Wednesday, January 22, 2014

" Kami pun nak masuk persatuan sama dengan ticer"

Untuk rekod, persatuan yang saya jadi Guru Penasihat tu adalah dalam ranking tercorot. Punyalah tak berdaya maju. Bukan salah sesiapa, melainkan diri saya sendiri yang malas nak menyumbangkan tenaga. Idea jangan ditanya, penuh satu perigi...

Tahun ini kawan yang saya senangi  (rajin betul dia ni) dah berpindah ke tempat lain. Saya masih kekal sebagai Penolong (tolong tengok). Sadly, d one who supposed to lead requested to have other persatuan, dan ganti yang diberi tu Kaunselor.

Macam tak sampai hati je, knowing she will in-charge of lots of programme.
Malas nak fikir panjang, I see Mr Azizan n volunteered myself.

Cabaran nombor satu, memastikan saya ialah Guru Penasihat.
Cabaran nombor dua, aktiviti persatuan bestest, kot tak saya pun tak mau datang.
Cabaran nombor tiga, AJK mesti tip top.
Cabaran nombor empat, ahli persatuan mesti cukup dan tak beralih arah.
Cabaran 1,2 dan 3 macam berskala kecil. Macam bolehhhhh laa..
Cabaran no 4, ramai je ahli yang dah melompat ke persatuan lain.

Saya tak salahkan mereka.
Instead of rayu merayu, pujuk memujuk, baik saya fokus nak rekrut ahli baru.
Tadi pagi saya terserempak dengan 6 girls. Melihat pakaian seragam mereka..
me: ala.... kenapa tak masuk Pandu Puteri..

Girl 1: Kamiorang dah minta... x boleh...
me: ye la tu.... sengaja tau...
Girl 2: Ye kitaorang dah tanya cikgu tu, dia kata kena tukar suka sama suka..
me: Eh? Ye ke?
Girls: Betul... kitaorang dah tanya..
me: Biar betul ni?
Girl 1: Kami memang nak masuk persatuan sama dengan ticer....


Seumur hayat kerjaya, tak pernah lagi kejadian ni berlaku.
Kalau saya cerita pada kawan2 saya mungkin mereka speku saya delusional.
Kalau bekas anak murid saya baca entry ni, mungkin diorang ketawa berguling...
Mana pernahnya bebudak beria nak masuk Pandu Puteri kat sekolah saya.
Selagi ada ticer yang garang dan banyak songeh pulak ni.
Sebab tu saya tulis di sini.
Saya rasa skrip ni tak mungkin berulang.
btw sehari dua ni, saya rasa berjalan tak berapa jejak bumi:-)

No comments: