Sunday, February 23, 2014

Aktiviti musim kemarau

Panas sungguh sekarang.
Berkira betul saya nak keluar dalam cuaca macam ini.
Untungla orang yang kerja opis, 24 jam ada ekondisyen.

Kerja babysitter macam saya, larat tak larat, redah je la panas tu.
But still, saya bersyukur sebab ada shades from one building to another, else, tak tau la nanti kulit saya yang memang dah sedia pekat ni jadi kaler apa.

Pokok bunga, pokok buah-buahan dan pokok cili kesayangan saya pun kering je bila saya pulang pada hujung minggu.
Siksa kan..
Pokok kucai je yang galak berbunga.
Yang lain-lain, nyawa-nyawa ikan nampaknya.
Kesian pokok-pokok ni..

Saya nak keluar trim pokok pun x larat juga. Panas..
Kalau malam x nampak pula. Errr dah sebulan dua dah kot lampu jalan tu rosak.
Sepatutnya saya telefon TNB, tapi saya malas.

Ari tu TNB keluarkan kenyataan suruh selaraskan ekondisyen kepada 23-25C saja untuk jimatkan elektrik.
Ironik. Penjual suh pembeli jimat.
Good move, actually.
Tapi kan lebih bagus kalau rekabentuk rumah di Malaysia dikaji semula. Banyakkan lubang pengudaraan dan pencahayaan.
Ini buat langsir kain beledu, sampai 3 lapis.. apa kes?
Praktikal ke tidak ni?

Well... seperti orang lain yang sebolehnya tak mau menggunakan penghawa dingin, pada musim kemarau ini saya duduk membaca buku cerita di tepi tingkap.
Dari satu buku ke satu buku.
Maklumlah, sejak Big Bad Wolf buat fireball sale, memang tak cukup tangan saya membeli.

Rumah yang sempit jadi semakin sempit.
Poket yang kecil, makin tipis..
jadi x merasalah nak berekondisyen.

Heh?

No comments: