Saturday, December 21, 2013

Fatal Attraction

Pernah x korang terserempak\terjumpa\ternampak seseorang di depan mata yang sangat membuatkan tiba-tiba korang ... (feel free to fill in the blank).
Sebagai manusia biasa, saya pun pernah je.

Masa tu dalam kelas Arabic. Saya pakai baju kurung, jadi agakla mulia sikap saya pada masa itu. Penting juga ditulis, saya berbaju kurung lepas ustaz bacakan surah An Nur (ke An nisa?) fokus pada ayat menutup aurat tapi dengan muka yang merah kelabu (pemalu giler ustaz ni)

 dia cakap dia tak tujukan kepada sesiapa, cuma dia berharap semua student dia akan berbaju kurung bila hadir ke tutorial. Baik hati dia x menujukan tazkirah kepada sesiapa, mesti yang lain suci hati juga tak fikir apa-apa. Saya pun pura-pura tak terasa walaupun dalam kelas tu cuma saya seorang saja perempuan yang berseluar jeans.

Habis kelas, saya talipon kakak saya minta buatkan sepasang dua baju kurung, sebab saya bukannya kaya ada banyak baju. Setahun sekali je merasa baju baru, masa raya posa. Raya haji repeat pakai baju tu semula.

So, sambung cerita.
Bila berbaju kurung, otomatikla saya skema banyak. Tapi saya manusia biasa (dah dua kali ulang).

Ustaz tu bujang lagi masa tu, dua tiga minit beza umur kitaorang agaknya dan dia pun baru grad.  Tapi dia bukan taste saya (motip?).   Mungkin ada sedikit kecelaruan baginya setelah lama dikelilingi perempuan berjilbab, sekali terselit seorang yang kurenggg.

Satu hari seorang pelajar yang ok... how do I put it without sound vulgar?
Macam inilah.

Pada mata saya dia sangat sangat sangat sangat hensem. He stopped at d door and talked something to ustaz and ended up he walked IN and grabbed the vacant chair next to the window, Among the boys. Mak aihhh, masa berdiri nampak hensem, taim duduk pun sangatttt hensem. Oh nooo..
Saya takkan lupa saat tu.

Pertama kali kot saya jumpa orang yang membuatkan mata saya tak berkelip, mulut pun ternganga mungkin. Puas saya nak pusing ke arah lain, tapi mata saya tetap juga terpaku tengok dia tu dari pintu sampai dia duduk. Syukurlah masa tu belum ada youtube, jadi tidaklah saya menjadi bahan kutukan seluruh dunia. Satu-satunya saksi kejadian hanyalah ustaz tu je.

Seram sejuk, hampir gugur jantung saya bila saya pandang ke depan semula, Ustaz yang sangat pemalu katanya, n tersipu-sipu suruh girls duduk kat barisan belakang sebab dia malu kalau dekat sangat dengan perempuan sedang memandang norizan adnan dengan mulut yang juga separuh terbuka.

Kalau orang yang alim dan sangat menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan, tiba2 pandang korang tak berkelip, mulut ternganga pulak tu takde ke sikit pun dalam hati rasa nak jadi halimunan barang seminit dua? Saya sedar saya tak cantik, dan itu bukanlah kali pertama dia tengok baju kurung yang dah ulang pakai selang dua minggu sekali tu, jadi tak mungkin dia terpegun dan berimaginasi saya ada iras-iras Jennifer Aniston yang tengah femes masa tu. Heh?

We stared at one another quite sometime.
I don't know what he was thinking, but for me, saya rasa sangat berdosa n kalau takde orang, mahu saya menangis kot. Malu giler kottt.
.
Saya speku dia berdoa dalam hati, janganlah bertemu jodoh dengan perempuan macam saya.
Doanya makbul:-)

Untuk rekod, saya tak tau pun nama student yang hensem giler tu. I just couldn't care less. Kalaupun saya ada perasaan ingin berkenalan, terus jatuh berkecai kerana tajamnya renungan Ustaz tu.

Gigih lepas tu saya menghafal sebab tiap kali kelas, Ustaz tu akan soal. That was my small way to show walaupun perangai saya tak semenggah tapi saya serius nak belajar loghatulljannah. Mana saya tau ada budak hensem dalam kelas, and I don't even make friends to anyone in d class. Saya malas bersosial.

  Yang tak boleh tahan bila saya x dapat jawab (selalu), dia akan ketawa2 dan suruh ulang. Bila saya boleh jawab (few times only), dia akan tanya dan tanya lagi sampai sudahnya saya x reti nak jawab, dia stopped tanya dan ketawa2.

Ada satu kali dia nak translate dan dengan konfidennya saya sebut, "oooo buahan citrus ke maksudnya?".

What so funny about citrus?
Tapi dia ketawa  giler macam saya ni buat lawak tahap mega.
Sebab tu saya ingat sampai sekarang  hal ni.

Makcik konpiuss ok, he was d only one yang ketawa beria,  saya tak dengar pun orang lain ketawa, saya pun x tergamak toleh kiri kanan, malu giler kott.
Saya ni species pelik kot bagi orang yang berpendidikan agama. Terlalu sekular kot.
Students lain yang bertudung labuh dan lelakinya pakai slack instead of jeans tu, tak ketawa pun.

Terlalu banyak cakap, terlalu tak menjaga pergaulan, tidak menjaga mata dan tidak menjaga aurat juga.

I guessed dia ketawa beria tu sebab nak ambik hati.
Selepas insiden d hensem boi tu kot tak silap dia kasi tazkirah, pandangan kedua tu pandangan syaitan, cenggitu kot. Seperti biasa, dia kata dia tak tujukan kepada siapa-siapa. Seperti biasa juga, saya tengok lantai dan gigih berusaha buat muka x bersalah.

Guessed it taught me lots.
Tentu saja selepas itu saya terjumpa ramai lagi lelaki yang membuatkan mata saya tak berkelip. Dan dan muka ustaz ni melintas depan mata. Potonggggg!

Saya rasa orang lain pun sama.
Cuma buat masa ni Allah tutup aib kita je..
Kalau terbuka, ... MasyaAllah... mintaklah jangan..
x sanggup kot.

Macam cikgu dalam berita ni. (nanti paste)

Susah saya nak salahkan Cikgu ni, tengokla mamat Paki tu, mak aihhhhhhh sangat A+ nampaknya. Saya tak fikir dia ada niat nak menduakan suaminya yang sedang sakit, memberi aib kepada anak-anaknya seramai 6 orang itu atau memalukan profesion perguruan. Tidak.

Wanita sukakan keindahan. cikgu pun, manusia biasa juga (kali ketiga guna). Paki itu mungkin taste dia agaknya.
Bukan salah dia kalau dia tergoda.

Bukan dia tak beriman. Ada. Tengoklah tudung mahal dia tu.
Yang salahnya dia tak  terjumpa dengan Ustaz Pemalu tapi sempat pula perati anak murid ternganga tengok lelaki kacak dan terus kasi tazkirah kepada satu kelas.

Salah dia juga, tak ada kawan yang PEMALU macam  the other friend, yang katanya cakap ngan pompuan pun tak nak pandang muka sebab pompuan tu pakai baju merah ketat dan keningnya berpantis, ehh..

Saya fikir semua orang pernah buat silap.
Kalau kita saling tegur menegur secara berhemah, ingat-mengingati dan pandang setiap orang dengan penuh kasih sayang walaupun dia pakai jeans koyak2 dan kita ni lulusan agama (hehe) mungkin ada banyak kemungkaran dapat dielakkan.

Saya suka nak kongsikan ayat dua orang kawan baik saya. Et dan Fid, dituturkan sewaktu mereka baru berkahwin laaamaaa dahulu.
Bila seseorang perempuan berkahwin, There is no turning point.
dan saya tak tau ayat yang saya baca ni betul ke tidak,

it says, ' menyimpan rasa cinta  (terhadap seseorang selain pasangan yang sah) itu jihad'
Selamat berjihad!


p/s saya tulis pengalaman di atas, in case satu hari saya nak mengutuk orang, saya patut ingat, once upon a time saya pun gedik juga. Muhasabah diri lagi bagus.

No comments: