Monday, December 30, 2013

Sometimes when I forget... I should read this again, and again

Semenjak dua menjak sangat susah nak bangun pagi. Letih agaknya Aisyah menyanyi lagu Janji Manismu, harammmm saya tersedar.Oook. Tanpa ada sebab yang peribadi, saya setkan Janji Manismu sebagai lagu penggera di telefon bimbit cap ayam saya.

Jadi petang semalam saya kemas barang dan balik ke no18.

I had dinner with Acho, n sebab dah lama x jumpa, banyakla benda nak dibualkan.
Pas tu saya tidur.

The first thing I did this morning was  going to d market. I bought curry puff and ikan kembung because Acho mentioned about it last night.. Mommy spent year end holiday at Angah' s in Gurun. Automatically, saya rasa bertanggungjawab nak sediakan brekkie for bros.
Had second meeting today, therefore could not prepare lunch.

Luckily (ye la tu..), the  other friend cakap nak g spital during break tapi nak pergi senyap-senyap. Saya takut nanti dia dapat susah so I informed our immediate boss about it (read: kaki report).

Rupanya he had texted the immediate boss. Cess!! Mudah betul saya dikencingi sehari dua ni.

Jadi sebagai ganjaran sebab dah menyampaikan info yang memang tak perlupun, during lunch, saya tapau bahagian the other friend.

Gembira jugak sebab satu boleh kasi untuk Acho, dan tak payahlah saya masak untuk lunch. Adik eats at his workplace n Jo prefers to eat out. Perghhhh jimat...

For dinner, I steamed ikan kembung with tomyum paste. Fried achovies with chillies and onion. Tapioca shoots, 2 types of ulam dimakan dengan sambal belacan ..perghhhh! (masuk bakul nampaknya!)

Selalunya kot saya masak diorang bukan makan sangat, tapi tetiba bersungguh kitaorang makan.
Mungkin sebab...
nak ambil hati kot,..

Whatever it is,
it reminds me of my prayers in front of multazam  years ago. Like all siblings,  We had our fair share of ups and downs.


"You could take anything from me, but please give me my brothers love".
He never takes anything I could not live without, but He granted me  my brothers' love and affection.
I couldn't thank Him enough.

Aminnn.

Sunday, December 29, 2013

Racun Ibu@tv3

Gigih betul saya menonton tv semalam. Sebelum saya menulis panjang, ingin saya katakan betapa terkejutnya saya melihat kemontelan Fasha Sandha dalam drama itu. Mungkin itu agaknya perasaan rakyat India bila tengok Aishwarya Rai tak kurus kurus selepas melahirkan anak. Saya harap setelah saya menulis persamaan dengan Aishwarya Rai, hati Fasha akan lebih tenang. Miss World tu.....

Ceritanya tentang ibu yang berpura-pura sakit dan selalu menyusahkan menantunya, Fasha.
Kalau saya cerita mesti tak best, sebab cerita ni jadi hebat bukan sebab ceritanya, tapi lakonan Fauziah Nawi sebagai ibu yang garang, fasha, menantu teraniaya, dan dua pelakon yang menjadi sisters-in-law. Lakonan Farid Kamil pun bagus, cuma saya tak berkenan seluar sempitnya tu.. Zila Bakarin pun ada, dia jadi kawan yang baik dalam cerita ni.
Saya sangat berharap untuk menonton cerita ini buat kali kedua. Ceritanya sangat menginsafkan dan menyentuh hati. Kalau ditayangkan semula saya nak talipon kawan saya, semoga cerita ini menghiburkan hatinya juga.
Begini ceritanya..
Sejak azalinya, saya bukan peduli siapa pun yang duduk di sebelah saya. Hari itu saya cuma mahu duduk di tepi tingkap, sebab bilik itu pencahayaan tak bagus... It happened she was alone too.
Both of us had deadline to catch, jadi berbual memang tak masuk dalam agenda. Dia cuma bertanyakan sesuatu dan saya sebut I took my mom for a holidaysoalannya lupa.
Her: So, u r staying with ur mom the? (muka langsung tak angkat)
Me: Yup, but during these period I prefer to stay at my own house.
Her: oh... why so? and ur mom? what is she like
Tanpa mengangkat muka, saya ceritala pasal my mom yang suka shopping, suka duduk di hotel dan suka memasak.
Bukan semua mak macam tu ke?
Dia tanya macam2 lagi pasal my mom, n i noticed she stopped writing n looked at me.
Her: My mom is staying with me too, since 7years ago..
oooo, I wanna say "that is cool'", but judging from her face it was not that cool anyway. I put down the pen and gave my full attention, since she said she never talk about it to any of her friend and it is really  makes her unhappy.
Look at the word choice, despite her impeccable English, she only used unhappy.
Dia ni lemah lembut orangnya. Cakap pun tak banyak.
Walaupun umurnya dah 50 tahun, tapi saya tengok wajahnya sangat awet muda.
Before staying with her, her mom stayed with another daughters, tapi tahan dua tiga hari, her mom bising nak balik. Dia tak kisah menjaga ibunya, tapi sikap ibunya yang suka memerintah sangat menyakitkan hatinya.
Ibunya mahu dilayan bagai raja, dictates what she should and shouldn't do. 
Hal ini tentu saja tidak menggembirakan suami dan anak2 kawan saya tu.
Tak bolehlah saya tulis panjang-panjang, tak manis saya mengulang cerita bila dia dah kata dia pun tak tau kenapa dia tercakap pada saya.
Saya rasa ada satu sebab saja,
sebab kami berlainan bangsa, jadi kemungkinan cerita ini berpindah ke telinganya semula adalah NIL.
Ibunya terlupa yang dia bukan budak lagi.
typical Indians n Malays.
Lama dulu saya pernah terbaca dalam Mastika, temubual dengan penghuni di Rumah Orang-orang tua.
Ada dua penghuni yang saya ingat,
Yang pertama lelaki berbangsa India yang disisihkan anaknya tapi masih berkeras tak mahu berubah dan terus menyalahkan anak2nya, "siapa besar? saya besar ke dia besar?", gitu kot ayat dia.
Dah hujung hujung hayat pun masih lagi tak mau beralah..
Yang kedua, seorang lelaki berbangsa tionghua yang cakap dia tak mau menyusahkan sanak saudara sebab tu dia pilih duduk di rumah orang tua. Dia disenangi pekerja Rumah Kebajikan itu dan dia pun cakap dia sudah puas hidup. Sudah puas dia berjalan ke tempat orang sewaktu muda jadi dia terima kehidupan di situ dengan hati yang terbuka.
Mungkin, upbringing sesuatu ras mempengaruhi ekspektasi kehidupan hari tua kita. 
Secara warasnya, kita semua akan tua jika ajal belum mendahului kita. Di saat badan sudah tidak kuat lagi, janganlah kita menyusahkan orang sekeliling dengan perangai buruk kita yang sudah menjadi darah daging.
Ini sikap yang kawan saya sebut dia tak tahan tu dan saya tambah setelah tengok lakonan cemerlang Fauziah Nawi semalam
1. Suka suruh buat itu buat ini untuk dia.
2. Mengharapkan layanan baik, masakan yang enak walaupun tahu anak tu sedang sakit.
3. Menunjukkan rasa tidak suka kepada menantu dan cucu
4. Merungut merungut merungut merungut
5. Sangat mementingkan diri sendiri, malas membantu kerja rumah.
6. Memilih untuk menyendiri sehingga menyukarkan jika ada tetamu yang datang,
7. Suka marah-marah dan tidak pandai mengambil hati orang lain.
8. Pergantungan yang amat sangat terhadap anak, sedangkan anak itu juga ada keluarganya sendiri.
"By the way, wajib taat pada suami, bukan ibu lagi tau, bila dah kahwin" , saya rasa saya tercakap macam itu. Kedengaran sangat bodoh pada telinga saya sendiri kerana tentu saja dia tak tau hal ini sebab kami berlainan agama.
Dia sambung bercerita, saya speku dia sedang tertekan sebab seingat saya, jarang sangat saya tengok dia bercakap kecuali hal kerja. Saya dengar sebab memberi nesihat was never my forte.
Akhirnya dia melepaskan keluhan yang berat, "Nasib I, what to do?", she shrugged.
While we do not know kat mana kita tercampak, dengan siapa kita akan berkongsi bumbung dan sekuat mana kudrat kita di usia emas nanti, we can be sure of one thing..
Takkanla kita nak jadi grumpy, crabby, edgy and seseorang yang menyusahkan orang lain. Susah nak buang sikap grumpy, crabby dan segala yang buruk2 kalau dah jadi habit.
We should start now, bukan semua orang bertuah dapat menantu yang baik macam Fasha Sandha dalam drama malam semalam tu, atau anak yang tak banyak cakap dan suka memendam perasaan macam kawan saya.
Seriously, I really hope Tv3 will play d drama again. A must-watch for every mother, including my friend's mother.
It just that, I do not know whether she understands Bahasa Melayu and secondly
'
....saya tak simpan pun nombor talipon kawan tu...
Heh?

Antara Idola Kecil dan Orkestra Dangdut

Saya terjebak menonton Idola Kecil sewaktu Nisa, Aisya n Alia bercuti di 12A beberapa tahun dulu. Mereka bertiga yang minat lebih, Mak Andak mudah terpengaruh.
Jadi saya terpaksa menonton finale Idola Kecil malam tadi. Oleh kerana inilah kali pertama saya menonton untuk musim ini, jadi saya buka kacamata dan menonton sambil bermain games dan melayari internet. Tujuannya, supaya saya tidak tertipu dengan paras rupa dan baju mereka yang serius comel tu.. Kudos to d fashion designers.
Komen juri, manis dan comel bunyinya tapi saya dengar nyanyian diorang idakla meletopp sangat. Saya memang buta muzik tapi saya rasa few contestants macam... errr... reality show kotttt, what do you expect? Kenkadang we r blinded by other factors i.e looks n personality.
Not that I am complaining.

But then when I heard a kid sang, "When I was your man", phewwwwwww... entah kenapa saya sebak tak tentu pasal mendengarnya, padahal tak kena mengenapun... Saya terus pakai semula kacamata dan switched off d tablet.
Lerrr... biasa-biasa je muka budaknya. Kalau jumpa kat tepi jalan, mesti saya tak toleh punya.
Tapi stail menyanyi... fuhhhhh..
I think, that was what we called TALENT!
He won!
Dearest Danial (nama penuh makcik tak ingat)
Kalau satu hari awak buat konsert, makcik akan datang menonton.
----------------

Few days earlier I watched Orkestra Dangdut@rtm1.
Pernah tak saya beritahu while for other genre saya minat lagu based on penyanyi, tapi saya suka lagu dangdut tak kisahla siapa pun menyanyi.
Typical makcik-makcik kan.....
The show started off by Raja Gelek, M, Daud Kilau, Herman Tino n then Ramlah Ram.
Saya dengar lagu diorang sejak berat saya 15kg sampailah sekarang dah naik jadi 47kg(bukan berat sebenar). Berbanding dengan dulu, nampaknya dangdut  mereka sudah tidak menghiburkan.
Suara putus2 dan entahla... seingat saya dangdut tu hiburan yang santai, dinyanyikan dengan tenang  beserta kecindan dan menghiburkan. Mungkin bila menyanyi dengan orkestra bunyinya jadi lain agaknya.
Kemudian Mas Idayu pula.
Suaranya masih lunak, tapi yang saya rasa sedikit kurang, she was trying too hard.
Hilang elemen santai dalam dangdut.
I blame it on orchestra again.
Until I heard Haiza belting out her numbers.
I was never a fan of Haiza, but I must say she saved d show for that night.
Adakah lagu dangdut hanya sesuai dengan suara pada umur tertentu?
Ini soalan, sebab lagu Ramlah menyanyi dengan Sleek tu, sedap je.
Jadi, kalau nak dengar lagu dangdut, baik saya donload je agaknya..
Kesian ehhh.. Sekian

Friday, December 27, 2013

Sembang tingkap:-)

Untuk rekod (giler in denial state), Zana pernah mengadu masa bulan posa ari tu how inconsiderate KC is dan she was glad a terible thing had happened so that KC wud learn something..
Bulan posa, saya tak mau tanya. Zana pun cakap, dia x mau bercerita, jadi dia cakap secara umum. Saya tak pernah tau apa cerita yang terrible tu sampailah hari ni.

Ia bermula dengan pagi tadi bila Encik X bercerita dengan melodramatiknya tentang perbualannya dengan KC.
Dia suka mengampu. Lelaki itu, bukan KC.
Kami berenam waktu itu. Saya tak tau yang lain berfikir bagaimana. Seseorang yang anak saudaranya kenal rapat dengan KC cakap, anak saudaranya tidak seronok bekerja dengan KC. Encik X diam dan menyambung cerita, berbaur simpati dengan KC. Gigih mengipasssssssssssssssssssss!

KC adalah mimpi hitam dalam hidup saya dan tak mungkin saya nak sebut lagi.
Saya tak ada keperluan nak mengenang. Saya tidak memberi komen, but...
... x kanla saya nak percaya cerita Encik X. Terutama sejak saya menyedari selama ini dia menjadi tukang kipas yang sangat tegar sambil berpura-pura dia sentiasa sesuci embun pagi.

Kebetulan sangatla kan....
petang ini saya ternampak jiran belakang sedang menyidai kain.
Rumah dia besarr, suka hati dialah nak sidai kain pagi ke petang, tambahan dia sedang memerah otak memeriksa kertas peperiksaan SPM sekarang.
Subjek apa, semak kertas sekolah mana, tak pula saya tanya.
Dia dah tandatangan borang pink, Akta Rahsia Rasmi. Abaikan.

Saya cuma tanya tentang keputusan peperiksaan awam sekolahnya dan beberapa perkara berkaitan.
Yesssss... Encik X telah berkata tidak benar, seperti yang saya duga.

Saya juga bertanyakan tentang perkara yang Zana sebut terrible tapi tak mau cerita tu.
Yesss.. it was horrible, but like Zana, dia pun cakap secara umum je. No names, no specific allegation, no nothing.

Tolonglah jangan bayangkan jiran saya tu bercerita dengan mulut herot berot macam Joyah dalam cerita Opah yang korang tengok masa kecik tu.

Saya rasa senang bertanya dengannya sebab jawapannya pendek dan tepat dan selalunya berunsur positif.
Contohnya, "agak turun, dalam beberapa peratus tapi tidaklah banyak."
"agak teruk melibatkan mahkamah, mengadu terus ke kementerian" Dia berhenti di situ. Cerita tidak bersambung.

Tapi kalau tentang kebaikan seseorang yang saling kami kenali, ceritanya panjang sikit. Sikit saja.

Sebagai kenangan untuk hari tua, saya suka mengingatkan diri sendiri, apabila mendengar sesuatu berita, siasatla dulu. Rasanya ada ayat quran pasal ni. Saya takkan lupa, I was labelled as  pelik dan dipangkah because of that.
Especially bila the next time d same person repeats his/her same lies  saya akan kasi tau yang betul dan siap dengan sumbernya sekali.
Diorang kata mulut saya xder insurans. Heh?

Seriously?
I don't need Kaki Kencing to kencing me TWICE!

Thursday, December 26, 2013

Almost...

Today we had first meeting for 2014 school season. As usual I kind of look forward to seeing everyone after long break. I mean, it was still a long one, despite some of us had to work through the holiday. *sigh*
Since one session kicked off in 2012 (ye kot?), so I guessed the task were given quite fairly. Seriously, compared to life when there were two sessions, now is such a breeze. Sangat!
Sat next to Kak Zah. The thing is saya nak duduk bawah kipas, tak kisahlah siapa kat sebelah pun. Sejak azali saya bukan peduli orang sangat, asalkan bawah kipas:-).
She showed me Abe's last pic. Ermm.
Next to me is a new teacher. Henfonnya tak berenti berbunyi dan he nodded, "yes" in such a convincing manner when the boss asked him something which he supposed to have or at least that was what I think I heard because like him, my mind was elsewhere too after sitting for hourssss.
"apa soalannya tu kak?"  he turned to me and ASKED. Heh?
I think it is too early to say, but if anyone could just say YES so that tak payahla memanjangkan cerita dalam miting, tentu saja I will put him in my good book.
As usual, (or would it be eternally?), break is something I loathe. We have a wheelchair bound colleague. When everyone dashed off for a quick bite, she would be left alone in the meeting room. I longed for a time, d spread would be served in the  meeting room. Maybe, as a friend I should speak up for her,  tapi norizan adnan berjiwa kerdil, mungkinkah suara saya didengar?
Speaking about spread, goshhhhhh gilerrr sedap kari ayam sewaktu sarapan tadi. Di makan dengan roti canai dan putu mayam. Saya x reti makan putu mayam tu tapi kari ayam tu perghhhhhhhh... sedap!
Lunch was on makcik kantin. Nasi kerabu with d salads, ikan goreng, ayam goreng, telur masin, kari ayam dan sayur kubis pun ada. Colourful fruits were served, together with colourful desserts.
Perghhh... memang tip top. Semoga rezeki dia murahla...
After that we had jamaah prayer. Lina wanted to pray elsewhere, but I reminded her that we r,  "dah tua". Hehe.. orang tua harusla kena g jemaah, hehe but she is a year younger than me though. Pas tu sambung miting.. sob sob sob,
But wait... I kind of remember something..
Where is the other friend?
I mean, it's hard not too when my two lepaking-together(?) friends were around, swapping stories and I realised the other friend was not there. I thought, they went out for lunch together. Well, at least as far as I remembered they will had lunch out together when the late Man was around.
How life has changed since you gone dear friend :'(
As usual(?), 
hangin je kot knowing how poor state he is lately, gigih pulak tak nak jaga makan gitu.
Ker posa?
Whatever... Jadi sebagai meneruskan tradisi, saya pun kasilah ceramah dari jauh. Saya speku the new teacher beside me tu might be confused amende yang garang sangat kakak sebelah dia tu,..
Well dik, we just lost a good friend on September 7th and last Monday we lost Jan a.ka. Nizam
Jadi begitu cerita hari pertama setelah bercuti panjang.
Penuh harapan, kesalan dan juga
err.. entah...
Few things in life would never change.
Eh...
Mr Afzam said  esemen dia yang saya tolong buatkan dapat 10markah. (tapi dia edit dan gave a total makeover which I must say 80% was his effort)
"markah penuhnya berapa? " saya tanya semula,
"10 la" dia cakap. wehhhhhh!
Yess I was extremely excited.
So, when d lady boss asked and later thrusted pile of reading materials to be translated, saya ambil je dengan senang hati.
Semoga dia pun dapat markah penuh juga dengan sedikit bantuan dari saya:-)
Terlintas di fikiran saya, what if KC is still here?
I dare not to think.
And... I hope d other friend jangan nak retaliate by mentioning her name..
heh?

Saturday, December 21, 2013

Fatal Attraction

Pernah x korang terserempak\terjumpa\ternampak seseorang di depan mata yang sangat membuatkan tiba-tiba korang ... (feel free to fill in the blank).
Sebagai manusia biasa, saya pun pernah je.

Masa tu dalam kelas Arabic. Saya pakai baju kurung, jadi agakla mulia sikap saya pada masa itu. Penting juga ditulis, saya berbaju kurung lepas ustaz bacakan surah An Nur (ke An nisa?) fokus pada ayat menutup aurat tapi dengan muka yang merah kelabu (pemalu giler ustaz ni)

 dia cakap dia tak tujukan kepada sesiapa, cuma dia berharap semua student dia akan berbaju kurung bila hadir ke tutorial. Baik hati dia x menujukan tazkirah kepada sesiapa, mesti yang lain suci hati juga tak fikir apa-apa. Saya pun pura-pura tak terasa walaupun dalam kelas tu cuma saya seorang saja perempuan yang berseluar jeans.

Habis kelas, saya talipon kakak saya minta buatkan sepasang dua baju kurung, sebab saya bukannya kaya ada banyak baju. Setahun sekali je merasa baju baru, masa raya posa. Raya haji repeat pakai baju tu semula.

So, sambung cerita.
Bila berbaju kurung, otomatikla saya skema banyak. Tapi saya manusia biasa (dah dua kali ulang).

Ustaz tu bujang lagi masa tu, dua tiga minit beza umur kitaorang agaknya dan dia pun baru grad.  Tapi dia bukan taste saya (motip?).   Mungkin ada sedikit kecelaruan baginya setelah lama dikelilingi perempuan berjilbab, sekali terselit seorang yang kurenggg.

Satu hari seorang pelajar yang ok... how do I put it without sound vulgar?
Macam inilah.

Pada mata saya dia sangat sangat sangat sangat hensem. He stopped at d door and talked something to ustaz and ended up he walked IN and grabbed the vacant chair next to the window, Among the boys. Mak aihhh, masa berdiri nampak hensem, taim duduk pun sangatttt hensem. Oh nooo..
Saya takkan lupa saat tu.

Pertama kali kot saya jumpa orang yang membuatkan mata saya tak berkelip, mulut pun ternganga mungkin. Puas saya nak pusing ke arah lain, tapi mata saya tetap juga terpaku tengok dia tu dari pintu sampai dia duduk. Syukurlah masa tu belum ada youtube, jadi tidaklah saya menjadi bahan kutukan seluruh dunia. Satu-satunya saksi kejadian hanyalah ustaz tu je.

Seram sejuk, hampir gugur jantung saya bila saya pandang ke depan semula, Ustaz yang sangat pemalu katanya, n tersipu-sipu suruh girls duduk kat barisan belakang sebab dia malu kalau dekat sangat dengan perempuan sedang memandang norizan adnan dengan mulut yang juga separuh terbuka.

Kalau orang yang alim dan sangat menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan, tiba2 pandang korang tak berkelip, mulut ternganga pulak tu takde ke sikit pun dalam hati rasa nak jadi halimunan barang seminit dua? Saya sedar saya tak cantik, dan itu bukanlah kali pertama dia tengok baju kurung yang dah ulang pakai selang dua minggu sekali tu, jadi tak mungkin dia terpegun dan berimaginasi saya ada iras-iras Jennifer Aniston yang tengah femes masa tu. Heh?

We stared at one another quite sometime.
I don't know what he was thinking, but for me, saya rasa sangat berdosa n kalau takde orang, mahu saya menangis kot. Malu giler kottt.
.
Saya speku dia berdoa dalam hati, janganlah bertemu jodoh dengan perempuan macam saya.
Doanya makbul:-)

Untuk rekod, saya tak tau pun nama student yang hensem giler tu. I just couldn't care less. Kalaupun saya ada perasaan ingin berkenalan, terus jatuh berkecai kerana tajamnya renungan Ustaz tu.

Gigih lepas tu saya menghafal sebab tiap kali kelas, Ustaz tu akan soal. That was my small way to show walaupun perangai saya tak semenggah tapi saya serius nak belajar loghatulljannah. Mana saya tau ada budak hensem dalam kelas, and I don't even make friends to anyone in d class. Saya malas bersosial.

  Yang tak boleh tahan bila saya x dapat jawab (selalu), dia akan ketawa2 dan suruh ulang. Bila saya boleh jawab (few times only), dia akan tanya dan tanya lagi sampai sudahnya saya x reti nak jawab, dia stopped tanya dan ketawa2.

Ada satu kali dia nak translate dan dengan konfidennya saya sebut, "oooo buahan citrus ke maksudnya?".

What so funny about citrus?
Tapi dia ketawa  giler macam saya ni buat lawak tahap mega.
Sebab tu saya ingat sampai sekarang  hal ni.

Makcik konpiuss ok, he was d only one yang ketawa beria,  saya tak dengar pun orang lain ketawa, saya pun x tergamak toleh kiri kanan, malu giler kott.
Saya ni species pelik kot bagi orang yang berpendidikan agama. Terlalu sekular kot.
Students lain yang bertudung labuh dan lelakinya pakai slack instead of jeans tu, tak ketawa pun.

Terlalu banyak cakap, terlalu tak menjaga pergaulan, tidak menjaga mata dan tidak menjaga aurat juga.

I guessed dia ketawa beria tu sebab nak ambik hati.
Selepas insiden d hensem boi tu kot tak silap dia kasi tazkirah, pandangan kedua tu pandangan syaitan, cenggitu kot. Seperti biasa, dia kata dia tak tujukan kepada siapa-siapa. Seperti biasa juga, saya tengok lantai dan gigih berusaha buat muka x bersalah.

Guessed it taught me lots.
Tentu saja selepas itu saya terjumpa ramai lagi lelaki yang membuatkan mata saya tak berkelip. Dan dan muka ustaz ni melintas depan mata. Potonggggg!

Saya rasa orang lain pun sama.
Cuma buat masa ni Allah tutup aib kita je..
Kalau terbuka, ... MasyaAllah... mintaklah jangan..
x sanggup kot.

Macam cikgu dalam berita ni. (nanti paste)

Susah saya nak salahkan Cikgu ni, tengokla mamat Paki tu, mak aihhhhhhh sangat A+ nampaknya. Saya tak fikir dia ada niat nak menduakan suaminya yang sedang sakit, memberi aib kepada anak-anaknya seramai 6 orang itu atau memalukan profesion perguruan. Tidak.

Wanita sukakan keindahan. cikgu pun, manusia biasa juga (kali ketiga guna). Paki itu mungkin taste dia agaknya.
Bukan salah dia kalau dia tergoda.

Bukan dia tak beriman. Ada. Tengoklah tudung mahal dia tu.
Yang salahnya dia tak  terjumpa dengan Ustaz Pemalu tapi sempat pula perati anak murid ternganga tengok lelaki kacak dan terus kasi tazkirah kepada satu kelas.

Salah dia juga, tak ada kawan yang PEMALU macam  the other friend, yang katanya cakap ngan pompuan pun tak nak pandang muka sebab pompuan tu pakai baju merah ketat dan keningnya berpantis, ehh..

Saya fikir semua orang pernah buat silap.
Kalau kita saling tegur menegur secara berhemah, ingat-mengingati dan pandang setiap orang dengan penuh kasih sayang walaupun dia pakai jeans koyak2 dan kita ni lulusan agama (hehe) mungkin ada banyak kemungkaran dapat dielakkan.

Saya suka nak kongsikan ayat dua orang kawan baik saya. Et dan Fid, dituturkan sewaktu mereka baru berkahwin laaamaaa dahulu.
Bila seseorang perempuan berkahwin, There is no turning point.
dan saya tak tau ayat yang saya baca ni betul ke tidak,

it says, ' menyimpan rasa cinta  (terhadap seseorang selain pasangan yang sah) itu jihad'
Selamat berjihad!


p/s saya tulis pengalaman di atas, in case satu hari saya nak mengutuk orang, saya patut ingat, once upon a time saya pun gedik juga. Muhasabah diri lagi bagus.

grains of hope

I know this is stupid. How I wished, someday I could look back and yelled, "Uve been supid, what were u thinking?".
But right now, this is the thing that I missed badly.

To pick up the phone and asked,
"weiii I watched tiviii and that man just divorced his wife".
"Which man you r talking about, u know I dont have time for tiviiii these days.", the person at the end of d line will answer, a bit confusing or pretended not to know anything, so that people will understand there is a grain of truth in the saying, women gossip men discuss #heh?#.

Fully aware that man hate gossiping, I'll work extra hard to make sure I did not sound lika Makcik Joyah so I might come out with explanation and an intelligent question, at least I hope it sounds something like Derek Morgan (I heart u Derek Morgan) from Criminal Minds would love to hear.

"This man had lodge a police report over a 32 years old actor, claiming that he exchanged sordid pictures. After a while the charges dropped without further investigation. Last week he made a press conference voicing out his anger for the injustice kind of thing with his wife. Suddenly, the news broke out last night, he divorced his wife. You see, adakah undang-undang yang mengheret orang orang ketiga sehingga meruntuhkan rumahtangga terpakai  di Mahkamah Syariah? I mean a certain celebrity husband had bring this matter to court before, but they r non muslim. I just wonder if it applies to muslim now because I read somewhere before, they r planning to imposed such rules".

I longed to hear the person at d end of the line sighed before answered, "As far as I am concerned. . it is bla bla bla, the court is blabla bla and Mahkamah Syariah is bla bla bla. And I think d culprit will blablabla and the couple might blablabla. Well.. sorila I x ambil tau sangat hal artis semua ni."

I missed talking to someone. Tanya itu dan ini, dan jawapan diberi tanpa prejudis.

I miss u old friend:-)
I know I m being silly.