Sunday, February 09, 2014

of dignity

Ustaz dah ajar, kalau tangan kanan memberi, jangan sampai tangan kiri tau. Itulah perumpamaannya jangan bersedekah sambil menunjuk, Allah murka, ustaz cakap masa saya kecik2 dulu.

Tapi tajuk hari ini ialah dignity jadi fokusnya ialah how people accept good deeds from others.  Tentu saja ini adalah daripada pengalaman peribadi saya. Dah namanya blog sendirikan...

Pagi tadi saya beli nasi lemak di pasar, sebab gas tak ada tak boleh nak masak spaghetti kegemaran hari ini. Terkial2 makcik tu cari duit kecil sebab lelaki late 30s tu kasi wang kertas  RM50. Saya nak cepat, jadi saya bayarkan je.
Bila makcik tu pulangkan note RM50 tu, muka lelaki berjersi Harimau Malaya tu kelat semacam.
He turned to me n asked, "r u sure?".
At leastmy hunch was right, saya nampak dia macam well-educated.
He kept rummaging his pocket n managed to come out with handful of coins, which still not enough.
Makcik tu cakap lagi, no need to pay.
Mukanya kelat je, still cari lagi coins yang rasanya memang tak ada pun dalam poket cargo pant tu.
"It's ok dik, selagi adik kat situ, makcik ni x layan akak pun, just go. Akak orang baik dik". Saya tried buat lawak, tapi dia x ketawa pun...memang x kelakar.

Kenapa saya ingat semua tentang orang tu?
Sebab saya nak pastikan kalau saya memberi biarlah orang tu betul2 memerlukan.
Else..
jadilah macam dua insiden ni..

Saya tak ingat bila. Lama dah kot. Mak saya ajar kalau jumpa orang tua mesti sedekah walaupun singgit.

Hari tu saya sedang memandu  di kawasan dusun bila nampak pakcik ni kayuh basikal tua bawa bakul besar isi buah. Dia pakai short je.. Tu saya kesian tu...
I stopped him, bought d fruits n paid him. Beria pakcik tu nak kasi baki, tapi saya cakap xper lah terus nak pergi..
" Kalau begitu pakcik tanak bagi buah ni", gitu kot pakcik tu cakap, serius tuuu... Ada lagi pakcik tu cakap, tapi sebab dah lama saya pun dah lupa. Saya respek pakcik tu, walaupun pakai short tapi tetap tak mau terima sedekah
Tersiput -siput saya masa tu.

Second incident, I had finished my lunch bila nampak Apek ni terkial2 kutip kotak naik basikal.
Hari panas, dan Apek ni macam sebaya mak saya je. I thrusted few notes into his handtapi dia pulangkan semula dan cakap dia tak mau...
I think I've hurt his pride kot..

Besar kemungkinan diorang takut tengok muka saya kot, but then for me, they had taught me a new definition of dignity.
Hidup susah macam mana pun mesti nak berdikari, tak mau terima pertolongan orang.

Ke. ...
sebenarnya mereka ni kaya raya?
dan tak sampai hati nak terima pemberian yang tak seberapa daripada orang yang pakai baju sloppy, kasut cap ayam dan tudung off-dated macam saya?.

Sekian

No comments: