Wednesday, January 08, 2014

Terbabit

Pagi2 lagi kawan tu dah sampaikan pesan dari the other friend.
Diorang suka tuduh saya tak pick up call, but on the day saya bangun pagi tengok talipon, lepas mandi tengok talipon, sebelum g kerja checked talipon, sampai tempat kerja tengok talipon jugak dan sebelum kelas bermula saya checked tablet n sony ericsson (ada dua je pun), tanak pula talipon.

Kawan yang kemalangan pagi ni pun balas mesej saya 3,4 jam, tapi saya faham.
Despite kekejap saya tengok inbox.
Berat traumanya bila orang yang dilanggar meninggal dunia.
Innalillah..

Once I saw the other friend's miscall, I called him back.
Partly nak menyampaikan berita kemalangan, berita kematian n mainly,
sebab nak mengingatkan dia supaya berhati2, sebab dia yang selalu sampai ke tempat kerja waktu subuh gelap.

Tapi dia yang suruh saya berhati2 pulak.
Okla saling mengambil berat... thats what friends r for.
Anyway he said saya yang bawa laju sampai bumper pun saya langgar.
Bumper yang mana ni? Bumper jalan ke r bumper keter orang?
Mana ada.... , saya cakap dalam hati je la...
Bukan turn saya ke kasi nesihat?

Balik rumah hari ini, the first thing I did was telling my mom.
Nope,  I didn't tell her about d other friend (apakah).

Saya cuma beritahu pasal kawan yang eksiden hari ini.
Dia dah tau, Acho yang report tadi.
Acho cakap, "Cikgu-cikgu ni bawak laju sangat. Macam Andak tu la.. entah apa yang dia teghokam sangat nak pergi kerja pagi bebeno tu entah".

Untuk rekod, saya pernah je kena jerit sebab x parking properly n blocking orang.
Untuk rekod juga masa tu dah assembly.
Untuk rekod, kalau lambat memang tak dapatlah tempat parking.
Untuk rekod  entah rekod siapa pun, jalan di depan pasar akan sesak pada pukul 7.05a.m onwards. sebab gigih orang parking di kedua2 belah bahu jalan.

Untuk rekod(ni last) di kalangan kawan2 dan saudara perempuan, saya terkenal dengan pemandu yang lemah-gemalai. Cuma sekali je saya pernah kena saman dan saya mendapat tepukan gemuruh dari adik perempuan saya sebab dia bangga kakaknya boleh memandu laju waima saya pandu 62kmsj kat kawasan bertanda 60kmsj,  rasanya... sepuluh tahun yang lalu cerita ni.

Sentap kot bila Acho babitkan saya dalam cerita dia, padahal pagi2 saya buat kerja rumah dulu tentula saya keluar rumah lebih lewat dari Uda, jadi mestilah nampak saya berlari2 keluar rumah. Bila drive saya idakla berlari.. Ok je. Lagi pun, Uda yang pergi kerja lebih awal, apsal bila komplen dia petik nama saya pulak?

As for the other friend, saya speku dia bercakap tentang orang lain.
(read: saya ok bang!!)
Haha..

No comments: