Sunday, January 19, 2014

Unkempt garden updates

Geographily (?) speaking, with the frequent howling wind lately, comes a dry season. Normally rain would become scarce in February.
For someone who rarely home, I rely on the rain to make d garden lively.
Anyway, before February comes, I'll snap some photos of my coveted plants. 
Yesss.... untuk kenangan di hari tua:-)
 I know, dengan rumput yang tinggi mencelah tu mesti orang tak sangka ini kangkung. Pssttt.. d most famous vege  in Malaysia:)
Pokok mangga. Nik yang  kasi.  Rumput baru di bersihkan pagi tadi.
Pokok delima, pemberian Yate. Kali kedua dia kasi. First,  tanam atas tanah, dah mati. Yang ini nampak subur.
 I lost count  ini pokok kedondong yang ke berapa. Kalau tak ke-5, ke-6 ke.. entahlaa.. Saya sangat suka makan kedondong, tapi pokoknya macam tak gembira pula bila duduk atas tanah. Jadi cuba dalam pasu pula. 
Pokok cili yang berbuah, mak saya yang kasi.  Selalunya saya tak perlu beli cili pun. Alhamdulillah, berkat pemberian Mak ni..
Pokok mangga kedua. Ini pun Nik yang  kasi.  Tak sempat nak bersihkan rumput, hari panas sangat semalam (alasan)
Pokok jambu yang dibeli pada 30 Disember 2013, dan baru pagi ni di tanam.  Kesian pokok tu... kejam betul.
Poko limau dibeli sekali dengan pokok kedondong. Limau ni galak berbunga dan berbuah. Sejuk hati saya..
Pokok mulberry, Yati kasi  tahun lepas. Saya cerita dengan semua orang kot, dan saya masih ingat Man cakap nanti dia nak juga. Saya janji akan kasi.  Bulan November saya semai dua pokok secara keratan batang. Saya dah kasi  pada orang. Pada 1 Januari saya semaikan lagi 5 pasu dan letak di tempat kerja. Harap-harap pokok tu berbuah dan segar merimbun macam ingatan saya pada kawan saya tu yang tak pernah padam:(
Saya suka bunga kucai ni.Comel sungguh!  Ini pun asalnya saya ambil dari rumah Yatie. Semoga murah rezeki kawan saya tu.



Sekian.

No comments: