Friday, February 28, 2014

Ada hari best.. ada hari yang tidak

Tapi hari ini memang bestest
Photo: Congrats A'an a.k.a Mr Hottie of d day for Anugerah Kecemerlangan Akademik Pengakap Negeri Perak

A'an dapat Anugerah Kecemerlangan Akademik PMR Pengakap Negeri Perak.
Gigih kitaorang  bergambar sambil mengingatkan dia, tahun lepas, kitaorang  yang tolong dia angkat meja masa pindah kelas sebab
1. ada orang tu eksiden--> injured,  pas tu  tak larat naik tangga - seminggu pindah kelas
2. ada orang tu injured  masa rebut bola waktu main netball - 2,3 minggu pindah
3. ada orang tu terseliuh, sampai kena admitted dan pakai crutches  berbulan2 la..

Drama kan..
Bila tengok gambar baru sedar.. terlupa nak panggil Najwa dan Nurin. Sorry... 5 orang (Anis, Am, Bieha, Ikin dan Maya) dah pindah sekolah.
Seorang telah kembali ke rahmatullah. Ermmm..


I like  it so much because these 3 ladies helped me out.
Kak Ani S n Saadah pun ada juga.
Pandan Muffin tu Kak Ani S yang buat.
I love it!

Photo: Too much colours?
Judging from their faces, rasanya d girls had a whale of time.
They decorated cuppies for the first time:)



Thursday, February 27, 2014

yang ke empat pun jadilah...

Sejak azali, kalau girls yang baik, tapi belajar tak mau nak dapat, saya sedih. Jadi, saya beritahu dia,

"Tak apalah, kamu baik. Mudah-mudahan kamu berkahwin dengan orang kaya" ikhlas  saya berdoa.
Makbul tak makbul belakang cerita.

Tengah hari tadi say menemankan (read: menyebok) Judin berbincang dengan Shrul.
Semuanya tentang pertandingan ituinila..

Dah hujung hujung tu, masuk la cerita pelajar pemulihan.. Mereka sudah berusaha.
Kesian juga

Me: Tak apalah... mudah-mudahan jodoh mereka dengan lelaki kaya. Biar senang kehidupan mereka nanti.
Judin: Yang ke-empat pun jadilah..

Nombor 4?????

Judin serius je. Dia cakap dapat tempias sikit-sikit pun jadilah la..

Perghhhh men!

Tak tercapai akal saya Judin boleh sebut cenggitu..
Nasib baik Judin...
Kot orang lain...


Hahahhahahahah

Kalau aku kaya..


Apa rasanya memasak guna periuk belanga (Tfal)yang merah menyala  cenggini?

\

Kemudian dihidang dalam pinggan yang Corelle yang ringan dan tahan lasak serta putih berkilau-kilau?



..

...

....
.....


...



Sumpah saya teringin;(

Wednesday, February 26, 2014

Salahke saya pilih Agama as d first choice? (part 1)

12 tahun dulu, saya cakap "don't". 

Sejak kecil saya skeptikal dengan orang yang  terlebih 'agamanya'. Tengok tivi haram, makan ayam yang beli kat pasor syubhah,  yang tu x betul, yang ni tak boleh. Coke haram, Mc D haram, KFc pun pernah diharamkan, pendek kata semua benda la ada agenda Yahudi. Heh? yang ko terer sangat tu, buatla air kola yang halal, francais burger macam Ramly tu ke, ni takk....

"Mak saya pun cakap macam tu, tapi saya cuma nak orang yang boleh jaga dan bimbing saya. Asal cukup makan pakai sudahla" rasanya dia cakap macam tu kot, sesambil berenang dalam kolam. Muda rumaja kitaorang masa tu..

Lelaki itu lulusan tahfiz dan kerjanya mengajar budak mengaji dan menjadi pembantu di masjid.

Saya pernah jumpa lelaki itu. jernih saja wajahnya, maklumla.. budak cukup ilmu agama.

Saya cuma tahu mereka bercerai, bila saya baca status di facebooknya, mengatakan hidupnya  bahagia dengan kehadiran 'Abang' dan kawan2 galak mengucapkan Selamat Pengantin Baru.

Aikkk... bersepah gambar tiga anaknya dalam fb apsal tetiba keluar wish cenggitu. Saya pun tumpang sekaki wish, padahal tak tau citer.

Saya tak pernah bertanya. Second marriage selalunya orang tak mau dikongsi. Kena la respek.

2, 3 tahun selepas tu, saya terserempak dengannya.

" Ohh u re-married?" saya tanya over a cup of white coffee.
" Ehhhh.. dah cerai la" dia jawab sambil ketawa, "sempat 6 bulan je.. ekspress" dia ketawa lagi..

Wuishhh... like old time, saya pun ketawa terbahak2.

"Ko ok x? " saya tanya... just like an old time..
"Ok.... Life goes on" dia jawab sambil ketawa tak hingat.

2 hari lepas tu barulah saya tau cerita sebenar.
At that time, I asked if her 'ok' really means OK or a mean to hide her feelings.
Yang saya menyampah, kalau saya skema mesti dia ketawakan. Haahaa..

The gud thing is, dia cakap dia betul2 rasa lega lepas bercerai. Dia berhenti kat situ.

"Tapi... saya marah betul kalau ada kawan2 yang komplen suami diorang gitu gini n sebuk nak bercerai. Saya tanya diorang, 'ada x suami ko pemalas? pukul korang? curang?".. ..
dia geleng kepala kepala sambil 'belasah' nasi penuh lauk sepinggan.

In d end,  lepas kena tazkirah, kawan2 dia pun lebih appreciate suami diorang..

"Bila saya cerita kat diorang pasal bekas suami saya tu, diorang menangis tau kak.. " dia cakap, saya berhenti makan sekejap.. nak dengar juga ceritanya.. jahat sangatke bekas suaminya tu?
Saya wanita biasa... bab2 gossip ni ai like!!!

"ex saya tu memang full package kak.. semua sifat tu dia ada" heh... terus saya ketawa gila-gila.
Tak sampai hati nak suruh dia elaborate.. hahhahah..

He was an imam at that time, in a way he did not expect she will file for divorce. Ini ayat saya.
Dia cuma cakap dia nekad sebab dah tak tahan je. Bukan semua orang gigih pukul canang macam Rita Rudaini.

" Kak, masa nak kahwin dulu, saya pilih agama, salahke pilihan saya kak?" dia tanya.
"Nope" saya jawab.

Orang kata perkahwinan tu gamble, tapi takkanla kahwin ngan ustaz pun gamble juga?
Her second marriage pun tak kurang juga dramanya:-)

Henbeg Fossil mak saya

I wished I could buy her Anya  or Birkins.
... tapi saya tak mampu. Period.

Ceritanya begini.
Laaaamaaaa dulu Baby belikan a designer handbag for my mom. Dia pakai sampai dah mengelupas talinya dan terkoyak lining kat dalam tu. Even though Baby bought her another which were equally expensive (pada saya macam mahal la.. sebab tu saya tak belikan) tapi my mom tak mau guna.
She loves d old and worn handbag so much.

Satu hari saya I noticed my black Coach was missing. Thinking that she wanted a Coach, so I borrowed Baby's n let her use mine. Nak beli yang lain memang makan tahun la baru saya mampu kot..

She returned d Coach on d next day.
Alasannya dia cuma nak henbeg yang 'elok' sikit sebab nak pergi makan kenduri kat hotel...
Ooooo begitu...

Kebetulan, kat Sooyaree's ada jual Fossil Marlow Satchel yang sesuai dengan mak saya, jadi saya ordered.
Tak sampai 3 minggu, beg tu sampai.
(check out their website, memang berbaloi)

Selalunya, kalau belikan apa2, mak saya buat muka pasrah je n lambat pulak tu nak gunakan.
Guessed, she really likes d handbag.
Malam tu juga dia terus pakai masa g Kelumpo.

Bila g jenjalan pun she prefers this one.
Last night, after having dinner kat restoran sebelah kedai borong Sakan, mak saya singgah beli baju kurung Kedah kat kedai tu. Naik terjojol mata saya nengok dia sumbat baju tu dalam henbeg baru.

"Er.. mak... orang pegang baju tu pun takper, takyah masuk henbeg" saya beri idea, macam cerdik.
" Eh.... x per.. muat ni" mak saya jawab.

Well...
Mak saya tak berkenan bawa tote bag, kot tak saya belikan MK je...
oookk...
mungkin ada hikmahnya...
Kalaula beg MK, Anya r Birkins disumbat macam tu, saya menangis kot..

Ini Fossil je..
takper mak... sumbatla apapun..
tahan lasak beg ni:-)

Sunday, February 23, 2014

Aktiviti musim kemarau

Panas sungguh sekarang.
Berkira betul saya nak keluar dalam cuaca macam ini.
Untungla orang yang kerja opis, 24 jam ada ekondisyen.

Kerja babysitter macam saya, larat tak larat, redah je la panas tu.
But still, saya bersyukur sebab ada shades from one building to another, else, tak tau la nanti kulit saya yang memang dah sedia pekat ni jadi kaler apa.

Pokok bunga, pokok buah-buahan dan pokok cili kesayangan saya pun kering je bila saya pulang pada hujung minggu.
Siksa kan..
Pokok kucai je yang galak berbunga.
Yang lain-lain, nyawa-nyawa ikan nampaknya.
Kesian pokok-pokok ni..

Saya nak keluar trim pokok pun x larat juga. Panas..
Kalau malam x nampak pula. Errr dah sebulan dua dah kot lampu jalan tu rosak.
Sepatutnya saya telefon TNB, tapi saya malas.

Ari tu TNB keluarkan kenyataan suruh selaraskan ekondisyen kepada 23-25C saja untuk jimatkan elektrik.
Ironik. Penjual suh pembeli jimat.
Good move, actually.
Tapi kan lebih bagus kalau rekabentuk rumah di Malaysia dikaji semula. Banyakkan lubang pengudaraan dan pencahayaan.
Ini buat langsir kain beledu, sampai 3 lapis.. apa kes?
Praktikal ke tidak ni?

Well... seperti orang lain yang sebolehnya tak mau menggunakan penghawa dingin, pada musim kemarau ini saya duduk membaca buku cerita di tepi tingkap.
Dari satu buku ke satu buku.
Maklumlah, sejak Big Bad Wolf buat fireball sale, memang tak cukup tangan saya membeli.

Rumah yang sempit jadi semakin sempit.
Poket yang kecil, makin tipis..
jadi x merasalah nak berekondisyen.

Heh?

Thursday, February 20, 2014

Death

Hari Rabu, fius in one of the main rooms exploded, resulted power failure on d floor.
It was few minutes to 4 p.m. Cik Usop contacted TNB.

The next day, the engineer should come to fix everything, but he did not.
He passed away on that day. Innalillah.

So Cik Usop and d gang had to endure one more torturous day, Not that they complaining..
Orang meninggal kot... agak-agak la kan..

Saya lupa la hari apa..
One of Uda closest friends passed away after battling with cancer.
Many of my colleagues paid last respect to him.
They talked fondly about d deceased.
Inever had the pleasure of knowing him but I am sure he was a good friend to every one.

Yang tak boleh blah bila d other friend tergamak bertanya.

Him: Pergi x tengok?
Me: Tak.. Kita tak kawan..
Him: Tak kawan pun pergi aje la..

Pulak..
Sebenarnya dia yang tak sempat pergi ziarah masa sakit. Bila kawan tu meninggal, dia stuck with something and could not make it too.

Tapi..
yang dia nak babitkan saya tu napanya pun?
Heh?

Jadi saya kopipes  hadis ni yang saya ambil dari sini

 Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia  mendapat pahala sebesar dua buah gunung."                                                                              
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Heh?

Wednesday, February 19, 2014

Yang terindah hanya sementara


Gigih saya ambil gambar ngan these girls.
Saya sangat sukakan mereka, sebab setiap kali berjumpa, mereka kata mereka rindukan saya.
Bila bercakap, mereka renung muka saya yang macam pecah pintu ni, macamla saya Neelofa..
Makcik terharu okeh...

Tragis sekali, because I no longer teach them. 
Tak dapatla saya fefeling jadi Neelofa lagi.

Ye la... macam lagu Erra Fazira tu, 'Yang Terindah Hanya Sementara'.
ohhhh... berita Erra bercerai keluar kat prime news n front page.
Saya tak tau nak kata kesian ke apa..
Mungkin yang baiknya begitu.
Dulu2 saya fikir, orang jahat saja yang bercerai berai, tapi bila dah tua2 ni  saya selalu terfikir, berbaloi ke diorang stay kalau hari2 makan hati? Selamat ke?
Of course ini merujuk kepada kawan2 rapat.
Sometimes, saya rasa kasihan sebab gigih dia nak tunjuk perkahwinannya bahagia sedangkan...

On something yang langsung tak kena mengena dengan gambar dan cerita Erra bercerai,
tadi the other friend tetiba bagi statement ala2 mengelirukan gitu..

Knowing I want to see someone, gigih dia mengirim macam2.
"kirim duit sekalila, boleh?" macam biasa tu cubaan saya nak buat lawak.
"x nakla bagi norizan duit, nanti bertambah  satu mulut lagi nak bagi makan" dia jawab...

err...
nampak sangat both us tak layak g odisyen maharaja lawak.

apa kena mengenanya kasi duit n kasi makan?
saya perasan the other friend sejak dua menjak ni suka kasi statement band 6. 
Dah macam standard Pentaksiran Pusat PPMR (nama terkini tapi dimaklumkan kena hold dulu until further notice),
semua pun kena guna HOTS.

For those yang tak familiar dengan istilah cecekgu, HOTS stands for Higher Order Thinking Skills.
Kalau korang baca entry ni tak faham sebab isinya melompat dari satu topik ke satu topik,
wait until u talk to d other friend.

Lagi HOTS! ai tell yu:

Tuesday, February 18, 2014

Cepattttla tice.. mana buku kitaorang?

Waaaa..
ganas kot..
pagi-pagi dah bising2...

I am so used to d kids 'accused' me for being the culprit when they could not find their exercise books.
but then..
mana ada.

"tice... cepatlah. .. semalam kitaorang tak datang, tice ada bagi homework kan? Mana bukunya tice... nanti kalau x siap, tice denda kitaorang. Jangan macam ni tice...bagilah buku... kitaorang nak siapkan sebelum masa tice nanti, bagilah buku tice".. saya nak tutup mulut tapi ternganga juga...

I mean, sometimes we said something which we never mean it.
Might be I had said something about even though they are absent they still have to complete the homework.
Well... seriously I don't remember.

The fact that THEY remembered and took it seriously, wow!
Makcik terharu ok..

Sekarang ini, saya memerah otak mengingatkan janji-janji saya pada mereka.
Janji nak kasi hadiah kalau jawab soalan betul semua.
Janji nak kasi coklat kalau paling banyak baca buku cerita.
Janji itu..
Janji ini...

Saya takut sangat saya lupa,
sebab ingatan bebudak ni macam bagus nampaknya:-)

Friday, February 14, 2014

Flamingo by the lake part 1

Sadly, there is no flamingo laze around d lake except on d wall.
the paintings, I mean.

As usual, bila bab2 cenggini, semua orang tolak menolak, dan sudahnya norizan adnan yang jadi mangsa.
Not, semua orang tho. Initially, Mr Hamid was willing to go.
But then, lupakan drama kat tengah2 dan akhirnya,
seperti tahun sebelumnya, dan sebelum2nya juga...
sudahnya, kalau tak saya, mesti Fid yang kena.

Kali ni saya la..

Katanya ada pembalasan yang adil di alam barzakh.
Okla..
Sebab 'kat sini' asyik dianiaya je...
Tak acila cenggini..

Except for d injustice,
I failed to see apakepekdahnya nak  menangis..

ok..
kena stop dulu.
jiwa kacau

Tuesday, February 11, 2014

At least they keep their promise

'They' merujuk kepada Tabung Haji.
Gr8!

Itu saja cerita saya.
Pendek dan. .. errr... membosankan.

Selamat Malam semua,
ada orang beruntung, dapat semua yang dihajati.

Saya pun beruntung juga..
sebab...
sebab...


errr... let me sleep on it:-)

Anak makcik no 10 meninggal dunia pagi tadi

I do not know how Makcik No10  took d news.
Dengan dia yang baru keluar hospital.
Tiba- tiba dapat berita begini pula.

Her late daughter, Ilah passed away at 2a.m. today in Hospital Teluk Intan.
My mom said it was something to do with intestines, but she was not sure herself.

Whatever it is, yang pergi tetap tidak akan kembali.

Sebenarnya umur kami sebaya.
Masa Derjah Satu, satu kelas.
Lucunya, dia ada dua orang abang yang satu kelas dengan dua orang kakak-kakak saya.
Dua orang adiknya pun, sekelas dengan Acho dan Baby.

Masa kecil mestilah kami sangat rapat, itu yang asyik bertunggu tangga di rumah no 10 tu.
Bila dah rapat mestilah saya cakap arwah baik orangnya, kalau jahat saya pun tak nak kawan.

Kami berhenti berkawan bila dia mendirikan rumahtangga.
Selepas dia mengikut suaminya,  lagilah susah nak berjumpa.
Hari Raya pun kami tak berjumpa.
Diam tak diam dah 23 tahun kami tak berbual, bercerita, bergurau atau bertanya khabar.
Sedar-sedar dia dah pergi.

Layakkah saya mengaku kami berkawan baik?

Semoga tenang di sana my dearest  friend,
Al fatihah.

Monday, February 10, 2014

Laaa 33 tahun je ke?

I am referring front page news kat Mingguan Malaysia n Sunday Times.

Seingat saya masa saya mula pandai baca setkabo saya dah baca berita pasal Pehin Tan Sri Taib Mahmud. Selang seli dengan berita Margaret Hilda Thatcher, Perdana Menteri Britain tahun 1979- 1990 dan juga Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia dari 1981 hingga 2003.

Of three of them, I never aware of that Tan Sri Taib is the longest serving politicians.

Tahniah. Rasanya dan pada hemat saya pada zaman media sosial menjadi medan mencari maklumat, mungkin agak mustahil untuk sesiapa sahaja memegang tampuk kuasa sebegitu lama.

Tapi siapa tahu, mungkin setahun dua lagi, ada akta dan penguatkuasaan yang mantap tentang fitnah, slanderous, slander, libel n defamation. Saya belasah je tulis semua perkataan yang saya tahu, mungkin masa tu orang ramai tak terkinja2 sangat nak berkongsi pandangan tentang sesuatu berita yang entah betul entahkan tidak.

On something unrelated,
I would like to welcome the 52nd follower.

I don't usually notice benda2 cenggini that is why I never mention about it since I started blogging.
Afterall it is a boring blog, semua pun perfectly-normal.

Lainlah.. kalau saya pernah jadi Perdana Menteri Papua selama 34 tahun berturut2 (so that I could break Tan Sri Taib's record)! then it could be ONEderful life:-)
Ini...
pergi Papua pun saya tak pernah..

*sigh*

Sunday, February 09, 2014

of dignity

Ustaz dah ajar, kalau tangan kanan memberi, jangan sampai tangan kiri tau. Itulah perumpamaannya jangan bersedekah sambil menunjuk, Allah murka, ustaz cakap masa saya kecik2 dulu.

Tapi tajuk hari ini ialah dignity jadi fokusnya ialah how people accept good deeds from others.  Tentu saja ini adalah daripada pengalaman peribadi saya. Dah namanya blog sendirikan...

Pagi tadi saya beli nasi lemak di pasar, sebab gas tak ada tak boleh nak masak spaghetti kegemaran hari ini. Terkial2 makcik tu cari duit kecil sebab lelaki late 30s tu kasi wang kertas  RM50. Saya nak cepat, jadi saya bayarkan je.
Bila makcik tu pulangkan note RM50 tu, muka lelaki berjersi Harimau Malaya tu kelat semacam.
He turned to me n asked, "r u sure?".
At leastmy hunch was right, saya nampak dia macam well-educated.
He kept rummaging his pocket n managed to come out with handful of coins, which still not enough.
Makcik tu cakap lagi, no need to pay.
Mukanya kelat je, still cari lagi coins yang rasanya memang tak ada pun dalam poket cargo pant tu.
"It's ok dik, selagi adik kat situ, makcik ni x layan akak pun, just go. Akak orang baik dik". Saya tried buat lawak, tapi dia x ketawa pun...memang x kelakar.

Kenapa saya ingat semua tentang orang tu?
Sebab saya nak pastikan kalau saya memberi biarlah orang tu betul2 memerlukan.
Else..
jadilah macam dua insiden ni..

Saya tak ingat bila. Lama dah kot. Mak saya ajar kalau jumpa orang tua mesti sedekah walaupun singgit.

Hari tu saya sedang memandu  di kawasan dusun bila nampak pakcik ni kayuh basikal tua bawa bakul besar isi buah. Dia pakai short je.. Tu saya kesian tu...
I stopped him, bought d fruits n paid him. Beria pakcik tu nak kasi baki, tapi saya cakap xper lah terus nak pergi..
" Kalau begitu pakcik tanak bagi buah ni", gitu kot pakcik tu cakap, serius tuuu... Ada lagi pakcik tu cakap, tapi sebab dah lama saya pun dah lupa. Saya respek pakcik tu, walaupun pakai short tapi tetap tak mau terima sedekah
Tersiput -siput saya masa tu.

Second incident, I had finished my lunch bila nampak Apek ni terkial2 kutip kotak naik basikal.
Hari panas, dan Apek ni macam sebaya mak saya je. I thrusted few notes into his handtapi dia pulangkan semula dan cakap dia tak mau...
I think I've hurt his pride kot..

Besar kemungkinan diorang takut tengok muka saya kot, but then for me, they had taught me a new definition of dignity.
Hidup susah macam mana pun mesti nak berdikari, tak mau terima pertolongan orang.

Ke. ...
sebenarnya mereka ni kaya raya?
dan tak sampai hati nak terima pemberian yang tak seberapa daripada orang yang pakai baju sloppy, kasut cap ayam dan tudung off-dated macam saya?.

Sekian

Saturday, February 08, 2014

cap ayam tapi ori

Catchy eh?

Gigih Zati, Nadia n Aisya bershopping hari ni.
First we had brunch@Nando's.
Individual set tu dah xder, so kitaorang order full platter- ayam sekor ngan 4 side dishes.
They chose rice, wedges fries n bread. Pas tu add on soup n two glasses of iced lemon tea.
Serving sangattttt besar n tambah ayo free, tu yang saya suka tu..
Aisya beli Mc D happy meals tho.
Btw, d staff kat Nando's Sogo, sangat warm n friendly.
Tak rugi rasanya spend RM84.30 gituu..

We bought shoes, shoes n more shoes.
Yang cap ayam je pun.
I bought 2 pairs cap kuda amerika bersatu (literal translation) which cost only RM6*.** each. Value for moneyla tu berbanding ngan cap hanjeng (hush puppies), cap penguin terobang(snowfly) dan cap unta (camel).
Bln doblas saya ada beli kasut baru cap sembonia. Dua minggu bersilat, dah haus tapaknya.
X berbaloi nak spend mahal2 unless saya sanggup jinjit je kasut, dan berkaki ayam ke sana sini..
Atau saya tukar kerjaya, which not likely to happen in d near future.

Aisya n Nadia both bought a pair each. Nadia beli cap kuda n aisya beli kasut Vincci je. Zati pun beli satu, sebab tetiba ada saiz. Then, ternampak satu kedai baru buka ada saiz 10,11,12. Wahhh... dan dan terus beli lagi 2 pasang, sebab beli dua baru RM80, sepasang rege RM49.90. Afterall, it is hard to find her size.

Diorang juga rambang mata beli blouses n t shirt which were on discounted price.
Semua pun buatan Malaysia je, kot diorang gigih nak beli guess? forever 21 ke... mahu saya pengsan kot.
Ke CK, DKNYke... harusla saya pelan2 tinggalkan diorang kat situ.. haha..
Ni saya masih mampu tersenyum masa bayar, means, mak andak rasa masih ok lagi lagi la..

Selepas itu kami menyusuri pasar malam yang pukul 3 petang pun dah ramai orang.
I bought 2 pasang kain cotton yang-dah-offdated-tapi-saya-suka-it's-all-that-matter at RM45 each.
Saya takkan beli kalau lebih dari RM45. That is my limit.

The girls bought some drinks n tarts yang nampak macam sedap tapi sebenarnya tak..
Then we stopped at Masjid Jame.
We parted our way after Asar prayer.

I took full 20mins walking to Puduraya coz my ticket it at 6p.m.
Berpolohh makcik...
Syukurlah I managed to catch d bus yang dah gerak exactly on time.
Sipi sangatt,..

Sampai kat Tg Malim pukul 7 mlm.
Saya beli nasi kerabu, lepas tu singgah kat TF Behrang beli epal.

Sebelum sampai rumah, saya berhenti kat Kedai Murugan, nak beli gas, tapi kedai dah tutup.
Frust betul... Dahla penat..
Kaki pun sakit sebab berjalan laju.
Bahu sengal jugak angkut segala belian tu..
Ni nak masak air panas pun tak boleh sebab xder gas..

Sedihkan?
Tapi semua tu hilang bila Zati kirim gambar Naufal ni.

Baju tu kitaorang beli kat Pasar Malam Jalan Masjid India.
Bila baca wording tu kitaorang terus ketawa.
Sangat original dan very Malaysian too.
Kain dan jahitan pun bagus, terus belikan untuk Adib, Izlan n Naufal.
RM13each.

Izlan terus pakai, Naufal pun suka sangat baju tu.
Adib x tau..
Knowing that d boys like it,
terus saya eksaited x tentu pasal:

Friday, February 07, 2014

Jalan itu sangat berliku

Satu hari, kalau umur panjang saya akan ingat pagi ini, dan mesti katakan kepada diri sendiri, ermmmm...
pengiraan di alam barzakh sangat detail
whatever that means.

Last year I was flabbergasted when He asked my friend, to pass message asking me to submit something yang sejak azali was my routine, without fail. Saya pergi cari dia n tanya kenapa dia cakap begitu.
Dia tersenyum sinis. Saya tidak suka.
Saya beritahu dia saya hantar pada pukul 5 (lebih kurangla) sebelum saya balik, "awak balik pukul berapa?" saya tanya.
"Macam biasa.. 12.30 kot" dia jawab.
Yang balik awal tu kenapa? Waktu bekerja sampai pukul 5, ada hati nak cari salah orang.
Saya cakap dalam hati.

Pada pertengahan tahun kawan saya merancang satu program. Kami semua menyumbang tenaga, tapi tidaklah sampai update status, " penatnya menjayakan program bla bla". Tapi saya post gambar, untuk kenangan kanak2 itu bila dan tua.
Dia caci maki lagi, kata kami tak mau tolong menolong. Dia cakap di belakang2. Bodohnya dia.
Cakap macam tu mestilah orang akan tau. Kalau nak berahsia letaklah di noticeboard. Konfem tiada siapa pun baca.

Di hujung tahun, saya beritahu dia saya x boleh menghadiri satu perjumpaan. Saya tunjukkan bukti bertulis. Dia memandang dengan muka sinis. Sudahnya kawan saya yang berjumpa dengan orang sepatutnya dan dia yang bantu. Orang itu haraaaaammmmm nak kuitkan jari pun.

Awal tahun ini, dia bertanya soalan yang menghina.
"Bila boleh siap?".
Otak di lutut. Dalam prosedur dah tertulis 'mesti diserahkan dalam tempoh 14 hari'.
Saya rasa sesuatu.

Saya serahkan sesuatu mengikut jadual tapi dia suruh buat semula sebab x betul dan awal sangat.
Ada orang suruh "jump!", saya akan tanya "how high."
Orang seperti dia saya akan cakap,
"shut your mouth up u freakin liar".
saya cakap dalam hati.

Akhirnya kawan saya pergi bertanya dengan ketua yang lagi besar dari dia tentang hal ini.
Sadly, we r RIGHT dan terbukti dia wayang lebih.

Pagi ini, saya tengah brekkie dengan 2 orang my immediate superior when kawan saya datang n congratulate my effort.
"Tapi itu Fid la yang buat.." saya beritahu yang betul.
" Fid kata you" dia cakap...

Yess... kitaorang memang tak berkerjasama dalam mengambil kredit.
Gilaaa... memang Fid yang beria pun buat kerja ni.

Anyway, kawan saya tu still thanked both us n said how lucky he is having us both in d team.

"Laaa... korang pun kalau nak buat apa2 pun beritahu la ketua korang tu"
"Dia macam tak tau apa2, sebab kitaorang pun tak buat apa-apa lagi".
Komen d immediate superiors.

Saya x jawab pun.
Terus tukar topik cerita pasal hal lain.

Saya dah jumpa ramai orang.
Orang pemalas dan perasan bagus bila naik ke atas, memang kerjanya tak ada lain, mencari alasan.
Bila diajak buat kerja, tak mahu.
Kalau diberitahu, bukan nak take note, buang masa!
Minta tolong, mengelak.
Bila orang buat kerja,  marah pulak.
Membelakangkan dia kononnya.
Sebab dia x buat lagi.

Selepas tu buruk2kan orang di belakang.
Seriously?

Dulu2 saya sekolahkan cukup2 orang macam ni.
Tapi semenjak dah berumur 41tahun, saya tahu..
cara terbaik hanyalah diam dan berdoa.

Semoga Allah limpahkan kesabaran dan hati yang cekal kepada saya.
Semoga saya sentiasa ingat bahawa Janji Allah itu benar.
Hidup ni bukan panjang sangat, paling lama 20 tahun je kot.
Janganlah saya diazabkan di Hari Pembalasan nanti.

Kapkek rama-rama:-)

A tray of cuppies n tarts..
early in d morning:-)

macam nak terkoyak mulut sebab saya asyik tersengih macam kerang busuk je.
d life of me, saya x pernah mkn kapkek ada rama-rama.

"saya dah arranged elok2 tapi tadi on the way, tengoklahhh " Fid cakap.
It meant for my birthday.
I m so used to ppl celebrated my birthday 2,3,4,8,10 hari lewat.
Haaahaaa..

Sweet eh..
Makcik terharu okeh..
Cantik je kat mata saya..
Gigih saya letak atas meja x mo makan sebab kedekut nak kasi orang.

At 12.30p.m. ada meeting.
Cantik! 3 orang je yang datang.
Syukur jugak tu...
Jadi saya buka la tray tu, n shared with Fiqah, Aziah n Shazana.

D tarts were simply delicious.
Nama x plural form tu?
Hmm... saya termakan tiga ketul je.
D kek sangat moist n gebuss.
Just d right level of sweetness.
Rasa macam nak sorokkan je tak nak kasi orang hehe..

Macam menunjuk ke?
Saya dah fikir dah tadi, rasanya macam tak.
It is just my way remembering betapa baik hatinya kawan saya.

Sekian.

Thursday, February 06, 2014

of table manners



tetiba masuk bab table manners.























Wednesday, February 05, 2014

Another year older...

It was gud, when I saw d cuppie on my messy table.
and d warm wishes I got since early morning.
when I was invited to a small party, perghhh I was on cloud nine.
It is wonderful when people still remember....




Thanx beautiful people:)
I will love u uternally.

Sunday, February 02, 2014

Fikirkan mereka yang tiada...

I haven't go to IKEA for ages. Reason being: my-keter-cap-ayam could not be trusted to brave d bumper to bumper traffic.
Banyakkkkk benda yang saya perlukan... saya sedih...
Luckily, Baby agreed to take me to d yellow n blue store last Saturday. We went there with our fav niece, Zati.
As usual, gigihla kitaorang sembang x berenti... One of d topic yang begitu berkesan di hati was Banos facebook status.
"Lu kenal Banoskan? " Baby asked. Of course I kind of know all her friends. Banos was her Masters ex-classmate.
"Banos tulis kat status dia, "masa kecil mak kita ajar, kalau beli makanan, makan dalam rumah, jangan sampai anak jiran nampak, nanti diaorang sedih sebab ada yang tak mampu nak beli makanan. Sama juga bila beli baju atau mainan baru, jangan menunjuk, kesian pada anak jiran yang tak ada baju atau mainan baru. Tapi sekarang, bila beli kereta baru, handphone baru, handbag baru semua nak tunjuk kat facebook. Kesian pada orang yang tak mampu beli. Bila makan, semua nak pos gambar makanan, tak kesian pun pada orang yang tak pernah pergi tempat makan macam tu, yang ada anak,  update gambar anak, kononnya berkongsi kegembiraan, sedangkan ada je orang yang dah lama kahwin tapi tak ada anak, mesti diorang sedih"..
Insaf giler..
Dari hati yang luhur, saya memang ada cecita nak snapped gambo, but then since we shared d same value as Banos when we were grow up, terus kensel.
Despite saya nak sangat tunjuk betapa sedapnya chicken leg with swedish herb (RM10.90 je), penne with meatballs (tak ingat rega), almond cake and yummy t bone with yummier sauce which was only RM19.90 only.
Kalau makan kat Tony Roma's mau menggigil nak bayar.

I think, saya berjimat banyak n pada mata saya, takder apa pun yang menunjuk-nunjuk di situ.
Teringin juga saya nak tunjuk 6 kotak 3-tier cupcake plate yang beli sebab on discounted price, harga asal RM49.90. Tu spare for wedding gift, because d one that I bought in Slim River was RM70 @RM80. Bukan cantik mana pun..

Nak juga tunjuk quilt queen n single size, because they were much cheaper than in TF Teluk Intan. two small white vases only cost me RM4.90 each. Hari tu saya g nursery kat rumah tu, xder jual kaler putih.

Cotton orange strip quilt cover  was only RM34.90. Bought it coz it was for Acho's birthday, yesterday.
Value for money  compared to Akemi bedsheet with one pillow case which I bought last year, RM 29.90.
What else?

Side table firus-kelabu yang berharga RM29.90 je.
4 set mangkuk kecil dan dua set kutleri plasti yang cuma berharga RM5.90 each.
Satu pitcher kaca dan satu mangkuk kaca yang harganya tak sampai pun sepuluh hengget pun satu.
Honestly, dengan harga yang sangat berpatutan, saya tak fikir saya menunjuk2 kalau saya post gambar semua tu.,
People who knows me, tau betapa kedekut ya amatnya saya kalau shopping.
Saya cuma membeli kalau perlu sangat je n berbaloi.
But still... bila teringat ayat Banos tu saya tak berani nak upload gambar..
Even though it was just a trip to IKEA.
Ada dua insiden pasal IKEA yang membuatkan saya terfikir dan masih tak boleh hadam.
Insiden #1.
Sewaktu mula menduduki 12A. Zana datang n dia cakap dia geram sangat dengan Miss X.
Sewaktu di staffroom, Miss X bercerita dengan kuat pasal dia pergi ke IKEA sewaktu cuti hujung minggu.
Kak S yang dengar tanya macam takjub, dan Ms X jawab dengan megahnya.
The truth is, kitaorang sangat sukakan Kak S, n Zana kurang berkenan coz Ms X megah tak kena tempat.
"Apa yang megahnya pergi IKEA?", masa tu saya pergi every weekend, jangan tanya pasal air mata saya yang berjurai2 sepanjang jalan sebab mengangkut segala maknika tu sensorang. Jadi maafkan ketidakhadaman saya pada cerita Zana itu.
"Baru sekali pergi, buat cerita macam bermegah, dengan Kak S pula tu, kesian Kak S", Zana cakap.
Sampai sudah saya tak faham apa yang megah.
Kesian Ms X.
Insiden #2.
2,3 tahun lepas rasanya. Saya terserempak ngan Fid kat kantin. Macam biasa, tajuk utama kitaorang kot x cakap hal kerja, mesti hal shopping. Mostly things we want to buy or we need to buy, tapi it will take months baru materialised.
Gaji kitaorang ciput.
At that time, there was this person who loves to outdo others. Dia baik je sebenarnya, dan sikap dia langsung tak memberi kesan kepada persahabatan kami kerana dengan saya dia memang menang tanpa bertanding. Dengan Fid pun dia menang juga.
Tapi... saya confused sangat apakah yang ingin dicapainya pada masa itu?
Pada masa saya dengan eksaitednya tunjukkan iklan jualan murah IKEA pada Fid sebab saya nakkkkkk sangat kerusi yang ada diskaun giler tu... Kalau full price, kerat jari pun saya takkan mampu beli.
Fid was super excited coz dia baru pindah rumah ke apa masa tu...
Kitaorang nak sangat kerusi tu sebab kat rumah memang takder kerusi.
Kat kedai lain, ermmmm xder kot design tu, kaler tu dengan rege murah. Itu je...
Suddenly this particular kasi dia punya two-cents.
"IKEA okla barang2 dia.. tapi kalau nak pergi, pergi kat Damansara tu la besar sikit". dia cakap.
We..elll... entah. Saya tak ingatla apa terjadi lepas tu. Mungkin kami mendengar dia bercerita ke apa. It was a very long time ago...
One thing for sure, selepas dia pergi we had this brief conversation.
Me: How many IKEA in Malaysia?
Fid: As far as I know, satu tu je...
Satu daripada berjuta sebab saya suka berbual dengan Fid, dia tidak suka bergossip. Ceritanya habis di situ saja.
Dia beli kerusi tu, saya tak.
Orang yang bagi pandangan, tak tau la saya..

Dari hari pertama saya ada rumah sendiri (tapi hutang), saya berazam nak beli perabot yang saya boleh angkut dengan kereta-cap-ayam  dari Ikea je atas sebab berikut.
1. saya x suka cakap dgn org kedai, so kat situ boleh choose n pick, x payah bukak mulutpun.
2. saya x suka orang yang x dikenali datang rumah, waima tukang hantar katil pun. so DIY is my top choice.
3. saya bukan banyak duit , wide range of stuff n affordable price memang la much welcome.
4. saya shopping sensorang (kenkadang saya nangis), so i really need space nak duduk bertenang n composed myself. kat situ ada surau n tempat makan yang affordable. sesuaiii..
5. i dont have much money to splurge on food back then. refillable drinks are much welcome.
6. pergi kedai biasa, saya selalu kena tipu. Sometimes, they looked down on me. muka mesken kot. I met contractors twice, but both macam.... I even buat follow up, tapi mungkin diorang ingat saya tak mampu nak bayar.. tu saya suka DIY je..

Keter kecik, terpaksa saya berulang ke IKEA almost every week. I lost 5kg masa tu...
Episod sedeyyy kot...
Jadi boleh x bayangkan, kenapa saya konpius bila orang bermegah bila ke IKEA.
Orang mesken macam saya pun mampu beli sudu, garfu dan piso plestek kaler kaler rege RM5.90 untuk 6 set.
Merasa la rumah saya bersudu, gerfu bagai.
Jadi, soalannya..
boleh x saya upload gambo belian semalam?
Macam..
jangan kot..
Anyway
God Bless Ikea!

Saturday, February 01, 2014

Spare d rod spoil d child

Malam tadi saya tengok tivi. Anak-anak yang ibu bapa dalam tahanan Sweden kerana memukul anak tu dah selamat sampai ke Malaysia.

Funny, of all people, ayah dia yang selalu bekerja di luar negara patut tahu dan sedar, undang-undang sebuah negara tu terpakai untuk pemastautin juga.

Tapi...
Selepas bertahun-tahun jadi babysitter, saya faham apa rasanya bila hilang sabar.

While saya boleh bersabar dan sangat menghargai keberanian budak yang banyak cakap, suka provoke dan speak up his/her mind, tapi dengan pemalas dan beri alasan yang tidak masuk akal, saya tak berapa tahan.

But still...
Saya fikir, memukul dengan niat mencedera, mendera dan memalukan adalah salah...
Tapi orang Asia memang dididik dengan cara begini.

"Yang bising pasal ni, orang yang berpendidikan barat Jan. Dia tak tengok situasi di Malaysia macam mana. Undang2 budak bawah umur x boleh bawak motor, beli minuman keras,  tapi ko tengok je la..." Tak pasal saya kena ceramah dengan Man.

When was that?
Masa tu kami sessi petang, saya sedang mengira duit koperasi. Man datang berbual dengan Khai, saya menyempit, macam selalu. Tahun 2007/2008/2009 kot..

"Aku nak buat kajian pasal ni nanti.. ko tengok la.. " Man tambah..

" Bila Man?" saya tanya. Excited tu...

"Entah.. Tapi yang best tu.. bila lepas viva, diorang salam tangan dan cakap, "tahniah Dr Othman", waaaa tu yang mahal tu".

Waaaa... saya pun sama melopong... hahaha

That's why from the start isu ni keluar masa Disember, saya selalu terkenangkan Man.
Tak..
Dia tak sempat pun buat Phd, dah sibuk dengan urusan kerja dan keluarga.
Saya pun tak sambung M.A pun, padahal masa sembang tu kemain bersemangat.

Ok.. abaikan.
Saya doakan ada kesudahan yang baik untuk keluarga ni.
Saya juga doakan, kawan saya, Man, tenang di sana.

Sekian.