Thursday, December 19, 2013

Hari ni keluar keputusan PMR 2013

1. When I reached school at 9.45a.m. it was so serene n awfully quiet so I asked Kak Sal, "jadi ke keluar result ni?" . We wondered if d kids did not know about it because sorang pun tak nampak muka.

2. Mira, Fizah, Bieha and Shikin was the first group who came. So happy seeing at least ada juga yang datang.

3. Uda called informing good news. Yeayyyy!

4. Once d Principal came back we went up to Operational Centre, preparing for Majlis Penyampaian Keputusan. Every one was in joyous mood sebab result is much better than the previous year.

5. Had to ensure the top scorers are coming. Gigih saya talipon sana sini n most r answered by the parents. In normal circumstances, tak kuasa saya nak menalipon, selalunya saya suruh d kids called their friends.

6. Maya and Anis got 9As. Nabil surprised me for scoring A in Arabic, tapi Inggrishhhh dapat C pulak... Masaklaaa cikgu Inggrishhh dia lepas ni.

7. Fikri got 7A 1B 1C. B is English.heh? Nizam, Lut  and Yah who used to get 1,2,3 A in school based examination scored 7A 2B. Both got A in English:-)

8. I guessed most of d kids did their personal best and really makes me proud. Seksa kottt jadi
their form teacher. It is interesting to note, 2 students asked me which form four class I am going to teach next year. Saya bersangka baik mereka cuma mahu masuk kelas saya tahun depan, ermmm tapi dari cara mereka berpandangan... macam... ok... elok lah saya rahsiakan kelas saya takut nanti semua pelajar lari lintang pukang tukar kelas pulak. Heh?

9. Shikin broke down to tears, because she passed in maths and tak pernah-pernah tetiba dapat A untuk English. Saya pun rasa nak nangis when her father came n thanked me for "jaga Shikin dan ajar anak saya dengan baik".
I am sure he awares that I was paid to do so, but then since dia cakap dengan jujur n si Shikin yang selalunya  tersenyum 24 jam tu tetiba menangis beria pula, please forgive me for being a bit cengeng. (psstt tissue please)

10. To be fair, Maya's mom also thanked me. Ayah dia pun yang gigih ambil cuti hari ni. Anyway, saya rasa Maya berjaya sebab pengorbanan mak dan ayah dia yang sanggup hantar ke kelas tuisyen yang jauhnya 32km sehala setiap hari. Kalau Maya tak dapat 9As mungkin saya yang menangis kot.They had sacrificed a lot.

11. Haziq was quite satisfied with his result. Iqbal kata dia ok je. Other boys diammm je, but they lingered long enough so that we could have a chat:-).

12· One girl failed in Arabic. Saya rasa nak hempuk kepala dia. Another girl did badly, I wished I could do the same too. Sampai satu tahap, saya betul2 rasa diorang ni selfish. Never think about how hard d parents to make end meets, how hard d teacher having to do extra class sebab diorang asyik x datang je. Next year if I see bebudak cenggini, saya. .. saya.... errr... lupa lak.Guru Penyayang kan....mana boleh marah heh!

13. Compared to his previous result, Farhan result was taken everyone by surprised, including him, I guess. Lepas dapat result dia diam tak bercakap. His father, who is one of my closest friends came, tapi tak pun masuk dewan. I went out and congrats him. I know he was over the moon for the unsangkarable result.
Deep down, I could feel dia pun stressed out n he always informed what he did to help his son sebab guru kelas selalu duduk merenung kipas bila stress jadi secara tidak langsung memberi tekanan kepada rakan rakan sekipas juga.

14. Early in the morning, I called Nizam's parents, asking if any of his family members to get the result. It was answered by his grieving father who told me, "dengar pun sedih cikgu.. ". So inconsiderate of me.

15. At 11.30a.m Adam, Lina and I, followed by Kak Sal and Suhaida went to d hospital. Tried to call d other friend, but he did not pick up the phone. Nyampah eh... later he said no signal in d elevator, here n there n there there... Goshhh I m good at reading between lines. *sentap*

16. Bumped into Shrul at d parking lot. He looks thinner than I remember n definitely under d weather too according to Adam n Lina. He was about to leave d hospital, and we proceed to ICU.

17. We took turn visiting Nizam a.k.a Jan in ICU. He is still unconscious. Pengetua shed tears once she came out, n shed another tears (of joy) bila ayah Nizam cakap, "eeehhh mudanya Pengetua". Hehe.

18. Seeing Nizam's mom was so happy with his result, well... we fought back our tears as well.

19. Planned to grab buns for Adam n Lina because they had missed their lunch and mainly, depan boss kot... takkan la saya nak tunjuk sikap suka merayap tu kan. She insisted for us to have proper lunch. I took them to Kurnia Restoran, sebab kebetulan budak2 ni jumpa kawan diorang kat situ. Saya gayat bila d kids makan lemah gemalai (selalu saya pun sama) whereas d boss had cleaned her plate.

20. "wuishhh makan cepatla, pengetua ni jenis semua nak cepat, ce tengok dia dah habis makan pun" saya bisik kat diorang masa boss g ladies. Budak baik kan.... terus diorang makan cepat2. Harap2 tak sakit perut budak-budak ni.
Ohh that was not d first bisik-bisik for the day.
When we entered d restaurant saya bisik kat boss, "on me tau.. Kita yang nak bayar"
"Lorr kenapa pulak, saya yang ajak makan, dia pulak yang belanja" boss jawab, suara agak tak berbisikla.. haha..
"Kita nak belanja sebab kita saaaangatttttttttt gembira hari ini. Bagus result budak2 ni" saya jawab pendek.

Takkanla saya nak cerita, banyak kali saya rasa nak campakkan bebudak ini ikut tingkap sebab daya usaha mereka sangat menghampakan hati.
Banyak kali juga saya paksa mereka bersukan pagi pagi sebab homework saya, dan cikgu lain pun diorang dengan konsistennya tak nak buat. Ustazah diorang koyakkan buku n campak sebab tergamak diorang hantar buku tak siap. Pas tu dia ngadu, stress wehhhh.
Ada juga hari harinya, saya sedihh sangat, dan kalau tidak kerana hutang keliling pinggang, nak je saya berenti kerja. Lepas solat selalunya saya berdoa panjang mohon Allah berikan limpah kurnia supaya saya tak hilang sabar. Haishhh

Apa sangatla setakat belanja makan sekali je pun compared dengan setahun makan hati:-).

Orang kata,
a good beginning ensures a good ending.
I hope this is just the beginning:-)

No comments: