Saturday, February 08, 2014

cap ayam tapi ori

Catchy eh?

Gigih Zati, Nadia n Aisya bershopping hari ni.
First we had brunch@Nando's.
Individual set tu dah xder, so kitaorang order full platter- ayam sekor ngan 4 side dishes.
They chose rice, wedges fries n bread. Pas tu add on soup n two glasses of iced lemon tea.
Serving sangattttt besar n tambah ayo free, tu yang saya suka tu..
Aisya beli Mc D happy meals tho.
Btw, d staff kat Nando's Sogo, sangat warm n friendly.
Tak rugi rasanya spend RM84.30 gituu..

We bought shoes, shoes n more shoes.
Yang cap ayam je pun.
I bought 2 pairs cap kuda amerika bersatu (literal translation) which cost only RM6*.** each. Value for moneyla tu berbanding ngan cap hanjeng (hush puppies), cap penguin terobang(snowfly) dan cap unta (camel).
Bln doblas saya ada beli kasut baru cap sembonia. Dua minggu bersilat, dah haus tapaknya.
X berbaloi nak spend mahal2 unless saya sanggup jinjit je kasut, dan berkaki ayam ke sana sini..
Atau saya tukar kerjaya, which not likely to happen in d near future.

Aisya n Nadia both bought a pair each. Nadia beli cap kuda n aisya beli kasut Vincci je. Zati pun beli satu, sebab tetiba ada saiz. Then, ternampak satu kedai baru buka ada saiz 10,11,12. Wahhh... dan dan terus beli lagi 2 pasang, sebab beli dua baru RM80, sepasang rege RM49.90. Afterall, it is hard to find her size.

Diorang juga rambang mata beli blouses n t shirt which were on discounted price.
Semua pun buatan Malaysia je, kot diorang gigih nak beli guess? forever 21 ke... mahu saya pengsan kot.
Ke CK, DKNYke... harusla saya pelan2 tinggalkan diorang kat situ.. haha..
Ni saya masih mampu tersenyum masa bayar, means, mak andak rasa masih ok lagi lagi la..

Selepas itu kami menyusuri pasar malam yang pukul 3 petang pun dah ramai orang.
I bought 2 pasang kain cotton yang-dah-offdated-tapi-saya-suka-it's-all-that-matter at RM45 each.
Saya takkan beli kalau lebih dari RM45. That is my limit.

The girls bought some drinks n tarts yang nampak macam sedap tapi sebenarnya tak..
Then we stopped at Masjid Jame.
We parted our way after Asar prayer.

I took full 20mins walking to Puduraya coz my ticket it at 6p.m.
Berpolohh makcik...
Syukurlah I managed to catch d bus yang dah gerak exactly on time.
Sipi sangatt,..

Sampai kat Tg Malim pukul 7 mlm.
Saya beli nasi kerabu, lepas tu singgah kat TF Behrang beli epal.

Sebelum sampai rumah, saya berhenti kat Kedai Murugan, nak beli gas, tapi kedai dah tutup.
Frust betul... Dahla penat..
Kaki pun sakit sebab berjalan laju.
Bahu sengal jugak angkut segala belian tu..
Ni nak masak air panas pun tak boleh sebab xder gas..

Sedihkan?
Tapi semua tu hilang bila Zati kirim gambar Naufal ni.

Baju tu kitaorang beli kat Pasar Malam Jalan Masjid India.
Bila baca wording tu kitaorang terus ketawa.
Sangat original dan very Malaysian too.
Kain dan jahitan pun bagus, terus belikan untuk Adib, Izlan n Naufal.
RM13each.

Izlan terus pakai, Naufal pun suka sangat baju tu.
Adib x tau..
Knowing that d boys like it,
terus saya eksaited x tentu pasal:

No comments: