Friday, February 07, 2014

Jalan itu sangat berliku

Satu hari, kalau umur panjang saya akan ingat pagi ini, dan mesti katakan kepada diri sendiri, ermmmm...
pengiraan di alam barzakh sangat detail
whatever that means.

Last year I was flabbergasted when He asked my friend, to pass message asking me to submit something yang sejak azali was my routine, without fail. Saya pergi cari dia n tanya kenapa dia cakap begitu.
Dia tersenyum sinis. Saya tidak suka.
Saya beritahu dia saya hantar pada pukul 5 (lebih kurangla) sebelum saya balik, "awak balik pukul berapa?" saya tanya.
"Macam biasa.. 12.30 kot" dia jawab.
Yang balik awal tu kenapa? Waktu bekerja sampai pukul 5, ada hati nak cari salah orang.
Saya cakap dalam hati.

Pada pertengahan tahun kawan saya merancang satu program. Kami semua menyumbang tenaga, tapi tidaklah sampai update status, " penatnya menjayakan program bla bla". Tapi saya post gambar, untuk kenangan kanak2 itu bila dan tua.
Dia caci maki lagi, kata kami tak mau tolong menolong. Dia cakap di belakang2. Bodohnya dia.
Cakap macam tu mestilah orang akan tau. Kalau nak berahsia letaklah di noticeboard. Konfem tiada siapa pun baca.

Di hujung tahun, saya beritahu dia saya x boleh menghadiri satu perjumpaan. Saya tunjukkan bukti bertulis. Dia memandang dengan muka sinis. Sudahnya kawan saya yang berjumpa dengan orang sepatutnya dan dia yang bantu. Orang itu haraaaaammmmm nak kuitkan jari pun.

Awal tahun ini, dia bertanya soalan yang menghina.
"Bila boleh siap?".
Otak di lutut. Dalam prosedur dah tertulis 'mesti diserahkan dalam tempoh 14 hari'.
Saya rasa sesuatu.

Saya serahkan sesuatu mengikut jadual tapi dia suruh buat semula sebab x betul dan awal sangat.
Ada orang suruh "jump!", saya akan tanya "how high."
Orang seperti dia saya akan cakap,
"shut your mouth up u freakin liar".
saya cakap dalam hati.

Akhirnya kawan saya pergi bertanya dengan ketua yang lagi besar dari dia tentang hal ini.
Sadly, we r RIGHT dan terbukti dia wayang lebih.

Pagi ini, saya tengah brekkie dengan 2 orang my immediate superior when kawan saya datang n congratulate my effort.
"Tapi itu Fid la yang buat.." saya beritahu yang betul.
" Fid kata you" dia cakap...

Yess... kitaorang memang tak berkerjasama dalam mengambil kredit.
Gilaaa... memang Fid yang beria pun buat kerja ni.

Anyway, kawan saya tu still thanked both us n said how lucky he is having us both in d team.

"Laaa... korang pun kalau nak buat apa2 pun beritahu la ketua korang tu"
"Dia macam tak tau apa2, sebab kitaorang pun tak buat apa-apa lagi".
Komen d immediate superiors.

Saya x jawab pun.
Terus tukar topik cerita pasal hal lain.

Saya dah jumpa ramai orang.
Orang pemalas dan perasan bagus bila naik ke atas, memang kerjanya tak ada lain, mencari alasan.
Bila diajak buat kerja, tak mahu.
Kalau diberitahu, bukan nak take note, buang masa!
Minta tolong, mengelak.
Bila orang buat kerja,  marah pulak.
Membelakangkan dia kononnya.
Sebab dia x buat lagi.

Selepas tu buruk2kan orang di belakang.
Seriously?

Dulu2 saya sekolahkan cukup2 orang macam ni.
Tapi semenjak dah berumur 41tahun, saya tahu..
cara terbaik hanyalah diam dan berdoa.

Semoga Allah limpahkan kesabaran dan hati yang cekal kepada saya.
Semoga saya sentiasa ingat bahawa Janji Allah itu benar.
Hidup ni bukan panjang sangat, paling lama 20 tahun je kot.
Janganlah saya diazabkan di Hari Pembalasan nanti.

No comments: