duit belanja sekolah satu hari lagi... wehhhh paling kurang RM10 tu sekali dengan tambang pergi sekolah. Nak claim dengan siapa ni?
3) Cikgu pengawas sangat tertekan, tambah lagi satu hari, habis anak isteri bising, "cuti sekolah pun kerja  tak habis habis ke? Dahla pukul 3 pagi menghadap laptop isi semua data PBS ".. kan?
4) Pakcik pengemas dewan pun marah jugak, " pakcik udah booked teket kapei terobang.. ate udah cenggini, kene keroje le".
5)makcik tukang sapu pun kena kerja lebih masa, padahal baru dia rancang nak tanam pokok bunga kat keliling sekolah, sekarang terpaksala dia bersabar,  buat kerja yang senyap sikit. Kot idak bebudak   kosentret bila ada bunyi sewaktu peperiksaan berjalan.
6)Makcik kantin kat sekolah saya mesti tak gembira. Lari schedule musim cuti diorang sebab kena kerja sehari lebih.
7) Pemeriksa kertas subjek yang bocor tu mesti marah yang tidak terhingga. Kalau lambat peperiksaan bermula, bila masa pula nak menyemaknya? Kalau tertunda sampai sessi persekolahan tahun depan,  wuishhhhhhhh ributla. . Pas tu... hari tu dah penat bagi tuisyen kat kids sebelum
8) Makcik dewan makan kat sekolah berasrama pun stressed out.
9) Adik beradik calon pun marah jugak (korang la tu) sebab kena cover buat kerja rumah calon yang harus menumpukan perhatian kepada peperiksaan itu (awak la tu Kak Long)
10)Yang ramai orang overlook, jenuhla kengkawan bayar bil talipon bulan ni, sebab menalipon d kids yang dah bertebaran mencari kerja atau memang dah tak ada feel nak pakai baju sekolah? Laaa kan talipon sekolah ada? u might ask..
Welcome to reality peeps. Bebudak sekarang tak mau angkat talipon kalau tau itu dari sekolah, sebab automatically dia tau niat sepenalipon. (kesian kawan saya, Fid)
11) Perbelanjaan kerajaan bertambah, cetak semula, pengangkutan, taklimat, pengawasan dan penyemakan. Waa can we really afford this?
12) Officers from LPM tak tidur malam kot...

Berapa sebenarnya sipembocor (if any) tu dapat ganjaran?
Berbaloi tak dengan maki-makian yang bakal dituturkan oleh 12 entiti yang tersenarai di atas?
Kejap... betul ke semua soalan dicetak di Cambridge? Macam.... ok..
Abaikan.

Kalau betul bocor, kasi dia hukuman yang teruk-teruk sampai matipun orang takkan lupa.
Dia dah menyusahkan ramai orang, wajarlah dia tanggung akibatnya.

On second thought..
Janganlah re-sit...
Dah lama Mak Andak tak jumpa awak Kak Long... sob sob..

No comments: