Monday, January 27, 2014

Makcik No.10

When we were small, we addressed makcik2 in our block according to their house number.
Rumah no 10, was our meeting point. Orang tu ada ke xder kat rumah, dengan tak malunya kitaorang g main kat situ. 

Pakcik n Makcik No 10, sangat baik hati. Despite habis patah riuk pokok bunganya kitaorang rempuh, seingat saya tak pernah pun diorang marah. Kena marah sebab bergaduh tu adala....

Their youngest daughter passed away 23 years ago, when she was barely 12. She was Baby bestfriend.  Sometimes bila Baby lalu kat situ Makcik tu tutup pintu, coz she said she cant bear looking at her without thinking of her late child.

Saya pun lupa, Pakcik meninggal tahun bila. He was young at that time. Sangat fit jadi sangat mengejutkan bila dia dijemput paling awal dalam kalangan jiran2. Arwah ayah saya cakap, pakcik ni la yang palingggg baik hati dan ikhlas antara semua kawannya.

Tahun lepas anak lelaki bongsunya pula dijemput. He had a battle with addiction since he was a teenager. Sampai hari ni my mom yang takder kena mengena pun tetap kata it was not his fault. Bagi mak saya, he was so adorable, manja, baik hati dan sangat hormatkan orang tua. Sangat sesuatu la, considering mak saya asyik naik hangin je tengok drug addict yang hidup tak terurus.

Makcik no 10 stayed with her eldest son n his wife. Her second son stays quite far from home, so does her daughter.
Baik je anak2 yang lain ni... 

Waktu siang Makcik no 10 duk sorang je kat rumah, but my mom says, her son will make sure keperluan makcik ni memang terjaga sebelum dia g mana2.

Makcik No 10 ni seingat saya memang cergas dan tak reti duduk diam. Rajin betul. Kalau mak saya nak suruh saya jadi drebar makcik2 ni, dia suka jual nama Makcik No 10 ni.
Entah hapa2... saya fikir, semua orang sebaya saya yang pernah bertunggu tangga kat rumah No 10 masa kecik dulu memang ada sedikit kasih sayang tak bertepi pada makcik ni kot..

2minggu lepas, mak saya kata Makcik No 10 demam tak kebah2. Saya tak pergi pun... Cettt...

Hari Rabu lepas sewaktu saya jalan menonong sebab Acho gunakan kereta, Makcik No 10 tu panggil...
Terkejut gila saya dibuatnya.
Selalu saya guna laluan kat rumah no 8, tapi mak saya kata makcik tu tak ada kat rumah, tu yang saya tukar laluan tu.

Serius.. saya tak nak nampak pun makcik tu kat kerusi di verandah rumahnya.. Dia nampak kurus dan kecil.
Saya berhenti, terus duduk bersama dan berbual sampai azan asar.
Sebenarnya saya tak tau nak cakap apa. Saya tak pandai, mengambil hati orang tua (orang muda pun saya x reti ambik hati juga)....  Tapi dia nampak sihat dan ceria pada mata saya. Matanya terang, dia sedang membaca suratkhabar masa tu.
Sebelum balik saya pau biji bunga keembongnya:-)
Just like an old time.

Semalam mak saya kata she was admitted.
Hari ini saya tanya mak saya kalau2 dia mahu melawat. Laju je dia kata ya, dan jemput 2 orang makcik yang lain.

Makcik No 10 dikelilingi oleh saudara dan jiran2.
Dia nampak sedih dan gusar.
Langsung tak ada riak gembira jumpa semua orang.

Bila berpisah, mak saya over, peluk dan menangis..
Pulak...

7 tahun dulu,  Arif cakap, mak saya pergi menjemput Makcik No 10 ke perkahwinan adik saya Yus dan Riena.
Masa tu rumah no 10 was under renovation, jadi makcik menyewa rumah kilang..

"Ko tau x, masa nak balik tu, Mak peluk Acik tu, sambil nangis2, Acik tu pun sama, sedih orang tengok" Arif cakap.
" Apa ke cengeng beno ko ni dik?" saya tanya semula..

It just that today, masa tengok makcik tu nangis, saya nampak orang lain pun sebak jugak.
Especially bila saya baca kat katil tu ada tag bintang, berisiko kalau jatuh. Makcik No 10 bernafas melalui topeng pernafasan dan berkumuh melalui tiub.

Saya macam tak percaya. Makcik No 10 sangat kuat dan cergas pada mata saya.
Rupa2nya dia sudahpun berumur 72tahun.

72 tahun?
Kenapa saya selalu rasa makcik2 ni immortal?

Tetiba saya rasa lebih cengeng dari adik saya Arif.

Semoga Makcik No 10 akan segera sembuh seperti selalu. Amin.

No comments: