Friday, January 31, 2014

growing pains?

Last Tuesday, saya berselimut duduk menyempit tepi my mom, pada pukul 5 petang.
Arif just came back for a short break n mommy was quizzing him on his dinner night.

Such a cheapo-annual-dinner at his workplace.

Me: jgn balik dik, gelap bahaya, tumpang tidur rumah kawan.
Mom: Ha'a kabus tebal mlm2 skrg ni... bawak baju spare, bawak kain
Me: Ada fresh toothbrush, sabun kecik2 pun ada... jangan susahkan tuan rumah..
Mom: Besok pagi balik la...
Me: Jangan awal sangat.. pukul 7 pagi pun gelap, nanti jalan tengah sibuk..

Arif diam je, malas dia nak layan kot..
Instead of gerak pukul 6.30 petang, we urged him to start his journey earlier, so that he can reach d place before Maghrib.
Dia ikut jugak.
Afterall, last year he met an accident on his way home from work.
Make sense la juga yang kitaorang nagging tu..

"korang ni cakap ngan Arif, macamlah dia budak2".. Uda complained... an hour later when she stopped at my bedroom:-)

--------------

On Monday, bila saya nak sarungkan kain I noticed hoop tu dah tercabut. Saya ambil jarum dan jahit, but benangnya putus. I was in hurry so saya guna pin kain je.

On Tuesday when I took off kain, lagi sekali hoop tercabut. Duh!
Saya letak je kat bathroom cabinet, took a painkiller n dozed off.

On Wednesday when I came home, my mom tengah jahitkan hoop tu semula.
I was speechless.

Uda: Eh.. anak dah tua pun mak yang kena jahitkan?
Mom: eh...... biarlah... bukan ada apa nak dibuat pun...

Ermmm..
hari ni saya punggah lemari n nak start menjahit hoop, jika dah longgar:-)

Thursday, January 30, 2014

Drama pagar dan drama kengkawan

Honestly I could not make head nor tail what she was rambling about. 
Instead, saya dengar dan offered " ya, ya" where I think was necessary.
Which turned out sangat supid..

Budak ni makin marah, dan akhirnya lari menuju pagar..
Cikgu yang garang macam singa ini panggil pun dia tak layan.
Tak payahla panik sangat sebab orang ramai, tapi saya panik jugak sementara tunggu cikgu dia datang..

Fizah yang baik tu pun datang dan pujuk dengan cerianya.
Lama juga.. baru mood dia ok dan mahu masuk ke kelas.
Sabar betul...
Haishhh..

Takkan nak ambil gambar pula?
So ini gambar Fizah dan anak-anak kelas Pendidikan Khas.
Orang sabar je boleh jadi cikgu di situ, macam Fizah, Judin dan Ija.
Yang tak berapa nak sabar, datang tunjuk muka sambil sengih depan kamera boleh la...

On Monday I went for a crash course.
Wajib kena buat in-house training.
Luckily, everyone was free this morning.
So we ended up camwhoring:)


Wait..
Not really everyone then..
Ezazul tak masuk dalam ini pilem.
So I ended up went down to his room and here is our pic..

Bukan kitaorang berdua je yang berlakon beria-ia, tukang ambil gambar (Zul Tahear) dan jurucahaya, Huda pun berlebihan nampaknya..


Sekian:)

Wednesday, January 29, 2014

Kek Kawen Sebesor Kelumpo

Seriously?
This is how the cake was described,

'The pink palace cake filled a  seven-foot-long, five-foot-wide table' (page 313)


Ermmm saya beli kek ikut berat, paling hebat sekilo-dua je pun..
tak tercapai akal saya orang samakan kelumpo ngan kek.

Anyway... saya suka baca buku ni..
Initially I bought for d kids because of the cute cover.  Kiut eh?  Love it so much..

Bila dah flip through, rasa macam tak sesuai pulak for their age.
But still, korang boleh pinjam anytime.

Sinopsis ye?
Three women, Bel, Max and Violet frequented White Wedding, a bridal shop. They became fast friends.
Dalam persiapan ke hari bahagia tu, there come a question?
Bahagiake?
The answer would be in the book, which is amazingly entertaining sampai x boleh nak berhenti baca.
I really like how the three friends shared their ups and downs though:-)

Monday, January 27, 2014

Drama Pintu Pagar

Drama!
Dah tua2 pun, budak ni peluk ayah tak nak lepas. Lamaaa Makcik guard pujuk. Saya marah pun dia buat tak tau je..

Rasa hangin juga...
I called Wana, who sits beside her in class.
Dia turun dari motosikal n jalan bersama Wana.

Wana: Dia takut kena tahan sebab lambat la ticer..
Me: Mana ada lambat, lambat ke? (sambil pandang pengawas yang tengah ambil nama pelajar yang datang lambat)
Pengawas: takkk... tak lambat.. ok je...


Orang kata la kan... masa  kat sekolah rendah dia memang selalu bersikap begitu.
Budak2...
gambor hiasan:)
Ada orang kata la kan..
One of my nieces, masa sekolah rendah suka buat peel gitu gak..
Kenkadang ayah dia terpaksa hantar dia balik sebab tak mau turun dari motor kat depan sekolah.
Kenkadang dia lari susup sasap balik rumah sendiri bila mak dia yang hantar g skolah.
Bukannya tak dirotan, tapi...
Syukurlah sekarang dah masuk kelas Abqori, tudung pun dah labuh. Jadi dah tak buat perangai macam tu lagi  hahaha..
I guessed that was one of d reasons kenapa saya sabar layan perangai that girl this morning.
Sebab kakak saya selalu cakap, dia geram n sedih sangat bila anaknya buat perangai cenggitu depan pintu pagar sekolah.
Dahla malu dengan parents, ngan cecekgu... pak guard pun nampak..
Kesian kakak saya...
Kesian juga ayah budak tu..

Makcik No.10

When we were small, we addressed makcik2 in our block according to their house number.
Rumah no 10, was our meeting point. Orang tu ada ke xder kat rumah, dengan tak malunya kitaorang g main kat situ. 

Pakcik n Makcik No 10, sangat baik hati. Despite habis patah riuk pokok bunganya kitaorang rempuh, seingat saya tak pernah pun diorang marah. Kena marah sebab bergaduh tu adala....

Their youngest daughter passed away 23 years ago, when she was barely 12. She was Baby bestfriend.  Sometimes bila Baby lalu kat situ Makcik tu tutup pintu, coz she said she cant bear looking at her without thinking of her late child.

Saya pun lupa, Pakcik meninggal tahun bila. He was young at that time. Sangat fit jadi sangat mengejutkan bila dia dijemput paling awal dalam kalangan jiran2. Arwah ayah saya cakap, pakcik ni la yang palingggg baik hati dan ikhlas antara semua kawannya.

Tahun lepas anak lelaki bongsunya pula dijemput. He had a battle with addiction since he was a teenager. Sampai hari ni my mom yang takder kena mengena pun tetap kata it was not his fault. Bagi mak saya, he was so adorable, manja, baik hati dan sangat hormatkan orang tua. Sangat sesuatu la, considering mak saya asyik naik hangin je tengok drug addict yang hidup tak terurus.

Makcik no 10 stayed with her eldest son n his wife. Her second son stays quite far from home, so does her daughter.
Baik je anak2 yang lain ni... 

Waktu siang Makcik no 10 duk sorang je kat rumah, but my mom says, her son will make sure keperluan makcik ni memang terjaga sebelum dia g mana2.

Makcik No 10 ni seingat saya memang cergas dan tak reti duduk diam. Rajin betul. Kalau mak saya nak suruh saya jadi drebar makcik2 ni, dia suka jual nama Makcik No 10 ni.
Entah hapa2... saya fikir, semua orang sebaya saya yang pernah bertunggu tangga kat rumah No 10 masa kecik dulu memang ada sedikit kasih sayang tak bertepi pada makcik ni kot..

2minggu lepas, mak saya kata Makcik No 10 demam tak kebah2. Saya tak pergi pun... Cettt...

Hari Rabu lepas sewaktu saya jalan menonong sebab Acho gunakan kereta, Makcik No 10 tu panggil...
Terkejut gila saya dibuatnya.
Selalu saya guna laluan kat rumah no 8, tapi mak saya kata makcik tu tak ada kat rumah, tu yang saya tukar laluan tu.

Serius.. saya tak nak nampak pun makcik tu kat kerusi di verandah rumahnya.. Dia nampak kurus dan kecil.
Saya berhenti, terus duduk bersama dan berbual sampai azan asar.
Sebenarnya saya tak tau nak cakap apa. Saya tak pandai, mengambil hati orang tua (orang muda pun saya x reti ambik hati juga)....  Tapi dia nampak sihat dan ceria pada mata saya. Matanya terang, dia sedang membaca suratkhabar masa tu.
Sebelum balik saya pau biji bunga keembongnya:-)
Just like an old time.

Semalam mak saya kata she was admitted.
Hari ini saya tanya mak saya kalau2 dia mahu melawat. Laju je dia kata ya, dan jemput 2 orang makcik yang lain.

Makcik No 10 dikelilingi oleh saudara dan jiran2.
Dia nampak sedih dan gusar.
Langsung tak ada riak gembira jumpa semua orang.

Bila berpisah, mak saya over, peluk dan menangis..
Pulak...

7 tahun dulu,  Arif cakap, mak saya pergi menjemput Makcik No 10 ke perkahwinan adik saya Yus dan Riena.
Masa tu rumah no 10 was under renovation, jadi makcik menyewa rumah kilang..

"Ko tau x, masa nak balik tu, Mak peluk Acik tu, sambil nangis2, Acik tu pun sama, sedih orang tengok" Arif cakap.
" Apa ke cengeng beno ko ni dik?" saya tanya semula..

It just that today, masa tengok makcik tu nangis, saya nampak orang lain pun sebak jugak.
Especially bila saya baca kat katil tu ada tag bintang, berisiko kalau jatuh. Makcik No 10 bernafas melalui topeng pernafasan dan berkumuh melalui tiub.

Saya macam tak percaya. Makcik No 10 sangat kuat dan cergas pada mata saya.
Rupa2nya dia sudahpun berumur 72tahun.

72 tahun?
Kenapa saya selalu rasa makcik2 ni immortal?

Tetiba saya rasa lebih cengeng dari adik saya Arif.

Semoga Makcik No 10 akan segera sembuh seperti selalu. Amin.

Sunday, January 26, 2014

Tetiba...

On Thursday, Baby told me she bought an oven n now she enjoyed baking so much.
Whatttt? Once, she told me she was contended with d white  microwave.
People tend to change as they get older. Haha..


Yesterday she texted, asking what I need from Yummie. My list was quite long, 5packs of golden muffin premix,  1kg red velvet premix, 500g cream cheese, choc chips, paper cups n 30pcs of plastic goblet.
Oh... n fresh cream too.


Menyedari dapur saya itu cumalah sekangkang kera, harusla saya mengemas dan memunggah to give way for errr a new stock?
Honestly, stok dalam kabinet tu masih cukup, tapi...
Ok takder tapi tapi...
Lepas sembahyang Subuh saya mula bersilat.
Pukul 12.00 tengah hari barulah semua selesai...
Not really, lantai masih belum mop..
Apa apahal pun saya paste gambar dulu..

Wednesday, January 22, 2014

Yang huduhssss

Honestly, entry sebelum ini adalah cerita satu dalam sejuta.

Selalunya saya asyik nak marah orang je...
Not that I m proud of it, tapi saya memang zero-tolerance kalau orang yang tak menghormati masa orang lain.
Whoever they are.

Like today, saya hangin betul with a girl, considering I've given her a task last week.
At 2.15 p.m today, when we had started our meeting, d task belum sampai pada yang sepatutnya.
She had rehearsal outside, goshhh...
Tentu saja saya bagi dia masa 5 minit untuk laksanakan tugas dia.
Dengan muka singa lapar tentunya.

Sudahnya, tugasan dapat dilaksanakan ikut jadual.
That's all that matter.

Kalau kecik2 buat kerja cincai2, nanti dah besar menyusahkan orang..

Termasuklah orang nombor dua dalam entri saya kali ini.
Tadi seseorang menyampaikan mesej, Encik X suruh buat kertas kerja yang lengkap dan mesti ada rasional, bla bla bla...

Saya beritahu dengan muka seposen saya tak mahu buat.
Saya cakap lagi Encik X itu bajet bagusss (ayat remaja).

Saya sudah berkerja dengan ramai orang. Ada yang rajin dan bijak.
Ada yang rajin tapi kurang cerdik. Ada yang kaki kipas tapi pemalas. Ada yang rajin tapi rajin juga mengipas. Ada yang kurang cerdik tapi berlagak pandai. Ada yang berlagak bodoh, sebab dia pemalas. Ada yang bongkak dan  sombong tapi really walk his/her talk. Ada yang berpura2 suci tapi batu api.

Macam-macam..
Macam mana gigih mereka menilai anak buah, saya pun sebagai manusia biasa menilai mereka.
As for me, action speaks louder than word.

Saya tak mau layan sebab
1. program itu telahpun berjalan selama 3 minggu.
2. kertas kerja yang tidak lengkap katanya itu telah dihantar untuk semakan pada 6 Jan. Approved
3. kalau cerdik, pulangkan semula kertas kerja itu dengan pembetulan. takat modal gigi dan lidah, budak tedika pun boleh jadi Perdana Menteri.
4. dia pun sepatutnya buat satu program yang hampir sama. Mana? who are you kidding man?
5. mengikut rekod, ada dua perkara penting yang sepatutnya sudah selesai, tapi sehingga hari ini langsung dia tak ambil pot pun. gigih pula tu tuding jari pada orang lain, padahal mengikut rekod... heh?

Let me be honest...
I smell something fishy when an on-going programme which YOU yourself failed to take action, lu sebok find fault sana  sini. Kerja lu pun yang patut lu buat, boleh pula lu biar orang lain take over, pas tu bila failed miserably, lu cuci tangan.
Benda yang orang dah buat, lu sebok plak nak kasi idea bijaksesanasini
Lu jangan macam-macam bro...
Pepatah Arab kata, 'a friend advises in his interest, not yours'.

Of course I will put my trust in d Arab Proverb.
Unless lu nak klem, lu lebih lindungan kaabah dari Orang Arab tu kot?

Untuk kali yang entah keberapa, saya ingin bertanya,
kenapa ye... bila diberi pangkat dan kedudukan, dengan tersengih2 kita terima dan cakap,
'syukurlah rezeki dari Allah".

Seriously?
Main wayang atas dunia pun bukan semua orang boleh kena kencing, inikan pula di Padang Mahsyar nanti.
Gebang kuat, integrity questionable, still got nerve nak tunjuk tererr?
Agak2 la bro!

Sekian,

p/s ayat memang sengaja diremajakan.
p p/s  latar tempat (setting) tidak disertakan jadi mungkin saja berlaku di Uganda atau Papua.
P p p/s watak juga tidak dinyatakan mungkin juga ilusi penulis.

" Kami pun nak masuk persatuan sama dengan ticer"

Untuk rekod, persatuan yang saya jadi Guru Penasihat tu adalah dalam ranking tercorot. Punyalah tak berdaya maju. Bukan salah sesiapa, melainkan diri saya sendiri yang malas nak menyumbangkan tenaga. Idea jangan ditanya, penuh satu perigi...

Tahun ini kawan yang saya senangi  (rajin betul dia ni) dah berpindah ke tempat lain. Saya masih kekal sebagai Penolong (tolong tengok). Sadly, d one who supposed to lead requested to have other persatuan, dan ganti yang diberi tu Kaunselor.

Macam tak sampai hati je, knowing she will in-charge of lots of programme.
Malas nak fikir panjang, I see Mr Azizan n volunteered myself.

Cabaran nombor satu, memastikan saya ialah Guru Penasihat.
Cabaran nombor dua, aktiviti persatuan bestest, kot tak saya pun tak mau datang.
Cabaran nombor tiga, AJK mesti tip top.
Cabaran nombor empat, ahli persatuan mesti cukup dan tak beralih arah.
Cabaran 1,2 dan 3 macam berskala kecil. Macam bolehhhhh laa..
Cabaran no 4, ramai je ahli yang dah melompat ke persatuan lain.

Saya tak salahkan mereka.
Instead of rayu merayu, pujuk memujuk, baik saya fokus nak rekrut ahli baru.
Tadi pagi saya terserempak dengan 6 girls. Melihat pakaian seragam mereka..
me: ala.... kenapa tak masuk Pandu Puteri..

Girl 1: Kamiorang dah minta... x boleh...
me: ye la tu.... sengaja tau...
Girl 2: Ye kitaorang dah tanya cikgu tu, dia kata kena tukar suka sama suka..
me: Eh? Ye ke?
Girls: Betul... kitaorang dah tanya..
me: Biar betul ni?
Girl 1: Kami memang nak masuk persatuan sama dengan ticer....


Seumur hayat kerjaya, tak pernah lagi kejadian ni berlaku.
Kalau saya cerita pada kawan2 saya mungkin mereka speku saya delusional.
Kalau bekas anak murid saya baca entry ni, mungkin diorang ketawa berguling...
Mana pernahnya bebudak beria nak masuk Pandu Puteri kat sekolah saya.
Selagi ada ticer yang garang dan banyak songeh pulak ni.
Sebab tu saya tulis di sini.
Saya rasa skrip ni tak mungkin berulang.
btw sehari dua ni, saya rasa berjalan tak berapa jejak bumi:-)

Tuesday, January 21, 2014

Nanti awak kasi salinan penyata gaji dan kad pengenalan tau

Sejak tahun lepas saya menerima surat pelantikan wakil NUTP di tempat kerja.
Gigih saya promote suruh kawan-kawan masuk jadi ahli. Masa tu la. Lepas tu saya pun senyap.

Awal tahun ini saya mengedarkan kalendar perancangan NUTP kepada ahli yang hanya 12/70 itu.
Saya pun promote lagi. Muka tembok:-)

Halmi Miswan yang sejak azali suka membangkang itu kata,
"Aku dah bosan dengan isu perguruan. Hari2 cerita guru. Komplen PBS la, minta naik gaji la, cikgu ni... sekarang suruh masuk persatuan guru pulak...".
Gitu kot dia cakap, panjang lagi sebenarnya. Saya rasa nak hempuk je.. hahaha...

Selepas itu saya turun ke kelas Pendidikan Khas, nak kasi kalendar pada Fiza tapi hanya Judin saja yang ada. Fiza pergi ke klinik.

Judin: Kak... saya dah lama nak masuk persatuan ni... macam mana kak?
Saya: Awak kasi salinan IC n penyata gaji, nanti akak uruskan untuk awak.
Judin: Bagi pada akak ye? Tapi sekarang saya ada hal kak...
Saya: Bila2 awak senanglah, letak atas meja akak pun tak mengapa..

Jap..
Saya: Ko x rasa pelik ke Judin tetiba akak berawak2 pulak..
Judin: Saya pun heran, formal bebeno..

Cetttt...
baru jadi balaci edar kalender dah fefeling lebih...
Tapi saya salahkan halmi jugak..
Sebab dia dh buat saya terkejut pagi2 dengan komen 'not sweet' tu..

Hahaha

Love is when...

Benda x kelakar pun kita start ketawa berguling.

Nak tulis panjang2, penat pula..

The thing is, while for other class, saya berjalan ala-ala supermodel je (read:lemah gemalai) for this class, sanggup bertunggu tangga, so that I could see them on time.
Partly because I m afraid they would make noise n mainly, their warm welcome are addictive.

They way they looked at me n response to my questions... perghhhh
Saya rasa macam Neelofa je.

Biarlah sudahnya mereka bukan faham sangat pun apa yang saya cakap.
As long as,  dari jauh bila nampak muka saya mereka dah sengih sampai telinga dan siap jerit-jerit panggil nama lagi...
Makcik terharu hokehh..

Today, I told them whoever could do two exercises, instead of one, "Awak boleh makan waktu rehat bersama saya".

Honestly, there are 3 students who could do with a bit enhancement, tapi kalau terus bagi macam tu saja, saya pernah baca somewhere,  akan demotivated pelajar lain sebab unconsciosly pelajar yang tak dapat enhancement rasa diri mereka tidak dihargai (gitu kot ayatnya).

Sungguh tak pernah terjadi seumur kerjaya saya, d kids beria-ia nak mengejar peluang makan bersama 'ticer yang baik macam harimau'.

Yess..
Tu ayat one of them. Dia cakap begitu 'baik macam harimau'.

Ironically, ayahnya rakan sekelas saya sewaktu darjah 6.
Saya rasa nak cakap je, 'awakpun sangatttt baik macam ayah awak'.

Gilerr..I m not 12 anymore.
Motip nak babitkan kawan yang mulut laser masa kecik2 dulu?
Jadi saya ketawa sensorang.

p/s I considered ayah budak ni one of good friends when I was 12 because he sat next to me in class.
Ke behind my desk? ok.. dah lupa.

Sunday, January 19, 2014

French Kissing-just the thing to heal a broken heart

If u are my age, 27 that is. . haha..
hey! you would love this book.

Bila dah tua dan dah baca sangatttt banyak novel, saya fikir, seronok atau tidak sesuatu cerita/novel/cerpen/biografi bergantung kepada watak utamanya. If he/she is likeable, I will definitely like d story.

Macam ada satu buku tentang ibadat haji dari kacamata penulis tu, saya baca juga.
My friend  said my heart was made of stone because I confessed, it did not touch my feelings r macam dia yang menangis baca buku itu. Apa yang nak tersentuhnya. Kawan saya, Kak Sal dan suaminya tinggalkan anak kecil sewaktu menunaikan haji, makcik dan pakcik saya pun. As for the story dulu dia jahil bab agama... wooooooo

Ada raaaaaamaiiiii orang yang saya kenal nampak jahil dari luaran, tapi bila bab solat dan halal haram... ermmm suffice to say, saya yang bertudung secara konsisten ni pun tak sampai level mereka. Saya terserempak dengan mereka di masjid, sebab bila hari panas saya tak larat nak berjalan, selalu saya lepak di masjid sendirian. I met all kind of people there. These people selalunya x banyak cakap bab agama pun. I bet by now, their life  n ibadah are much better than mine.

Kecik hati dia kata hati saya keras hehe...


For me d story is so cliche n if u talk to any jemaah (pilgrimage) you will find a lot more heart-wrenching stories than him. Cuma cerita jemaah lain tak dibukukan je.
Besides, I think cerita macam tu saya dah ulang baca berjuta kali kat Majalah Mastika.
So I could not see, which part yang membuatkan my friend tersedu sedan.
Ishhh.. off topic.

Well, I really like Sally Marshall, watak utama dalam cerita ni. Malas pulak nak tulis sinopsis cerita.
Bacalah sendiri.

Saya juga suka semua dates yang dia temui. I guess paparannya hampir sama dengan kehidupan sebenar. 

Unfortunately, it took me full one week to finish this book. Saya terganggu dengan ayat kompleks dan pancangan yang digunakan. Sesuai dengan watak Sally sebagai tutor Bahasa Inggeris mungkin.
Ada banyak perenggan yang saya kurang fahami dan membuatkan saya berhenti dan menyelak kamus.
Sesuatu yang sangat jarang saya lakukan (sebab malas) kecuali kalau orang minta saya buat terjemahan.
Saya suka pilihan perkataan dalam buku ini.
Nampak classy dan educated.
"Prostrate on the sofa, a fleece of blanket wrapped around my shoulders, I must have cut a sorry figure. Lila, who had understood within seconds of her arrival that was not right with mummy, was ministering to me dutifully with her plastic doctor's kit. When the front door creaked open she paused, her hand pressing the yellow plastic chest piece of her toy stethescope to mt T-shirt, pretending to listen to the beating of my heart'
page  358.


Korang pernah dengar perkataan 'prostrate' sebelum ni?
Saya tak pernah.
Go n grab this book. Worth reading, ai tell yu:-)

Unkempt garden updates

Geographily (?) speaking, with the frequent howling wind lately, comes a dry season. Normally rain would become scarce in February.
For someone who rarely home, I rely on the rain to make d garden lively.
Anyway, before February comes, I'll snap some photos of my coveted plants. 
Yesss.... untuk kenangan di hari tua:-)
 I know, dengan rumput yang tinggi mencelah tu mesti orang tak sangka ini kangkung. Pssttt.. d most famous vege  in Malaysia:)
Pokok mangga. Nik yang  kasi.  Rumput baru di bersihkan pagi tadi.
Pokok delima, pemberian Yate. Kali kedua dia kasi. First,  tanam atas tanah, dah mati. Yang ini nampak subur.
 I lost count  ini pokok kedondong yang ke berapa. Kalau tak ke-5, ke-6 ke.. entahlaa.. Saya sangat suka makan kedondong, tapi pokoknya macam tak gembira pula bila duduk atas tanah. Jadi cuba dalam pasu pula. 
Pokok cili yang berbuah, mak saya yang kasi.  Selalunya saya tak perlu beli cili pun. Alhamdulillah, berkat pemberian Mak ni..
Pokok mangga kedua. Ini pun Nik yang  kasi.  Tak sempat nak bersihkan rumput, hari panas sangat semalam (alasan)
Pokok jambu yang dibeli pada 30 Disember 2013, dan baru pagi ni di tanam.  Kesian pokok tu... kejam betul.
Poko limau dibeli sekali dengan pokok kedondong. Limau ni galak berbunga dan berbuah. Sejuk hati saya..
Pokok mulberry, Yati kasi  tahun lepas. Saya cerita dengan semua orang kot, dan saya masih ingat Man cakap nanti dia nak juga. Saya janji akan kasi.  Bulan November saya semai dua pokok secara keratan batang. Saya dah kasi  pada orang. Pada 1 Januari saya semaikan lagi 5 pasu dan letak di tempat kerja. Harap-harap pokok tu berbuah dan segar merimbun macam ingatan saya pada kawan saya tu yang tak pernah padam:(
Saya suka bunga kucai ni.Comel sungguh!  Ini pun asalnya saya ambil dari rumah Yatie. Semoga murah rezeki kawan saya tu.



Sekian.

Saturday, January 18, 2014

Perlukah?

Dari hari Ahad lepas saya tak ok. Setiap hari ambil painkillers. Cuma kalau cuti saya memang mengelak makan painkiller. Resulted, satu kerja pun tak jadi.

Saya sensitif lebih.
Tengok bilik air takde mesin basuh saya nangis.
Tengok lemari yang saya nak ubah ke bilik lain tapi tak reti nak tanggalkan extension dan tak muat lah nak keluar pintu, pun nangis..
Tengok langsir yang warna kelabu asap pun nangis juga
Tengok kat luar tingkap, rumput makin panjang, berjam2 saya nangis.

Entah apa yang sedih tak tau la. ..
Rumput je pun.
Kalau nak sangat, mesin basuh, pergi je la beli..
..and d wardrobe n curtains... come on..
I could always go to Ikea... I mean.. ok...
Dulu2 pun tetiap minggu saya g Ikea angkut segala maknika tu sensorang..
So, apa masalahnya?

Top of all, bila teringat perbualan dengan my mom semalam, rasa macam tak nak kering pula air mata.
Padahal dia cuma kata nak beli baju je. Terus saya rasa sesuatu..
"Kenapa mak nak beli baju?" saya tanya lagi...
"Sajala... selalu kita tak pernah tengok bahagian ni"... mak saya cakap.

Berjuta-juta kali pergi ke Pasaraya TF di Teluk Intan tu, atau TF Tapah atau TF Behrang, tak pernah mak saya sebok nak tengok barangan lain selain sabun cuci, sabun mandi, ubat gigi, sayur dan barang dapur.
Terus saya pegang tangan mak.

Entah...
Lepas tu tak semena2 saya rasa x ok semula..m
Jadi kitaorang balik awal.

Patutnya saya bawa mak saya lunch n pergi kedai kain baju kat mana-manalah di Teluk Intan tu.
Tapi I felt dizzy n. .. entah...

I went back to 12A. Dengan kepala x ok, badan pun semacam, automatically emosi pun tak stabil.
At 6.00p.m mom called. She thought I'll be back because Anjang's are at home.

Kalau saya boleh jalan sampai ke pintu depan pun dah cukup bagus.
Nope. I didnt tell her that.

I hate it so much bila keadaan cenggini.

Enough on that.
By 10.00p.m, I felt much better.
I put on sneakers n started light exercise.
Drank a bottle of warm water n had pineapple puff.

Mood pun ok, rasa macam...
Tapi kot tetiba I called my mom now, sure dia risau pula..
Seriously, did I cried about d lack of washing machine, new wardrobe n curtains?
That was soooooo supid ok.

Ok tak kalau keluar sekarang siram pokok?

Thursday, January 16, 2014

You know you love me

Tajuk ehsan dari Gossip Girl:-)

1. Sewaktu rehat seorang pelajar lelaki yang tidak saya kenali berlari mengejar sambil membawa sebotol minuman kultur dan sebungkus air milo. Kedua-duanya hampir habis. Hampa hatiku:-)
him: cikguuuu... cikgu kan yang bagi cupcake semalam.
me: kenapa? kamu sakit perut ke?
him: takkkk..
me: lepas makan tu awak ada rasa mual ke?
him: takkkk...  mak saya suruh tanya resepi.
Ayat last tu je saya nak highlightkan.

2. I saw few miscalls from d other friend yesterday. Selalunya saya balas, tapi semalam saya masih tak ok n spend most of my time sleeping on n off. Besides, saya rasa dia sihat2 saja sehari dua ni.
"pokok tu berbunga, tu je nak bagi tau" dia cakap bila saya terserempak pagi ini.
Terus hati saya berbunga-bunga. hahhahahahha
xoxo (ini pun tiru gossip girl)



p/s all pictures are from google:)

Durian Hari Ini

Juga bukan your typical durian ramblings.

Seawal Isnin saya sudah beritahu tentang kejadian ini. Secara lisan, durian itu tidak bertanya apa2, cuma memberi nasihat yang sebenarnya budak tadika pun tahu. Saya beritahu nanti untuk details kawan saya yang akan maklumkan, sebab kawan saya lebih arif, padahal dia tak bertanya pun. Tapi saya ikut prosedur.

"You know what? He asked me to call d HQ to confirm whether we should do it or not because as he sees it, the HQ never press r make fuss about it". Kawan saya cakap.
Kami bertiga (ada lagi seorang di situ) menggelengkan kepala. Kalaupun nak gali kubur, galilah sendiri, jangan babitkan orang lain. No
Nope. None of us melayan permintaan lontar batu sembunyi tangan itu.
Seeing that my friend was not well today, I replaced her, as long as d task would go as planned.

Another friend, bisik..
Durian itu marah sebab dia tak diberitahu awal dan tidak berbincang dengannya tentang tarikh dan masa dan cara perlaksanaan.
I smirked. 

Sebenarnya saya sangat sangat sangat marah.
Jadi saya tulis status ini facebook

Untuk ingatan diri sendiri.

Dan kalau lepas ini saya dianiaya secukupnya, biarlah...
Saya takkan melawan sebab

Saya suka durian:-)


p/s pics from Google:)