Wednesday, February 26, 2014

Salahke saya pilih Agama as d first choice? (part 1)

12 tahun dulu, saya cakap "don't". 

Sejak kecil saya skeptikal dengan orang yang  terlebih 'agamanya'. Tengok tivi haram, makan ayam yang beli kat pasor syubhah,  yang tu x betul, yang ni tak boleh. Coke haram, Mc D haram, KFc pun pernah diharamkan, pendek kata semua benda la ada agenda Yahudi. Heh? yang ko terer sangat tu, buatla air kola yang halal, francais burger macam Ramly tu ke, ni takk....

"Mak saya pun cakap macam tu, tapi saya cuma nak orang yang boleh jaga dan bimbing saya. Asal cukup makan pakai sudahla" rasanya dia cakap macam tu kot, sesambil berenang dalam kolam. Muda rumaja kitaorang masa tu..

Lelaki itu lulusan tahfiz dan kerjanya mengajar budak mengaji dan menjadi pembantu di masjid.

Saya pernah jumpa lelaki itu. jernih saja wajahnya, maklumla.. budak cukup ilmu agama.

Saya cuma tahu mereka bercerai, bila saya baca status di facebooknya, mengatakan hidupnya  bahagia dengan kehadiran 'Abang' dan kawan2 galak mengucapkan Selamat Pengantin Baru.

Aikkk... bersepah gambar tiga anaknya dalam fb apsal tetiba keluar wish cenggitu. Saya pun tumpang sekaki wish, padahal tak tau citer.

Saya tak pernah bertanya. Second marriage selalunya orang tak mau dikongsi. Kena la respek.

2, 3 tahun selepas tu, saya terserempak dengannya.

" Ohh u re-married?" saya tanya over a cup of white coffee.
" Ehhhh.. dah cerai la" dia jawab sambil ketawa, "sempat 6 bulan je.. ekspress" dia ketawa lagi..

Wuishhh... like old time, saya pun ketawa terbahak2.

"Ko ok x? " saya tanya... just like an old time..
"Ok.... Life goes on" dia jawab sambil ketawa tak hingat.

2 hari lepas tu barulah saya tau cerita sebenar.
At that time, I asked if her 'ok' really means OK or a mean to hide her feelings.
Yang saya menyampah, kalau saya skema mesti dia ketawakan. Haahaa..

The gud thing is, dia cakap dia betul2 rasa lega lepas bercerai. Dia berhenti kat situ.

"Tapi... saya marah betul kalau ada kawan2 yang komplen suami diorang gitu gini n sebuk nak bercerai. Saya tanya diorang, 'ada x suami ko pemalas? pukul korang? curang?".. ..
dia geleng kepala kepala sambil 'belasah' nasi penuh lauk sepinggan.

In d end,  lepas kena tazkirah, kawan2 dia pun lebih appreciate suami diorang..

"Bila saya cerita kat diorang pasal bekas suami saya tu, diorang menangis tau kak.. " dia cakap, saya berhenti makan sekejap.. nak dengar juga ceritanya.. jahat sangatke bekas suaminya tu?
Saya wanita biasa... bab2 gossip ni ai like!!!

"ex saya tu memang full package kak.. semua sifat tu dia ada" heh... terus saya ketawa gila-gila.
Tak sampai hati nak suruh dia elaborate.. hahhahah..

He was an imam at that time, in a way he did not expect she will file for divorce. Ini ayat saya.
Dia cuma cakap dia nekad sebab dah tak tahan je. Bukan semua orang gigih pukul canang macam Rita Rudaini.

" Kak, masa nak kahwin dulu, saya pilih agama, salahke pilihan saya kak?" dia tanya.
"Nope" saya jawab.

Orang kata perkahwinan tu gamble, tapi takkanla kahwin ngan ustaz pun gamble juga?
Her second marriage pun tak kurang juga dramanya:-)

No comments: