Friday, December 27, 2013

Sembang tingkap:-)

Untuk rekod (giler in denial state), Zana pernah mengadu masa bulan posa ari tu how inconsiderate KC is dan she was glad a terible thing had happened so that KC wud learn something..
Bulan posa, saya tak mau tanya. Zana pun cakap, dia x mau bercerita, jadi dia cakap secara umum. Saya tak pernah tau apa cerita yang terrible tu sampailah hari ni.

Ia bermula dengan pagi tadi bila Encik X bercerita dengan melodramatiknya tentang perbualannya dengan KC.
Dia suka mengampu. Lelaki itu, bukan KC.
Kami berenam waktu itu. Saya tak tau yang lain berfikir bagaimana. Seseorang yang anak saudaranya kenal rapat dengan KC cakap, anak saudaranya tidak seronok bekerja dengan KC. Encik X diam dan menyambung cerita, berbaur simpati dengan KC. Gigih mengipasssssssssssssssssssss!

KC adalah mimpi hitam dalam hidup saya dan tak mungkin saya nak sebut lagi.
Saya tak ada keperluan nak mengenang. Saya tidak memberi komen, but...
... x kanla saya nak percaya cerita Encik X. Terutama sejak saya menyedari selama ini dia menjadi tukang kipas yang sangat tegar sambil berpura-pura dia sentiasa sesuci embun pagi.

Kebetulan sangatla kan....
petang ini saya ternampak jiran belakang sedang menyidai kain.
Rumah dia besarr, suka hati dialah nak sidai kain pagi ke petang, tambahan dia sedang memerah otak memeriksa kertas peperiksaan SPM sekarang.
Subjek apa, semak kertas sekolah mana, tak pula saya tanya.
Dia dah tandatangan borang pink, Akta Rahsia Rasmi. Abaikan.

Saya cuma tanya tentang keputusan peperiksaan awam sekolahnya dan beberapa perkara berkaitan.
Yesssss... Encik X telah berkata tidak benar, seperti yang saya duga.

Saya juga bertanyakan tentang perkara yang Zana sebut terrible tapi tak mau cerita tu.
Yesss.. it was horrible, but like Zana, dia pun cakap secara umum je. No names, no specific allegation, no nothing.

Tolonglah jangan bayangkan jiran saya tu bercerita dengan mulut herot berot macam Joyah dalam cerita Opah yang korang tengok masa kecik tu.

Saya rasa senang bertanya dengannya sebab jawapannya pendek dan tepat dan selalunya berunsur positif.
Contohnya, "agak turun, dalam beberapa peratus tapi tidaklah banyak."
"agak teruk melibatkan mahkamah, mengadu terus ke kementerian" Dia berhenti di situ. Cerita tidak bersambung.

Tapi kalau tentang kebaikan seseorang yang saling kami kenali, ceritanya panjang sikit. Sikit saja.

Sebagai kenangan untuk hari tua, saya suka mengingatkan diri sendiri, apabila mendengar sesuatu berita, siasatla dulu. Rasanya ada ayat quran pasal ni. Saya takkan lupa, I was labelled as  pelik dan dipangkah because of that.
Especially bila the next time d same person repeats his/her same lies  saya akan kasi tau yang betul dan siap dengan sumbernya sekali.
Diorang kata mulut saya xder insurans. Heh?

Seriously?
I don't need Kaki Kencing to kencing me TWICE!

No comments: