Monday, January 06, 2014

harimau dan bintangnya

Sehari dua ini, susah betul nak mengikis habit sewaktu cuti sekolah iaitu berkuntum dalam laman forum serta menjelajah berita serata dunia, di alam maya.
Tapi saya tidak pernah meninggalkan jejak, xder keperluan. Lagipun tanpa komen saya pun laman tu dah cukup meriah.

Sometimes, bila baca isu yang provokatif, gigihla saya menggugel arkib berita/isu berkaitan yang sentiasa dihujung jari. Hebatnya kuasa internet.

Reading all those posts/news/thread I realised, hidup ini betul-betul macam roda. A certain public figure, dihina habis-habisan, if I were in her shoes, saya menangis hari-hari walaupun ada 80 pasang kasut louboutin kat dalam lemari.Nope, I do not have any louboutin, but she has  many and fond of it. As a woman, in my opinion, adalah sangat normal kalau berkongsi cerita tentang shopping! atau post gambar baju baru kat instagram (I do not have baju baru either)
But then, since that particular celebrity pernah menulis ditwitter, perbuatan itu "vulgar and cheap", jadi setiap gambar yang dimuatnaik terus dikecam.
Kesian dia. Semoga tabah dan dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.

Susah betul bila ada facebook, instagram, twitter dan sewaktu dengannya.
Sekarang, bukan gajah saja ada daya ingatan yang kuat..
Semoga menjadi pengajaran kepada norizan adnan dan korang juga.

Sekejap tadi saya bersembang dengan Acho. Ini pasal berita yang saya baca dan dengar sewaktu remaja. Dulu tak ada internet, jadi sumber berita hanyalah daripada akhbar arus perdana. Khabar yang kurang menyebelahi sesetengah pihak yang berkepentingan tidak akan sempat  keluar setkhabo. Kita yang mendengar ni, konfius je, dan akhirnya sebab tiada bukti, terus tak percaya.

Bertahun kemudian, suspek pun sudah tua dan berkuasa, cerita lama berulang kembali. Bezanya dulu, bangkai gajah boleh ditutup. Dulu kalau marah simpan dalam hati atau di bawa mati saja.
Sekarang, boleh marah secara terbuka di dunia maya dan tunjukkan bukti sekali.
Bukti yang tersorok dari pandangan umum 30 tahun dahulu pun boleh terburai isinya.

Membuka aib orang memang dah tertulis balasan yang setimpal, cuma, kalau niatnya ingin menghentikan kezaliman, entah... macam mana tu?
Pada akhirnya, si pembaca pun dapat menilai, yang mana betul dan yang mana telunjuk lurus, kelingking berkait.
Whatever it is, kesudahannya kita pergi bertemankan kain putih 7 meter ke berapa meter ntah..
Harta, pangkat, anak dan pasangan hanya perhiasan dunia.
Apalah yang hendak dikejar sangat atau dimegahkan.
Kalau di dunia pun, aib kita zaman muda boleh dipertontonkan, di Padang Mahsyar lagi skeri ok..
Semoga norizan adnan mengambil ikhtibar.

Akhir sekali, ada masanya saya gugel tentang figura yang saya sukai, selain Anuar Zain la kan.. Kenkadang saya sedih bila figura yang saya hormati dicaci nista.
Berani diorang cakap Datuk Wahid Omar b@d@h. Heh?
Seronok agaknya memanggil orang dengan panggilan yang menghina, mungkin mereka rasa diri mereka setaraf Einstein agaknya.
Orang kata kita tak boleh memuaskan hati semua orang, tapi kita boleh saja berdebat dengan cara yang sopan macam pegawai2 MITI yang dapat pujian seluruh dunia tu (yang ini saya baca dalam The Star lama dah, sewaktu itu Rafidah Aziz masih menjadi menteri MITI).
Untuk rekod, saya bukan parti biru.
Untuk rekod juga, saya perhatikan dalam kalangan kenalan, orang yang gigih bercerita hal politik, kondem parti lawan sana sini,  kutuk dasar kerajaan itu ini, maki pembangkang macam2 haishhhh... kerja diorang pun tak berapa sempurna.
Tak berani saya nak kata forumer yang maki politicians tu setaraf je pe'el dengan kenalan saya.
Entah.... ada hati nak kata orang b@d@h. Cetttt!
Kau pernah dapat CEO OF THE YEAR?

Anyway...
Apa pekdahnya pun saya membaca semua itu?
Figura 1, suka bershopping, tapi mudah melatah jadi malu pula nak jilat balik.
Figura 2, sudah biasa bersultan di mata, beraja di hati, mana nak tau bila tua, anak pun dah besar, zuckerberg cipta facebook, Steve Jobs buat apple  mampu milik yang boleh bergossip. Haishhh... kantoi!
Figura2 3 yang identitinya tidak dikenalpasti  mahu dilihat hebat. Syukurlah ada laman forum, tidaklah terperuk di kedai kopi saja. Bolehla cakap berdegar2, akhirnya tutup suis dan hujung bulan bayar bil. Heh?

Figura 4, sebok berkuntum. Lepas tu tanya kat diri sendiri,
Apa pekdahnya pun?

Mungkin benar, leopard never change  his spot.

No comments: